Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BUAT BAIK DAN KISAH NYA  

Wednesday, November 4, 2009





Sebuah kisah yang menarik, tentang seorang pemuda yang mempunyai seorang ayah yang lanjut usianya. Dia sudah merasa jemu dan bosan melayan keperluan-keperluan bapanya dan enggan lagi untuk berkhidmat.

Pada satu hari, dia mengajak bapanya keluar dan membawanya ke sebuah padang pasir. Tujuannya ialah untuk membunuh bapanya dengan cara menyembelihnya. Apabila sampai di satu bukit berbatu, dia menurunkan bapanya di situ. Lalu sang ayah bertanya kehairanan:
“ Wahai anakku, apa yang engkau mahu lakukan kepadaku..?”

Lalu, si pemuda tersebut berkata :
“ Aku ingin menyembelihmu.”

Tiba-tiba si bapa menempelaknya :
“ Inikah balasannya untukku..Bukankah berbuat baik itu dibalas dengan kebaikan..? ”

Anaknya menjawab :
“ Aku mesti bunuh kamu, aku sudah terlalu bosan dan jemu menjagamu.!”

Berkata sang ayah pula :
“ Wahai anakku, kalau kamu tetap mahu membunuhku, sembelihlah aku di bukit yang satu lagi, tapi, jangan bunuhku di sini..”

Sang anak merasa hairan, lantas bertanya :
“ Apa kenanya kalau aku sembelihmu di sini dan bukan di situ..?”

Lalu si ayah bersuara lagi :
“ Wahai anakku, jikalau benar sesuatu perbuatan itu akan dibalas dengan balasan yang setimpal, maka bunuhlah aku di bukit yang satu lagi..Sesungguhnya aku pernah menyembelih ayahku ( datuk si pemuda ) di sana..Dan engkau boleh melakukan perbuatan yang sama.”

Dari kutaiyyib ( buku kecil ) bertajukوبالوالدين إحسانا : Berbuat baiklah kepada dua ibu bapa tulisan Ust Abu ‘Ammar, Mahmud Al-Misrie.

Cabaran, masalah dan desakan muncul untuk membuat kita berduka sebab dari kedukaan itu kita terfikir untuk berusaha keras mengubah suasana menjadi gembira, tenang dan damai. Kita nak berjaya sebab kita nak mengecapi hidup yang gembira.

Kita nak berjaya dalam pelajaran sebab kita nak menjadikan diri kita semakin gembira, menjadikan ibu bapa kita gembira, menjadikan kekasih hati kita gembira dengan pencapaian kita, bangga dengan kita. Kegembiraan akan muncul bila kita sudah berjaya.

Sama juga dengan perniagaan – kita nak berjaya dalam perniagaan supaya kita mengecapi hidup yang dua kali ganda lebih gembira. Maka, mulai hari ini, elak untuk bersangka buruk dengan cabaran, masalah dan desakan yang muncul dalam hidup Anda. Bersangka baiklah dengan cabaran.

Cabaran memperkuatkan jati diri kita, menjadikan kita bijak membuat keputusan. Andai kata kita tak berdepan dengan cabaran, kita tak akan pernah terfikir untuk memajukan diri.

Disebalik kesusahan dalam kita mengharungi cabaran ada perkara baik sedang menanti untuk kita temui. Rugilah kita kalo bersangka buruk dengan cabaran sebab kita tak akan jumpa perkara baik tu. Orang lain dah berjaya, kita masih di takuk lama.

Kita bersangka baik, kita akan ditemukan dengan situasi-situasi baik.

Kita bersangka buruk, kita akan ditemukan dengan situasi-situasi buruk.

Cabaran, permasalahan, desakan hidup sifatnya sementara – kegunaannya untuk mengeluarkan kekuatan-kekuatan terpendam. Bila kita terus berusaha untuk maju ke depan, kita akan bertemu kejayaan.INSYA'ALLAH

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09