Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

menjelang ( RAMADAN AL-MUBARAK) puasa  

Thursday, August 20, 2009



Hadis Mengenai Puasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya (bulan Ramdan ) dan berbukalah kamu kerana melihatnya ( bulan Syawal ). Jika dilindung oleh awan atas kamu hendaklah kamu sempurnakan bilangan Syaaban tiga puluh hari".
Riwayat Syaikhan.

Ulasan:

1.Orang Islam mula berpuasa setelah melihat anak bulan Ramadan atau bulan Syaaban telah cukup 30 hari.

2. Berpuasa hanya pada waktu siang sahaja pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadan.

3. Berbukalah kamu kerana melihatnya ( bulan Syawal ) bermaksud berhentilah berpuasa Ramadan dan hendaklah berhari raya pada 1hb.Syawal itu.

@@@

"Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata beriman dan berharap-harap pahala nescaya terampun dosanya yang telah lalu, dan barang siapa beribadat malam Laitatul Qadar ( lailatul Qadr ) semata-mata beriman dan berharap-harap pahala nescaya terampun dosa yang telah lalu".
Riwayat Abu Hurairah.

@@@

" Tiap amal ibadat anak Adam semuanya berganda - Memanglah kebajikan itu sepuluh kali gandanya sehingga tujuh ratus kali ganda. Firman Allah Taala: " Melainkan puasa maka puasanya Aku membalasnya, sebab meninggal orang yang berpuasa itu akan keinginannya dan makan minumnya kerana Aku. Bagi yang berpuasa itu dua kesukaan, kesukaan waktu berbukanya dan kesukaan waktu bertemu dengan Tuhannya. Dan bermula bau mulut orang berpuasa itu terlebih harum daripada kasturi (akhirat) dan puasa itu sebagai pemelihara daripada azab neraka, dan apabila kamu berpuasa janganlah kamu berkata-kata sebagai perkataan yang keji-keji dan jangan membuat bising, maka jika memaki oleh seseorang atau hendak dipukulnya hendaklah berkata: Aku berpuasa".
Riwayat Syaikhan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


A H1N1 TAHAP BAHAYA....SERIUS NI  

Wednesday, August 19, 2009





VIRUS adalah daripada bahasa Latin yang bermaksud racun atau toksin. Ia berupa agen jangkitan mikroskopik yang hanya boleh membiak dalam sel tuan rumah. Virus menjangkiti pelbagai organisma – manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria dan organisma satu sel.

Mengikut maklumat saintifik, sejak Martinus Willem Beijerinck, seorang ahli botani dan mikrobiologi Belanda, menemui sejenis virus yang menyerang pokok tembakau (maka diberi nama tobacco mosaic virus) pada tahun 1898, lebih 5,000 jenis virus telah dikenal pasti. Ahli sains sekata bahawa banyak lagi virus yang belum ditemui dan dikenal pasti.

Maka kemungkinan kita dijangkiti salah satu atau beberapa daripada ribuan virus ini adalah sama pasti dengan kedatangan kiamat.

Jadi kalau kita takut kepada virus sehingga memberi kesan kepada kehidupan harian kita, rasa-rasanya mustahil kita boleh hidup dan berfungsi dengan sempurna.

Teringat saya kepada waktu saya budak-budak dulu bila buat beberapa ketika saya berasa tidak mahu bersekolah dan tidak mahu menternak ayam itik apabila saya menemani emak ke madrasah untuk mengaji agama.

Saya begitu takut dan hilang keyakinan mendengar tok guru bercerita mengenai hari kiamat. Sebagai budak yang baru masuk sekolah, saya membuat kesimpulan apa gunanya bersekolah, bersawah, menternak ayam itik dan mendirikan rumah kalau semuanya akan dimusnahkan oleh kiamat.

Alhamdulillah, kisah kiamat yang dipersembahkan dengan cara yang begitu menakutkan oleh tok guru itu dapat saya dalami dan rasionalisasikan kemudiannya.

Kiamat pasti akan datang. Tetapi apa yang telah berlaku, yang membuatkan saya cukup positif dan yakin dengan kehidupan, adalah suka duka dijangkiti pelbagai virus dan kuman serta diserang bermacam-macam parasit daripada cacing kepada kutu, pijat, nyamuk dan tungau.

Pada zaman kanak-kanak, saya diserang lelah, kudis buta, demam panas dan jangkitan berbagai-bagai jenis cacing sehingga perut saya buncit atau, dalam loghat Utara, boroi. Cacing keluar dari dubur dan kadangkala muntah pun keluar cacing!

Maka selain daripada menjadi amat biasa dengan rawatan – daripada serapah jampi oleh dukun dan bomoh kepada suntikan oleh doktor – saya menjadi “philosophical” mengenai kehidupan, iaitu macam mana pun kita mencuba akhirnya alam semula jadi akan mengatasi daya usaha dan kepandaian kita.

Kita tidak dapat lari daripada kuman dan virus kerana sesetengah daripadanya berada dalam badan kita daripada saat kita lahir hinggalah selepas kita mati. Organisma inilah yang menghadamkan makanan yang kita makan. Dan organisma ini jugalah yang akan mengitar semula jasad kita menjadi abu dan debu.

Badan manusia menjadi tuan rumah kepada jutaan mikro organisma daripada lebih 400 spesies yang selalunya wujud dalam suasana harmoni dan sekali-sekala dalam suasana kacau-bilau. Purata hampir tiga paun berat badan manusia adalah dalam bentuk mikro organisma ini.

