Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH.....KHASIAT BAWANG PUTIH....SOFTGEL HPA  

Saturday, November 7, 2009



PERINCIAN BAWANG PUTIH

Bawang putih ditanam di atas tanah yang gembur dan rata. Ia boleh ditanam hampir di seluruh dunia. Bebawang yang istimewa ini terletak didalam tanah.

Ia terbentuk dalam bentuk labu yang mengandungi 10 hingga 13 ulas. Kulit luarannya diselaputi kulit yang berwarna putih kekuningan. Daun bawang berbentuk memanjang. Bawang putih boleh ditanam dengan mengunakan bebawangnya.

Komponen utama bawang putih terdiri daripada:

Ciri Peratusan

Air 64.3

Protein 7.9

Lemak 0.6

Karbohidrat 16.3

Tenaga 98 kkal/100g


KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut.

Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.


FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

KEMUDARATAN BAWANG PUTIH

Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:

# Meransang mukosa pencernaan

# Muntah, 'dysentery', anoreksia nervosa

# Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan

# Anemia

# Dermatitis

Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang dicadangkan:

Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau

Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau

Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.

Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh diperolehi di semua cawangan HPA dalam bentuk softgel.
Ia mudah didapati di cawangan HPA dengan harga yang berpatutan.
Berikut kategori khasiat bawang....:>)
Terdapat pelbagai jenis bawang seperti berikut :

Bawang tergulung dalam alam tumbuhan. Bawang banyak digunakan dalam masakan. Bawang merupakan umbi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan daun-daun yang berpadu membentuk umbi ubi bawang.

Bawang merah mengandungi Vitamin C, Potassium, serat dan Asid Folic. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan tinggi di dalam protein. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

Bawang Putih Bawang Merah

Ini bukan kisah bawang putih dan bawang merah di TV tetap kisah peria beretarung diatas katil dengan penuh nikmat. Bawang putih dan bawang merah boleh menimbulkan kelazatan dan kekuatan dalam jimak.

Ramuan:

  1. Bawang putih
  2. Bawang merah
  3. Madu

Sediakan bawang putih dan merah. Beratnya tidaklah ditetapkan hanya mengikut keperluan anda. Bawang putih dan bawang merah hendaklah ditumbuk dan diambil airnya kemudian dicampurkan dengan madu yang sama banyak kandungannya. Kemudian dimasak sehingga air bawang tersebut hilang dan hanya tinggal madu sahaja. Bahagikan kepada tujuh, setiap satu bahagian dimakan untuk sehari sampai tujuh hari. Insya Allah mujarab.

Bawang kecil

Jika tiang layar anda tidak mampu belayar ditengah lautan dan tidak sampai ketempat yang dituju.

Ramuan:

  1. Bawang kecil
  2. Madu

Kisarkan bawang kecil tadi sehingga menjadi halus serata ditapis airnya, kemudian campurkan bersama madu dan diminum sebelum melakukan hubungan di waktu malam dan ianya sungguh berkesan jika alat tidak berfungsi.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MINUMAN TERBAIK...UNTUK ANDA  

Friday, November 6, 2009


TAK KAN LANGGAH TERUK MACAM NI... HUDOH SANGAT AIIIK

Campuran air madu dan air sejuk (mati / suam)

Rasulullah s.a.w. amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk (mati / suam). Amalan ini untuk tujuan pemeliharaan kesihatan.

Rasulullah s.a.w. juga suka minum air sejuk (mati / suam) dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi.

Antara khasiat amalan ini ialah:

  1. Menghilangkan balqham (kahak / lender).
  2. Mencuci perut.
  3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
  4. Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
  5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasulullah s.a.w. suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam sesuatu bekas.

Minuman manis dan sejuk (mati / suam)

‘Aisyah (r.anha.) meriwayatkan bahawa: “Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minum manis yang sejuk.”

