Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BERSAMA HPA.....TANPA STRESS...KERJAYA HEBAT  

Saturday, January 9, 2010




Menurut 33 news ABC survey, para ahli Information Technology (IT) ternyata lebih banyak menderita stress daripada profesion yang lain. Secara mengejutkan, 97% dari responden orang IT mengatakan bahawa mereka merasa stress akibat pekerjaan sehari-hari mereka. Hasil kajian mengatakan para professional IT mengatakan mereka lebih sukar menyelesaikan pekerjaan apabila terus-menerus diawasi oleh manager.

Top 10 Stress Occupation are listed as below
1. Information Technology (IT) -
2. Medicine / Caring Profession
3. Engineering
4. Sales and Marketing
5. Education - Teaching
6. Finance - Bank
7. Human Resources
8. Operations
9. Production
10. Clerical

9 stres akibat pekerjaan
1. Beban kerja
2. Merasa kurang dihargai
3. Waktu yang terhad
4. Harus mengambil alih pekerjaan orang lain
5. Kurangnya kepuasan kerja
6. Kurangnya control pada saat hari kerja
7. Harus bekerja dalam waktu yang lama
8. Frustasi dengan lingkungan kerja
9. Target, Deadline yang singkat
10 gangguan dari rakan pejabat
1. Melihat yang lain tidak melakukan tugasnya dengan baik
2. Manager mengubah rencana atau pemikirannya
3. Kurangnya dukungan dari manager
4. Tekanan dari manager
5. Merasa ditipu / didayagunakan oleh pihak atasan
6. Gangguan dari rakan pejabat
7. Gangguan oleh manager
8. Gertakan oleh manager
9. Kurangnya sokongan dari rakan pejabat
10. Gertakan dari rakan pejabat
MARI BERSAMA HPA..KERJAYA BERSEPADU TANPA STRESS....INSYAALLAH...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


CAMEL TROPHY.....KAMAL KOPI....AAIIKK .APA NI  

Friday, January 8, 2010








MORAL

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


APA KURANG NYA KAMU??????  

Thursday, January 7, 2010


Disabled or differently able.

Gambar hitam putih ini pula menunjukkan apa yang mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang kudung kakinya ini. Beliau bermain bola sepak dengan bantuan cructhes (tongkat, seperti dalam gambar). Lihatlah kesungguhan raut wajahnya, dan betapa luasnya bukaan batang crutches beliau dalam usaha untuk mengimbangkan diri dan menyepak bola. Jika dibandingkan dengan kita yang masih punya kedua-dua kaki pun tidak mampu atau tidak mahu bermain bola sepak andaikata tidak punya kebolehan bermainnya. Apatah lagi jika kita kehilangan sebelah kaki. Maka sebenarnya orang yang 'kurang upaya' bukannya 'kurang keupayaannya' tetapi sebenarnya 'berbeza keupayaannya'.


They are differently able, they are not disabled.


Jika mereka yang kurang sempurna anggota ini lebih 'mampu' daripada kita, kita sebenarnya lagi 'mampu' daripada mereka. Jika mereka pun mampu berlari laju dengan sebelah kaki, secara logiknya kita mampu memecut lebih laju dengan adanya dua kaki.



"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik diciptakan untuk manusia. Kerana kamu menyuruh yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." Ali Imran 110.


Maka sesuai dengan seruan Allah ini, marilah kita sama-sama mengutilisasi keupayaan yang ada untuk jadi 'diri kita' yang terbaik. Bersainglah dan bertandinglah dengan diri kita sendiri yang sekarang, kerana kita sebenarnya lebih hebat daripada yang kita sangkakan.


"Good is not enough when better is possible"- Mr Burhan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


EXCUSE ME....YOU ADA TAULIAH???????  

Wednesday, January 6, 2010




Jika anda hendak beri ceramah
Anda mesti mempunyai tauliah
Anda ada PhD dari Madinah
Anda adalah seorang Pensyarah
Anda bekas Mufti Makkah
Anda dapat A dalam Syariah
Anda hafiz Quran dan Sunnah
Anda digelar Ustaz atau Ustazah
Anda dikurniakan Tokoh Maal Hijrah
Anda hendak bicara pasal aqeedah
Anda hendak bercerita seerah
Anda hendak mengajar lughah
Anda duduk dalam Panel Syariah
Anda Presiden Jamaah Islah
Di Selangor anda kena pohon tauliah
Kalau tak ada JAIS serbu rumah
Tak kira Taman UK atau Ulu Kedah
Apatah lagi anda menentang kenduri arwah
Atau anda sebut bertalqin itu bidaah
Atau tak setuju Yasin malam Jumaat itu sunnah
Atau suka Wahhabi macam kat Makkah
Di alHaram mereka mungkin bermufaraqah
Sebab Sudais, Shuraim semua Wahabiah
Anda sebut Islam itu Mudah
Sebab Islam itu bagi mereka payah
Sebab nak kena samak satu rumah
Kena masuk Islam kena berbinkan Abdullah
Kena pakai baju Melayu baru nampak Islamiyah
Inilah pertembungan tradisi dan sunnah
;;;Dari seorang sahabat

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


CERMIN AJAIB...DIRI...PERSON IN THE MIRROR  

Tuesday, January 5, 2010




Anda ada matlamat?katakan anda mempunyai matlamat untuk memulakan perniagaan anda sendiri,ada satu cara yang mudah dan berkesan untuk mencapainya,di sini saya akan kongsikan satu cara yang diberikan oleh seorang cikgu di sekolah saya dulu,iaitu,apapun matlamat anda atau benda yang anda nak dalam hidup ni,caranya ialah

"Sebutkan matlamat anda itu depan cermin"


Ya..cara inilah yang diberikan cikgu saya.

Kenapa?

Hmm..saya dulu pun tidak faham kenapa cikgu saya suruh buat macam ni tapi selepas saya mula membaca buku-buku yang berkaitan dengan motivasi dan pembangunan diri,barulah saya tahu bahawa ini merupakan salah satu kaedah yang dilakukan untuk menggunakan minda separa sedar kita.

Minda separa sedar mempunyai kuasa yang hebat kerana ia dapat merealisasikan apa yang kita nak.Oleh itu apabila kita bercakap di depan cermin mengenai matlamat kita,kita sebenarnya sedang mengarahkan minda separa kita ke arah proses untuk mencapai matlamat tersebut.Jadi cubalah kaedah ini iaitu hanya perlu sebutkan matlamat kita di depan cermin :)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


LAGI KEGUNAAN MADU LEBAH....  

Monday, January 4, 2010



Penawar jika dipatuk ular

Ramuannya;
bawang putih dan madu lebah.
Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.


Panawar racun dan sengatan binatang berbisa

Ramuannya;
madu lebah dan minyak sapi atau kambing.
Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.



Penawar gigitan anjing gila

Ramuannya;
daging siput dan madu lebah.
Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.
Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.


PENAWAR SENGAT TEBUAN

Gaul danSapu Madu, kapur sireh dan juga minyak but but.
bengkak surut cuma rasa gatal saja semasa proses peyembuhan.

note. kalau ada kemudahan simpan lah madu, minyak but but dan kapur sireh dirumah utk kegunaan gigitan serangga yg tidak serius.
kalau serius kenalah ke rumah sakit.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PAGI MOTIVASI DIRI  

Sunday, January 3, 2010




Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan baca hadis hadis pendek Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak mula tugasan, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09