HERBA PENAWAR AL-WAHIDA (HPA)
Thursday, August 7, 2008

Tuan Hj. Ismail telah mempelajari ilmu herba secara tidak formal daripada keluarganya yang mempunyai kepakaran dalam herba-herba tempatan. Pada tahun 1982,beliau telah membuat kajian tentang herba-herba Malaysia di UPM dalam bidang Botanikal.
Setelah menamatkan pengajian di UPM,beliau pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Padang Siding, negeri Perlis Indera Ka
yangan.

Pada asalnya HPA bermula dengan 4 orang pekerja sahaja yang hanya bermodalkan sebanyak RM3 ribu. Namun disebabkan perkembangan perniagaan yang begitu baik dan sambutan terhadap produk-produk HPA yang amat menggalakkan, beliau terpaksa menambah pekerja dan mesin-mesin bagi menampung permintaan yg semakin meningkat dari tahun ke tahun. HPA menjadi semakin mantap dengan kemasukan 13 orang lagi graduan-graduan lepasan universiti untuk membangunkan HPA ke arah yang lebih efektif dari pelbagai sudut.
GMP
GMP adalah satu syarat yang diperlukan untuk memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Piawaian tersebut meliputi bangunan yang ada,pekerja, amalan-amalan kebersihan,mesin dan segala bentuk dokumentasi yang diperlukan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan(BPFK )
Kilang HPA mendapat pengiktirafan GMP pada tarikh 25 Sept 1997 seperti yg diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Pada tahun 1997 juga, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA telah memilih HPA Ind Sdn Bhd sebagai anak angkat BPFK Untuk Pengilang-Pengilang Perubatan TradisionalMelayu.

KILANG GMP HPA