Hadis bermaksud, baginda (s.a.w.) amat menggemari minuman manis yang sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Baginda (s.a.w.) amat mengambil berat tentang minuman jenis yang dibawa khas dari Suqya yang terletak berhampiran dengan Madinah. Di dalam suatu doa, Rasulullah (s.a.w.) ada menyebutkan: “Ya Allah, kurnikanlah aku dengan cinta Mu yang lebih besar dari cinta ku kepada nyawa, harta, anak dan cinta ku kepada air sejuk.”

Ini memberi isyarat sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang besar untuk kesihatan. Oleh sebab itu baginda s.a.w. memberi perhatian yang berat terhadapnya.

Adapun minuman, jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ia sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan menceranakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Perhatian

Walau bagaimanapun, perlu di ingat bahawa adalah tidak digalakan untuk mengamalkan minum minuman botol, tin dan sebarang jenis minuman yang bergas, mempunyai bahan pewarna dan bahan tahan lama (preservatives). Air sejuk tersebut sebaik-baiknya air telaga yang bersih berasal dari mata air dalam perut bumi lantaran ia mengandungi banyak bahan-bahan galian.

Adab-adab minum air

Doa minum air

Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda maksudnya: “Apabila seseorang itu telah diberi minum oleh Allah Ta’ala, hendaklah dia berdoa dengan doa yang berikut:

Allahuma barik lana pi hi wa at him na hai ra min

“Ya Allah, berkatilah kami dengannya dan kurniakanlah yang terlebih baik daripada ini.”

Doa minum air susu

Allahuma barik lana pi hi wa jit na min hu

“Ya Allah berkatilah ia dan tambahlah lagi dengannya.”

Jangan minum berdiri

Larangan minum berdiri bukanya ia bermaksud haram tetapi ianya berkaitan dengan masalah akhlak dan adab. Begitu juga sebagai sifat kasih saying lantaran Ibnu Qaiyyim Al-Jauziah dan alim ulamak yang lain telah berkata bahawa minum sambil berdiri mempunyai kemudaratan.

Cara minum

Anas (r.a.) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berhenti minum dengan tiga nafas dan baginda mengatakan bahawa cara inilah yang selesa dan menghilangkan dahaga.

Hadis melarang seseorang minum dengan sekali gus sebagaimana perbuatan seekor unta. Para ulamak mengatakan bahawa minum sekali gus boleh melemahkan urat saraf dan merosakkan perut dan hati. Sekurang-kurangnya minum dengan dua nafas.

Ringkasan adab minum

  1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  2. Bacalah “Bismillah”.
  3. Minum dengan tiga nafas.
  4. Minum dalam keadaan duduk.
  5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan) bacalah “Alhamdulillah”.
  7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain.

Hadis menyatakan bahawa saki-baki air minum seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Beberapa keluaran HPA produk minuman yang pasti menceriakan kehidupan anda.. Dapatkan di semua cawangan HPA...Madu juga ada dalam bungkusan yang pelbagai produk HPA...Silakan....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


APA ADA DENGAN PERNIAGAAN INI....?  

Thursday, November 5, 2009






Perniagaan perniagaan yang beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita orang Islam sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh,


Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran , ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark,mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.



Buat kita di Malaysia , apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald´s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?
Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald´s.



McDonald´s merupakan "rakan korporat utama" kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai "bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel ; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel ." Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald´s
adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.


Dalam bulan Oktober 2002, McDonald´s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald´s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald´s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald´s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.



Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald´s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel , akan membuka mata dan
berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi
"Buy Amazon.com & Support Israel " dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel .

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah
syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel .

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel , sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.


....wassalam

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


BUAT BAIK DAN KISAH NYA  

Wednesday, November 4, 2009





Sebuah kisah yang menarik, tentang seorang pemuda yang mempunyai seorang ayah yang lanjut usianya. Dia sudah merasa jemu dan bosan melayan keperluan-keperluan bapanya dan enggan lagi untuk berkhidmat.

Pada satu hari, dia mengajak bapanya keluar dan membawanya ke sebuah padang pasir. Tujuannya ialah untuk membunuh bapanya dengan cara menyembelihnya. Apabila sampai di satu bukit berbatu, dia menurunkan bapanya di situ. Lalu sang ayah bertanya kehairanan:
“ Wahai anakku, apa yang engkau mahu lakukan kepadaku..?”

