Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

IKTIBAR UNTUK KU & SEMUA...  

Saturday, January 2, 2010

KURMA SALAH SATU MAKANAN SUNNAH.....HPA SEDIAKAN MARIAMI PEK


Ambillah masa untuk beristirehat. Biarlah akal beriadah seketika dari bekerja untuk berfikir sahaja. Lihat alam ALlah seluas-luasnya, carilah tempat yang tidak menimbulkan tekanan. Mungkin di kala ini mendengar alunan zikruLlah, alunan nasyid menjadi penawar jiwa yang sedang sunyi sebentar.

Ambillah buku-buku yang dapat mengubat jiwa, kata-kata yang dapat memberikan motivasi dan nasihat. Mungkin hilangnya ilham disebabkan oleh maksiat yang dilakukan ? Mungkin juga kerana fikiran terlalu sesak memikir masalah dunia. Cubalah belajar mendekati para alim ulama dan dapatkan nasihat yang berhikmah daripada mereka. Bukankah selama ini kita jarang benar mendekati mereka ? Mungkin akal dan hati yang sedang lesu akan mendapat kekuatan baharu, dan menghidupkan kembali cahaya dalam diri..

Syukurlah wahai diri, dalam keadaan sempit Dia masih memberi peluang untuk berfikir dengan waras. Ada manusia yang Allah uji, dia merungut dan kecewa. Ada manusia yang Allah beri mehnah kepadanya lalu ia semakin lari dariNya..

Wahai diri, teruskan menyampaikan perkara kebaikan apabila ada ilham yang menjengah dalam minda. Gunalah dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjadi saksi pula atas kejahatan yang engkau lakukan di hadapan ALlah kelak.
Tanda-tanda yang terdapat pada orang yang sodiq (benar) ialah :

1. Apabila ia melihat ia akan mengambil iktibar

2. Apabila ia berdiam ia akan berfikir

3. Apabila ia bercakap ia akan berzikir

4. Apabila ia terhalang ia akan sabar

5. Apabila diberi ia akan bersyukur

6. Apabila diuji ia mengucap tarji' إن لله و إنا إليه راجعون

7. Apabila dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ia berlemah lembut

8. Apabila ada ilmu ia merendah diri

9. Penyayang apabila mengajarkan ilmu

10. Dan apabila ditanya ia berusaha untuk menjawab

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KESAN BOIKOT PRODUK YAHUDI DAN IMPLIKASI NYA TERNYATA..  

Friday, January 1, 2010

LATIHAN AWAL ANAK ANAK YAHUDI..(ANAK ANAK KITA BAGAIMANA???)

ARTIKEL INI DIPETIK DARIPADA EMEL :
Alhamdilillah persoalan boikot produk Yahudi jadi tajuk kali ini..Mari kita perhatikan.....
Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam.
Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi. Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot.
Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4 milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka.
Sekarang?
ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.
Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.
Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?
Apakah usaha ini akan berjaya? Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s. McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.
Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.
Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini. Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002.
Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin. Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.
Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel. Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


INSYAALLAH...DOA KAN  

Thursday, December 31, 2009



InshaALLAH oleh Maher Zain

Salam untuk yang di rindui berada di Mutah' JORDAN (URDUN) konon rawak la sangat


Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way


Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side


Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way


Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…


Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we’ll find the way

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we’ll find the way


P/s: Kalau anda berada dalam proses 'penyembuhan', saya cadangkan dengar lagu ini dan amalkan banyak Selawat '.. InshaALLAH, perlahan-lahan hati anda akan berasa tenang..


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


AWAS..NAK SUAP APA NI...MAKAN YANG NI JANGAN..  

Wednesday, December 30, 2009

Salam Semua...


macam ni...saya terima matlumat dari email...berkenaan makanan ringan sekarang ader campuran lemak babi...yer ker...especially ROTA...sila lihat...

dia tulis kat situ E110 merupakan kod untuk lemak babi...ALAMAK....saya menyeru pihak berkuasa untuk melihat kepada perkara ini dengan lebih terperinci....

Jika benar tidak hairanla kenapa anak muda zaman sekarang makin liar...dah kurang ajar.
paling mengejutkan kita mendapati makanan ringan yg diedarkan & dijual di merata tempat mempunyai unsur2 yg disyaki..
renungkanlah..


