AKTIVITI YANG ANDA BOLEH BEZAKAN....SIHAT ATAU BANGANG NI????
Saturday, August 29, 2009
BULAN PUASA NI TERDAPAT PELBAGAI GELAGAT AKTIVITI YANG MENARIK....MARI KITA IKUTI RESAM MANUSIA YANG BANYAK BERI KESAN PADA LINGKARAN KEHIDUPAN....
BULAN PUASA NI TERDAPAT PELBAGAI GELAGAT AKTIVITI YANG MENARIK....MARI KITA IKUTI RESAM MANUSIA YANG BANYAK BERI KESAN PADA LINGKARAN KEHIDUPAN....
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postby sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post
Khas untuk insan insan yang dia shopping KHAS UNTUK HARI RAYA:
Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang selain dari yang disenaraikan.
Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang disenaraikan.
Jangan membawa wang yang jauh berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan berincit-incit bagi mengelakkan kita ke kedai selalu.
Keperluan hendaklah dibeli secukupnya. Pembeli berlebihan adalah membazir.
Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar dari senarai.
Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
Amalkan pembelian terancang.
Utamakan keperluan daripada kemahuan.
sebutir kata:
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pengawal untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. (Saidina Ali Abi Talib)
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postWOWW...KASIM SELAMAT ..EIK BUKAN INI AIS KRIM PERISA KELADI..OHH YE KE
JANGAN JILAT SKRIN MONITOR ANDA
LAMBAIAN MASJID DI RAMADHAN INI
MAMAT.. BUKA PUASA AIR KURMA + KORDIAL JAMBU BATU
KETIAK WANGI DI HARI RAYA NANTI
LU FIKIR SENDIRI
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami.
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....MAAFKAN AKU TEMAN ANDAI NYA INI RAMADHAN TERAKHIR...
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post