Lalu, si pemuda tersebut berkata :
“ Aku ingin menyembelihmu.”

Tiba-tiba si bapa menempelaknya :
“ Inikah balasannya untukku..Bukankah berbuat baik itu dibalas dengan kebaikan..? ”

Anaknya menjawab :
“ Aku mesti bunuh kamu, aku sudah terlalu bosan dan jemu menjagamu.!”

Berkata sang ayah pula :
“ Wahai anakku, kalau kamu tetap mahu membunuhku, sembelihlah aku di bukit yang satu lagi, tapi, jangan bunuhku di sini..”

Sang anak merasa hairan, lantas bertanya :
“ Apa kenanya kalau aku sembelihmu di sini dan bukan di situ..?”

Lalu si ayah bersuara lagi :
“ Wahai anakku, jikalau benar sesuatu perbuatan itu akan dibalas dengan balasan yang setimpal, maka bunuhlah aku di bukit yang satu lagi..Sesungguhnya aku pernah menyembelih ayahku ( datuk si pemuda ) di sana..Dan engkau boleh melakukan perbuatan yang sama.”

Dari kutaiyyib ( buku kecil ) bertajukوبالوالدين إحسانا : Berbuat baiklah kepada dua ibu bapa tulisan Ust Abu ‘Ammar, Mahmud Al-Misrie.

Cabaran, masalah dan desakan muncul untuk membuat kita berduka sebab dari kedukaan itu kita terfikir untuk berusaha keras mengubah suasana menjadi gembira, tenang dan damai. Kita nak berjaya sebab kita nak mengecapi hidup yang gembira.

Kita nak berjaya dalam pelajaran sebab kita nak menjadikan diri kita semakin gembira, menjadikan ibu bapa kita gembira, menjadikan kekasih hati kita gembira dengan pencapaian kita, bangga dengan kita. Kegembiraan akan muncul bila kita sudah berjaya.

Sama juga dengan perniagaan – kita nak berjaya dalam perniagaan supaya kita mengecapi hidup yang dua kali ganda lebih gembira. Maka, mulai hari ini, elak untuk bersangka buruk dengan cabaran, masalah dan desakan yang muncul dalam hidup Anda. Bersangka baiklah dengan cabaran.

Cabaran memperkuatkan jati diri kita, menjadikan kita bijak membuat keputusan. Andai kata kita tak berdepan dengan cabaran, kita tak akan pernah terfikir untuk memajukan diri.

Disebalik kesusahan dalam kita mengharungi cabaran ada perkara baik sedang menanti untuk kita temui. Rugilah kita kalo bersangka buruk dengan cabaran sebab kita tak akan jumpa perkara baik tu. Orang lain dah berjaya, kita masih di takuk lama.

Kita bersangka baik, kita akan ditemukan dengan situasi-situasi baik.

Kita bersangka buruk, kita akan ditemukan dengan situasi-situasi buruk.

Cabaran, permasalahan, desakan hidup sifatnya sementara – kegunaannya untuk mengeluarkan kekuatan-kekuatan terpendam. Bila kita terus berusaha untuk maju ke depan, kita akan bertemu kejayaan.INSYA'ALLAH

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MAHKOTA DEWA.........RAWATAN HEBAT  

Tuesday, November 3, 2009




Pohon Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) dikenal sebagai salah satu tanaman obat di Indonesia. Asalnya dari Papua/Irian Jaya.