::food emulsifiers dat contains pork..huk2..::


::ni la makanan yg dpt,cari kat kedai hamzah ka,lipton,carrefour,kedai catok,chong eng,sivaraju,giant,econsave,kantin ka yg mengandungi food emulsifiers yg ada pork,hati2 yek::

.

Please note that all chocolate, vanilla an d coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork).
Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & thetiramisu contains RUM.
Please pass this message to our muslim friends.
Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. Thank you
INI ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI SAUDARA SESAMA MUSLIM, SAMPAIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN...

sedang yahudi galak membedil
di sini tetap juga degil
di pipi berbau johnson baby
di kepala terbayang kfc
masih tersarung jeans lee
masih diimpi kasut nike
masih membelek colgate & darlie
jadi? boikot atau beli?

ptg td, sahabat brtanya sy.. mcm mane nk boikot nih? sy pon kata...
dipergelangan bonia.. disandang puma..
rasa nk makan maggi.. dahaga pula nescafe..
teringin juga kit kat & cadbury..
aduhai teman..

maafkan aku Gaza
hanya mampu melihat dengan mata buta

maafkan aku Gaza
tetap memilih untuk diam semata

maafkan aku Gaza
ALLAH pasti bersama

bertahanlah Gaza

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MELANCONG KE SAIGON, VIETNAM  

Tuesday, December 29, 2009

Pakej Pelancongan KPU kepada pengedar-pengedar yang aktif didalam program telah membawa sebahagian pengedar2 melancong ke bandar HO CHI MIN, Vietnam selama 4 hari 3 malam.
Seramai 27 orang pengedar yang pergi ke Vietnam termasuk beberapa orang PJS iaitu PJS Ustaz Zahir, PJS Sabri Jaafar, PJS Ustaz Zamri Jusoh, PJS Aseri Hanapiah, PJS Ustaz Malik.

Hari pertama sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Vietnam pada jam 4.50ptg (jam Malaysia 5.50ptg)


Bergambar di kawasan lapangan sasar menembak

Bagi mereka yang ingin melancong ke Saigon, terdapat beberapa restoran halal yang terdapat di sana diantaranya Kedai Makanan Halal Shamsudin, Restoran Saigon (berhadapan dengan masjid), dan juga Restoran Ala Thai di bandar Saigon.

Bergambar di kedai makanan halal...

EEERRRMMM....Sedapnya tak terhingga....

Saiz fon
Suasana pemandangan kampung yang tidak ubah seolah2 berada Malaysia...

UNIK....Motor lebih banyak daripada kereta dan kenderaan lain. Merupakan pengangkutan utama di Vietnam yang memenuhi ruangan jalan tak kira walaupun berada di kaki lima dan pejalan kaki.

Alamak yang mana satu polis ni....


Menyelusuri sungai Mekong dengan menaiki bot...

Tak serupa macam penyamun tarbus....
Menaiki sampan kecil mengelilingi pulau dusun buah-buahan yang berada disepanjang sungai mekong.
Lega rasanya bila dah sampai ke destinasi yang dituju...samapan terlalu kecil yang boleh memuatkan 4 orang dewasa sahaja...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SATU PENGUKUR BARU...SOALAN  




Saya menyangka soalan yang dikemukakan itu sangat mudah. Tentulah mudah, kerana mereka sebagai orang Islam telah belajar mengenainya dalam subjek Pendidikan Islam untuk PMR, di samping dalam subjek Sejarah Tingkatan 4. Itu jangkaan saya ketika mengubal soalan untuk peperiksaan akhir tahun.
1. Sebab-sebab Nabi Muhammad saw berhijrah dari Makkah ke Madinah
2. Apa kepentingan hijrah dalam sejarah perkembangan Islam.
3. Bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar.
Ternyata jangkaan saya itu meleset.
Tidak ramai pelajar yang berjaya menjawab soalan tersebut mengikut kehendak skema jawapan. Ya, ada pelajar daripada kelas yang agak lemah tetapi itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk mereka gagal menjawab dengan memuaskan. Lagipun mereka adalah orang Islam, bukan? Setiap tahun mereka menyambut Maal Hijrah, membaca artikel tentang penghijrahan Rasulullah, masakan mereka masih tidak tahu apa itu hijrah?!

