Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

KENDERAAN TERAKHIR KITA...  

Wednesday, June 24, 2009

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SAKIT JIWA ATAU GILA...!!!!?????  

Tuesday, June 23, 2009



Stastistik Kementerian Kesihatan menunjukkan kini 379,010 mendapat rawatan pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan berbanding 324,344 tahun 2007.
Menurut Pengarah Pembangunan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azmi Shapie, semakin ramai remaja menderita masalah kesihatan mental. Terfikir, statistik itu tidak termasuk mereka gila judi, gila betina dan gila talak. Banyak jenis gila, gila apa paling teruk?

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


A H1N1 SERIUS NI.....!!!  


50 kes H1N1 dicatatkan setakat ini di negara kita. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Davidson, Kuala Lumpur diarah tutup seminggu atau lebih. Dua lagi sekolah, Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya dan Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam sedang dipantau secara terperinci pihak kementerian. Jika pelajar sah dijangkiti H1N1, adakah keluarga berani mengambil risiko membenarkan anak mereka ke sekolah sama? Justeru, saya percaya dalam jangka waktu terdekat, sekolah terbabit akan turut ditutup. Kita tunggu dan lihat samada jangkaan ini benar atau sebaliknya.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SABAR  

Monday, June 22, 2009



1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.
Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.
3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.
5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.
Sabar itu separuh daripada iman...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09