Mengetahui khasiat tumbuhan satu ini, mungkin Anda segera berminat menanamnya. Betapa tidak. Tanaman ini ternyata punya khasiat luar biasa. Ia bisa menyembuhkan gangguan kesehatan dari yang rungan hingga yang berat. Mulai dari pegal-pegal (kalau ini, aku dah sering), Flu bahkan sampai Diabetes. (Temanku yang sering sakit kepala dalam beberapa hari minum teh Mahkota Dewa, keluhan sudah agak menurun)

Bagaimana dengan kanker? Berdasarkan pengalaman beberapa orang, tanaman ini mampu melawannya, termasuk yang merasa sembuh dari penyakit pada organ hati atau jantung, hipertensi, rematik, serta asam urat.
Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:

* Alkoid, bersifat detokfikasi yang dapat menetralisir racun di dalam tubuh
* Saponin, yang bermanfaat sebagai:
o sumber anti bakteri dan anti virus
o meningkatkan sistem kekebalan tubuh
o meningkatkan vitalitas
o mengurangi kadar gula dalam darah
o mengurangi penggumpalan darah

* Flavanoid

o melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
o mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah
o mengurangi kadar resiko penyakit jantung koroner
o mengandung antiinflamasi (antiradang)
o berfungsi sebagai anti-oksidan
o membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan

* Polifenol

o berfungsi sebagai anti histamin (antialergi )

Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi mencapai 3 meter, mempunyai buah yang berwarna merah menyala yang tumbuh dari batang utama hingga ke ranting.
Untuk mengolahnya jadi obat pun sangat gampang. Cuma dengan menyeduh teh racik terbuat dari kulit dan daging buah, cangkang buah, atau daunnya, bahan obat alami ini pun siap dipakai.

Di Jawa Tengah dan Yogyakarta, tanaman ini dijuluki makuto dewo, makuto rojo, atau makuto ratu. Orang Banten menyebutnya raja obat, karena khasiatnya bisa menyembuhkan berbagai penyakit. Sementara, orang-orang dari etnik Cina menamainya pau yang artinya ubat pusaka.KALAU ANDA KE JAWI HERBS SHOP...ANDA BOLEH PEROLEHI PRODUK INI DAN DAPATKAN TIPS CARA GUNAAN NYA DARI PERAWAT BERTUGAS....WASALAMU.....

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠)

“(Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat)”
(QS. Al Hujurat : ayat 10 )

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


DALAM PERJUANGAN INI........HPA  

Monday, November 2, 2009





Ingatan Untuk Sahabat

Pergilah sahabat semua, teruskan perjuangan kita, agar Islam dapat bangun dan bangkit semula. Sahabat , dalam menyusuri jalan perjuangan, jangan lupa memandang di belakang sejarah yang sering mengingatkan kita jerih perit para pejuang terdahulu, untuk kita jadikan pedoman dan pengajaran, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak mudah, jalan menuju syurga itu penuh kepahitan yang tidak kita impi-impikan untuk melaluinya.

Jalan perjuangan yang kita akan selusuri itu banyak benar denai duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh. Sebab itu sahabat, sudah aku nyatakan berkali-kali, hidup ini perlukan dorongan seorang teman, teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Tuhan, teman suka duka adalah kawan-kawan kita iaitu manusia yang faham apa erti kehidupan. Sahabat, perjuangan yang kau tempuhi sebentar lagi akan menyebabkan engkau rasa putus asa, kecewa, sebak dan sedih yang tidak terkata.

Maka kuatkanlah semangatmu, selalulah panjatkan doa kepadaNya, kita jadikan malam-malam sebagai taman munajat kepada Tuhan. Dia tidak akan melupakan kita, Dia akan selalu mendengar rintihan kita dikala manusia kelu untuk berkata-kata. Dari situ kita suburkan kasih sayang dan cinta kepada Tuhan.

Perjuangan Itu Pengorbanan

Sahabat, perjuangan dalam jalan dakwah menuntut pengorbanan jiwa yang bukan sedikit, ingatlah setiap antara kita sememangnya berkewajipan untuk meneruskan tugas warisan para anbiya’ ini. Kerana cahaya Islam semakin suram di mata hati umat Islam sendiri. Cuba engkau lihat ada negara Islam yang bersekongkol dengan negara kafir untuk menyerang negara Islam sendiri, atas nama tujuan ekonomi. Mereka tidak meletakkan agama sebagai keutamaan. Cuba engkau lihat di negara Afghanistan pula, angkatan tentera yang kononya Islam bertakbir Allahu Akbar apabila berjaya membunuh saudaranya sendiri , umat Islam juga tetapi mereka sendiri dibantu oleh orang kafir. Islam apa ini namanya ?