Kecewa? Sudah tentu! Terasa diri gagal sebagai seorang guru, walaupun subjek Sejarah bukanlah opsyen saya [diminta mengajar kerana kekurangan guru].
Saya lebih kepada terkilan. Mengucap panjang. Walaupun telah diterangkan berulang-kali semasa mengajar dan ketika membuat ulangkaji [tak kira ceramah Maal Hijrah yang diadakan di sekolah setiap tahun], apakah yang dipelajari oleh anak-anak kita?

1. Mereka lupa bahawa Nabi Muhammad saw berhijrah kerana turunnya wahyu daripada Allah swt. Ada yang menyatakan bahawa ia berlaku kerana orang Quriasy mahu membunuh baginda. Apabila lupa akan tindakan Nabi berhijrah kerana menurut wahyu Allah, segala konsep tentang hijrah ternyata masih tidak difahami sepenuhnya.
2. Mereka tidak dapat menghuraikan kepentingan hijrah dengan memuaskan.
3. Mereka masih menganggap hijrah bermaksud perlu meninggalkan kampung halaman. Ternyata ramai yang belum memahami bahawa konsep hijrah boleh berlaku tanpa perpindahan lokasi, iaitu dengan berubah dari tingkah laku yang buruk kepada yang baik.
Ya Allah! Inikah konsep hijrah yang difahami oleh remaja kita? Remaja yang bakal mewarisi dunia Islam yang bakal kita tinggalkan kelak? Adakah hijrah bagi mereka bermaksud berpindah, seperti berpindah dari kampung ke bandar? Ataupun hijrah bagi mereka hanya berlaku secara fizikal,disambut dengan perarakan dan cuti umum? Atau cukup dengan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun? [untuk yang nak buat, sebab amalan baca doa ini ada perbezaan pendapat]
Mungkin jangkaan saya terlalu tinggi, entahlah. Bagi saya, kalau remaja Islam berumur 16 tahun masih gagal memahami konsep hijrah dalam kehidupan mereka, itu adalah sesuatu yang perlu dikhuatiri.

Alhamdulillah, tahun ini tahun hijrah 1431 datang ketika cuti sekolah. Lebih mudah untuk membuat perancangan. Apabila direnung kembali segala peristiwa yang berlaku sepanjang tahun hijrah 1430, nampaknya masih banyak yang perlu diperbaiki. Walaupun ada sedikit perubahan, masih terlalu banyak kelemahan diri. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Tahun 1431 Hijrah bakal menjanjikan pengalaman baru yang menarik, insyaAllah. Tiada yang dapat membantu melainkan Allah, dan tiada yang akan berlaku tanpa keizinanNya. Saya berdoa agar diberi kekuatan, kesabaran dan kesungguhan untuk melakukan yang terbaik untuk Islam, untuk diri, untuk keluarga, untuk kerjaya dan untuk masa depan. Keazaman untuk mahu berubah menjadi umat Islam yang lebih baik perlu diterapkan dalam jiwa.

Sepatutnya kita membuat azam baru pada malam ini, bukannya menanti 31 Dismeber untuk membuat azam tahun baru. Saya bukan jenis yang suka menulis azam pada setiap tahun. Saya lebih suka cuba menjawab soalan begini [check-and-balance beberapa kali setahun]:
1. Apakah yang telah dicapai pada sepanjang tahun lalu yang boleh ditunjukkan dengan syukur di hadapan Allah kelak? apa amal jariah yang telah dilakukan dengan ikhlas? [tolak wang dan harta]Puas hati dengan prestasi diri?
2. Apakah kelemahan diri /sifat mazmumah yang masih perlu dibuang? Bagaimana mahu lakukannya?
3. Apakah sifat mahmudah yang masih kurang pada diri? Bagaimana untuk mendidik diri menjadi lebih baik?
4. Apakah sumbangan yang boleh diberikan kepada orang lain dan untuk jalan Allah pada tahun ini? Bagaimana untuk melakukannya? [lebih baik sedikit tetapi berterusan dan tidak membebankan]

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RAHSIA DAHI......DAHI.....  

Monday, December 28, 2009




Tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HUTANG & IMPLIKASI NYA.....  

Sunday, December 27, 2009




Hari ini kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09