Virus, kuman dan bakteria menjadi masalah apabila badan kita sendiri menjadi lemah kerana terlalu banyak makan bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan seperti gula, lemak dan madat.

Atau apabila kita mencemarkan persekitaran kita dengan kekotoran, racun dan kimia yang merosakkan bekalan air dan menipiskan lapisan ozon.

Apabila badan kita lemah dan persekitaran kita kotor, maka virus dan pelbagai organisma mikro yang hidup dalam badan kita atau di sekeliling akan turut berubah (mutate) untuk melindungi diri mereka.

Dalam proses mutasi ini, ada organisma mikro yang dulunya tidak berbahaya bertukar menjadi berbahaya dan yang tidak membunuh akan membunuh. Itulah yang terjadi dengan virus selesema babi apabila ia menjangkiti manusia dan berubah menjadi pembunuh.

Al-Quran mengharamkan babi bukan kerana leher atau kakinya yang pendek. Atau wajahnya yang hodoh. Al-Quran mengharamkan babi kerana ia berupa haiwan yang menjadi tuan rumah paling subur bagi pelbagai jenis virus dan bakteria.

Oleh sebab babi mudah dijangkiti kuman dan virus, ahli sains dan penyelidik kerap menggunakan babi sebagai platform ujian dan tempat menyemai serta menghasilkan pelbagai serum dan antibiotik. Sekarang lebih ramai menggunakan lembu sebagai platform kerana isu haram dan halal.

Jadi, dalam konteks perancangan masa depan dan pengawalan virus, eloklah difikirkan semula kearifan (wisdom) menggalakkan pemeliharaan babi.

Serentak itu kita memesatkan kawalan ke atas kesihatan haiwan ternakan agar virus haiwan tidak “melompat” dan menjangkiti manusia dan merebak dari manusia ke manusia seperti yang berlaku dengan selesema babi dan tidak lama dulu, selesema burung (avian flu).

Selain babi peliharaan, kini babi hutan mula menjadi masalah besar di kampung-kampung dan ladang berhampiran hutan.

Beberapa persoalan mengenai selesema babi yang kini menjadi wabak global:-

1. Adakah angka jangkitan dan kematian yang nampak tinggi di Malaysia berpunca daripada kelemahan sistem kesihatan, perubatan dan kawalan penyakit?

2. Adakah sistem kesihatan dan perubatan kita masih tidak belajar daripada wabak-wabak yang dibawa oleh haiwan yang berlaku dan meragut nyawa sebelum ini seperti selesema burung dan Virus Nipah yang juga dibawa oleh babi?

3. Adakah benar negara-negara jiran mengalami jangkitan dan kematian yang lebih rendah atau mereka tidak menghebahkan atau menghebohkan angka sebenar?

4. Adakah kerana gaya hidup, amalan pemakanan dan pendedahan kita kepada perubatan moden, khasnya penggunaan antibiotik, maka kekebalan (immunity) kita kepada penyakit telah menurun?

5. Adakah tahap kesihatan asas penduduk Malaysia begitu rendah sehingga mudah dijangkiti oleh virus H1N1 dan banyak yang mati akibatnya?

6. Dan akhir sekali, adakah kita tidak mengambil berat soal kebersihan, kesihatan dan rawatan?....langkah pencegahan perlu dilakukan sekarang.
kepada yang belum djangkiti h1n1:- HANYA RM 42 SAHAJA

IMT RM 22
ROSELLE RM 20

manakala kita masih boleh membantu rakan-rakan yang telah dijangkiti dengan hanya RM 122 SAHAJA:-
IMT RM 22
SPIRULINA RM 30
TEH ROSELLE RM 20
EQ RM 50........Jangan pandang ringan H1N1. Wabak ini kini menular dan semakin serius.
Pesanan dari Pengarah supaya semua warga HPA mengamalkan khususnya produk IMT.
Kepada mereka yang ada simptom H1N1, sila pastikan di amalkan 2 kapsul perjam dan habiskan 1 botol IMT dalam tempoh 2hari.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


OMBAK OMBAK GEMPUR HPA INI....  

Tuesday, August 18, 2009




Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup bersama HPA yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.

Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.

Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan perniagaan HPA itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)

Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

2) Masukkan matlamat di dalam doa
Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk
menghadap ke arah kiblat.

4) Berterusan dalam mencari ilmu
Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta
kasih-mengasihi sesama manusia.

6) Kenali diri
Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

7) Menolong insan lain untuk berjaya
InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-
hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

8) Iklankan matlamat
Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat
dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita
terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53)

Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


LAWAK...UBAT GIGI  

Monday, August 17, 2009




Seorang penggerak niaga HPA wanita yang cantik dari bandar melakukan kursus kesihatan dan jualan di sebuah kampung.Taklimat tentang UBAT GIGI HPA bermula. Ketika hampir semua penduduk kampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, wanita itu mula bertanya.

WANITA : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?
Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari.
Pakcik Rizal : Sekali sahaja! Saya 3 kali sehari.
WANITA : Bagus bila masanya, pak cik menggosok gigi?
Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selapas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur. Pak cik Azwan :3 kali sahaja sudah sombong.saya 12 kali!
WANITA : Wah macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?
Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali,April sekali,May sekali....
WANITA : Cukup..cukup..cukup..Satu berus dan satu tiub ubat gigi HPA setahun sekali kira dah lumayan.......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09