Cuba pula engkau lihat kebejatan akhlak di negara kita sendiri, tidak mustahil jika suatu hari nanti yang engkau nampak adalah adik, abang dan keluargamu sendiri yang melakukannya. Itukah yang engkau mahu sahabat? Sedangkan kita telah dibekalkan dengan ilmu oleh para guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk memastikan para pelajarnya keluar sebagai bukan sahaja orang yang berjaya bahkan juga sebagai da’ie di alam ini. Inginkah engkau lihat saudara-saudara kita terpekik, terlolong di dalam neraka ? sanggupkah engkau lihat ibu ayah kita menangis sepanjang masa di dalam kuburan melihat anak-anaknya tidak menjadi ‘manusia’ yang diinginkan oleh Allah ? dan kemudiannya mereka-mereka itulah akan menarikmu pula ke dalam neraka bersama sebab engkau tidak menjalankan tugasmu sebagai saudara seIslam untuk menegur dan menasihati mereka.

Sebab itu sahabat, sudah aku katakan tadi, cahaya Islam itu semakin suram, api pelitanya yang menerangi alam tidak seperti di zaman-zaman kebesarannya. Para ulama’ dibisukan dengan dunia oleh umara’. Mereka diselubungi oleh ketakutan sepanjang masa untuk menyuarakan yang haq. Agama telah diletakkan di bibir-bibir mereka sahaja.

Warisan Tugas Dakwah

Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di hati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.

Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” Surah As Saff ayat 2-3. Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu dalam juang HPA ini akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Insya Allah…


ANAK WATAN HPA 02 NOV 09

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang.

(Assyahid Imam Hassan al Banna)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


DAH HABIS GHETIAQ....SYABAS Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia....Encik Malkit Singh  

Sunday, November 1, 2009


Aku cuma nak kata:

Artikel dibawah ini aku kutip dari laman wangsamajuformalaysia.blogspot.com. Aku cuma tambah link untuk rujukan dan gambar supaya lebih menarik.

Aku rasa artikel nya amat bermunafaat kepada yang mahu berfikir terutama kepada individu atau kumpulan yang konon nya memperjuangkan ketuanan melayu, sedang melayu sendiri lah yang banyak melingkupkan melayu.

Memang aku hairan jugak masa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid melantik Puan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar PKNS, ramai yang tak puas hati dan bising. Tidak susah untuk mengetahui apa motif nya orang yang bising bising itu. Sudah tentu pasal isu bangsa, seolah olah PKNS mesti diterajui oleh melayu, bangsa lain tak boleh.

Encik Malkit Singh menjadi Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia. Ia bukan seorang melayu. Mengapa tidak ada yang bising, atau sebenar nya tidak ramai orang yang tahu perkara ini. Abdul Shukur Idrus, dulu nya ketua Pemuda Umno Selangor dan sekarang ketua penerangan Umno Selangor yang bising masa perlantikan Puan Low dengan berkata "tiada lagikah orang Melayu yang boleh mentadbir PKNS?", mengapa dia diam membisu atau dia memang tidak tahu. Aku nak dengar dia kata "tiada lagikah orang Melayu yang boleh jadi Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia". Lagi pun perkara ini semacam isu nasional. Kalau bising bising nanti 1 Malaysia akan malu. Tidak seperti isu Puan Low dan PKNS, ia nya hanya isu di Selangor dan Selangor pulak bukan UMNO/BN yang perintah. Apa lagi, bedal lah semahu mungkin. Itu lah agak nya apa yang aku rasa.

Oh ya !... Cari punya cari dalam internet aku jumpa sumber artikel di bawah ini dalam bentuk majalah digital. Link nya sila klik majalah Accounting and Business 10/2009.

