Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

Wednesday, July 22, 2009


SUBHANALLAH...kekuasaan Allah S.W.T...marilah kita renungi sejenak begitu besarnya keagungan Allah S.W.T. supaya manusia tidak lalai dan leka dan tidak lupa kepadaNYA.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Program Kepimpinan dibawah rangkaian Abrauf Network  

Tuesday, July 21, 2009

Shah Alam: Penaung Abrauf Network iaitu Pjs Ust. Mohd Zahir bin Ghazali telah menaganjurkan Program Kepimpinan (PROPIN) buat kali pertamanya di Hotel Quality Shah Alam pada 19 Julai 2009. Buat kali pertamanya program ini dijalankan dan dihadiri pemimpin-pemimpin dibawah rangkaian Abrauf Network. Seramai 180 orang peserta yang hadir mengikuti program ini secara percuma. Menurut penaung abrauf network iaitu PJS Ust Mohd Zahir menyatakan bahawa ini adalah kali pertama program kepimpinan yang diadakan dan kemungkinan akan berterusan. Menurut beliau lagi program ini kemungkinan akan dilakukan dua bulan sekali memandangkan penyertaan yang begitu menggalakkan.

PJS Ust Zahir sedang menyampaikan slot pengenalan syarikat


PARA PESERTA SEDANG ASYIK MENDENGAR CERAMAH

Prof. Dr. Ishak Sulaiman sedang menerangkan tentang MLM Syariah

Manakala pada sebelah malamnya GM AL WAHIDA MARKETING iaitu En Faisol sedang memberi ucapan serta menyampaikan ceramah yang bertajuk ciri-ciri kepimpinan serta bagaimana menjadi pemimpin yang berkualiti.

Rangkaian Abrauf Network. Turut menjayakan program ini terdiri dari Pjs Aseri, Pjs Syed Agil, Pjs Syed Salahuddin, Pjs Untie Norli, Pjs Norhyzad, Pjs Ust Safwan, Pjs Faizal,Pjs Zabidi dan ramai lagi pemimpin yang hadir.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PEKAN RABU SG.PETANI...PEKAN HPA  




HPA telah mengadakan perbincangan dengan pihak MPSPk untuk menguruskan bangunan Pekan Rabu di Sungai Petani, Kedah. Bangunan yang berkonsepkan Pekan rabu di Alor Setar itu dilihat amat sesuai bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang melibatkan masyarakat.

HPA bercadang untuk menjadikan Pekan Rabu tersebut sebagai Kompleks Usahawan HPA yang menempatkan usahawan-usahawan yang antaranya akan menjadi vendor kepada perniagaan HPA. Juga diwujudkan kawasan riadah keluarga di tingkat 3 bangunan tersebut yang menempatkan antaranya tempat memanah, gymnasium, family cinema dan lain-lain. Begitu juga di tingkat bawah akan dijadikan dataran kebudayaan Islam. HPA akan menganjurkan persembahan-persembahan kebudayaan Islam secara berkala bagi memberi satu alternatif kepada hiburan yang melalaikan. Satu dewan bakal dibina untuk mengajurkan kursus-kursus keusahawan. Sepertimana Pekan Rabu Alor Setar, disini juga akan dijual barangan-barangan ibadah, kuih-muih, barangan-barangan kraftangan dan lain-lain dan nama Pekan Rabu akan dikekalkan sebagai trademark bangunan tersebut.

InsyaAllah, HPA akan membangunkan potensi Pekan Rabu ini yang bakal menyaksikan berpusu-pusu masyarakat mengunjungi tempat ini.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09