--------------------------------------------------------------------------------



Encik Malkit Singh mempunyai pengalaman 17 tahun dalam bidang kewangan dan beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Kewangan ABN AMRO (sebuah bank Belanda) dan semenjak menjadi Ketua Pegawai Kewangan Bank Islam Malaysia pada 1 Januari 2008, Bank Islam yang ketika itu mengalami pelbagai masalah kewangan dan operasi telah dapat dibaik-pulihkan olehnya.

Artikel dari Majalah Accounting and Business 10/2009


Bank Islam Malaysia yang pertama itu mengalami kerugian kewangan sebanyak RM500 juta dalam tahum 2005 dan melonjat hingga RM1.26 bilion dalam tahun 2006.


Menurut Encik Malkit, demi memulihkan keyakinan umum terhadap Bank Islam dan mewujudkan nilai pemegang saham (shareholders' value creation), langkah-langkah yang telah diambil termasuk menyusun semula jurusan perniagaan Bank Islam serta produk-produk bank tersebut dan mengadakan usaha menjimatkan perbelanjaan.


Dalam tahun 2008, keuntungan sebelum zakat dan cukai berjumlah RM208.3 juta dan pendapatan bank telah bertambah 14% menjadi RM1.25 bilion.


--------------------------------------------------------------------------------

Setelah membaca rencana tersebut yang membanggakan saya, saya pun termenung sejenak. Tidak lama dahulu, Puan Low, seorang pegawai PKNS yang telah berkhidmat berpuluh tahun di situ telah dilantik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengetuai PKNS buat sementara.

Akibatnya pelbagai bantahan yang lantang telah diutarakan oleh pihak-pihak tertentu yang saya rasa tidak berkelayakan menghurai keputusan Menteri Besar Selangor itu secara waras dan betul.


Saya membuat rumusan ini berdasarkan kepada sebab bantahan mereka. Bagi mereka yang membantah kononnya Puan Low bukan Melayu, bukan beragama Islam dan "kerana ketua PKNS adalah imam kepada akidah kaki tangan PKNS" itu bukanlah alasan yang betul, waras, tepat dan boleh diterima.


Adakah semua kaki tangan PKNS beragama Islam? Adakah hanya orang Islam sahaja dibenarkan berjawat dalam PKNS? Adaka tujuan PKNS itu semata-mata untuk agama Islam sahaja? Saya rasa jawapan untuk soalan-soalan tersebut sudah terjawab. Bahkan mungkin saya boleh pinjam ungkapan Hakim Augustine Paul, soalan-soalan tersebut "not relevant" (tidak berkenaan) sama sekali.


Jika perlantikan Puan Low dipertikaikan dari segi kelayakan, keupayaan, pencapaian, sikap dan rekod amanah beliau, itu boleh diterima.


Mengapa pula orang yang membuat bantahan lantang tersebut tidak mengamalkan pendirian yang konsisten pula? Nak boikot atau berkumpul di Bank Islam tak? Mungkin salah di sisi undang-undang jika berbuat demikian.


Pencapaian Encik Malkit Singh menunjukkan potensi amalan meritokrasi di mana jawatan diberikan menurut kebolehan dan keupayaaan. Amalan ini telah dikatakan akan mengancam kepentingan golongan masyarakat tertentu tetapi saya percaya perkembangan yang sebaliknya akan muncul.


Dengan sumbangan beliau, saya percaya Bank Islam telah dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia.


Saya berani mengatakan bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat mengecapi hasil pencapaian beliau kerana dapat bekerja, dapat naik pangkat, menerima bayaran gaji dan bonus dalam Bank Islam. Jika Bank Islam terus mengalami kerugian kewangan, mungkin bilangan pekerja atau jumlah ganjaran di situ akan berkurangan pula.


Bahkan, pembekal-pembekal alatulis, komputer, kertas, hawa dingin, meja kerusi, kontraktor pembinaan dan sebagainya semua dapat berurus dengan Bank Islam yang berkemampuan meneruskan kegiatan mereka bahkan menambahkan cawangan-cawangannya.


Kutipan cukai pendapatan syarikat pun bertambah
hasil keuntungan Bank Islam dan kutipan cukai ini boleh diagihkan untuk pelbagai projek yang dapat memanfaatkan rakyat jelata. (Itu lain certia dan bergantung kepada keprihatinan dan budi bicara pihak yang berkuasa pula).


Syabas kepada Encik Malkit Singh dan sebagai rakyat Malaysia dalam abad ke-21, pemikiran kurun yang lepas harus diubahsuaikan dengan perkembangan terkini..(Saya juga pelanggan BIMB...LU PIKIR LAH SENDIRI....)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


BERMULA DENGAN COKLAT........HPA...  




Kisah ini saya baca dalam sebuah akhbar 'Alam Islami' Arab Saudi seingat saya pada beberapa tahun yang lalu , Saya perturunkan terjemahannya untuk kita kongsi bersama kisah yang bagi saya cukup menarik..


Tulisan khat Arab pada sekeping coklat kesukaannya menarik perhatian Geogia, 5 tahun, seorang kanak-kanak perempuan Inggeris di sebuah bandar berdekatan kota London. Naluri ingin tahu kanak-kanak mendorongnya untuk bertanya ibunya berkenaan bahasa tulisan tersebut. Si ibu dengan penuh prejudis memberitahu anaknya ; Ia adalah bahasa orang-orang Arab dan Islam. Golongan yang bertutur dengan bahasa Arab adalah puak-puak pengganas yang sentiasa menyerang orang yang tidak berdosa.

Jawapan yang bertujuan untuk menakutkan Georgia, yang kini nama barunya Jamilah tidak memuaskan hatinya. Bahkan, dia tidak percaya dengan ibunya yang mengatakan bahawa Islam samaertinya dengan keganasan. Lebih mengejutkan lagi, secara spontan Georgia berkata “ Saya seorang Muslimah”.

Ia tidak terhenti setakat iu sahaja sebagaimana yang diharapkan oleh ahli keluarganya. Selepas beberapa bulan, apabila tiba hari ulangtahunnya yang keenam, ketika ibunya bertanya apakah permintaannya sebagai hadiah harijadi untuknya. Lantas dia menjawab dengan penuh harapan ; “ Saya mahu Al-Quran”.Lalu, si ibu terpaksa memenuhi kehendak anak kesayangannya.

Dalam tempoh enam bulan, Georgia membelek-belek Al-Quran pada setiap waktu, seolah-olah dia mendapat keseronokan yang tidak terhingga memandang tulisan dan huruf-huruf Al-Quran. Yang lebih ajaib, berlaku satu kebakaran yang memusnahkan barang-barang di rumahnya, semuanya hangus kecuali Al-quran tersebut.

Kaum keluarganya mula menunjukkan sikap tidak senang, hingga memaksa datuknya mengisytiharkan bahawa Jamilah berada di bawah perlindungannya dan tiada orang yang boleh mengejek dan menekannya apabila Jamilah enggan pergi ke gereja sebagaimana kebiasaan yang berlaku dalam keluarga mereka.

Apa yg berlaku membuatkan ibunya tertanya-tertanya berkenaan Al-Quran dan Islam, agama yang dipeluk oleh anak kecilnya tersebut secara kebetulan. Secara senyap-senyap, ibunya mula mengkaji dan membaca buku-buku tentang Islam yang akhirnya mendorong ibunya mengucapkan kalimah syahadah dan menukar nama asalnya ‘ Sam’ kepada ‘Samirah’.Subhanallah. ‘alam Islami.....Mari kita doakan agar produk coklat HPA menjadi pemangkin untuk hidayah oleh para pengemar coklat seluruh dunia...Moga cita cita kita bersama di beri ampun serta kemudahan oleh Robbul Jalil...Allahurabbal'alamin.....

دمي ماس - ايڠت 5 ڤركارا، سبلوم 5 ڤركارا. صيحت سبلوم ساكيت. مودا سبلوم توا. كاي سبلوم ميسكين.لاڤڠ سبلوم سمڤيت. هيدوڤ سبلوم ماتي

Demi Masa - Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin.Lapang sebelum sempit.Hidup.sebelum.mati........

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09