MAKANAN HARI INI DAN KEYAKINAN....
Friday, May 28, 2010
Masyarakat kita hari ini menyerahkan tanggungjawab menjaga kesihatan diri mereka kepada orang lain. Mereka menyerahkan tanggungjawab itu kepada syarikat pengeluar racun serangga kononnya produk mereka dapat menghapuskan serangga total, kepada syarikat farmasi yang menggunakan dadah kononnya ubat mereka mengembalikan kesihatan ke tahap normal, kepada syarikat-2 francais makanan segera untuk memberitahu kononnya ayam goreng mereka mengandungi khasiat dan nutrien yang menyihatkan, kepada pengeluar minuman berkarbonat untuk memberitahu kononnya minuman mereka menambahkan tenaga (tenaga luar dan tenaga batin), kepada syarikat pengeluar sabun tangan dan sabun mandi kononnya produk mereka dapat menghapuskan 99% jenis kuman dan bakteria yang merbahaya. Malah ada yang mendakwa produk mereka tidak ketinggalan zaman kerana dapat menyaingi virus-virus baru. Ia sudah seperti syarikat pembuat perisian anti-virus komputer. Mereka percaya apa yang doktor konvensional perkatakan. Mereka percaya produk ubat gigi kerana ia diluluskan oleh doktor-2 pergigian dari seluruh dunia. Mereka percaya sesuatu produk itu baik untuk gigi sensitif dan boleh digunakan berpuluh-puluh kali sehari kerana ia disarankan oleh doktor-2 professional. Tetapi mereka perlu ingat, para doktor yang muncul di dalam iklan-2 tersebut telah dibayar dalam jumlah wang yang besar untuk dieksploitasi kedudukan professional mereka mempromosikan sesuatu jenama. Jika mereka tidak dibayar sesenpun, saya fikir tiada seorang doktor pun yang sanggup berbuat demikian.
Hari ini, apa yang keluar di TV, apa yang terdengar di radio...itulah yang kita percaya dan yakin. Kerana ia saluran yang rasmi dan boleh dipercayai. Apa yang tersiar di blog atau internet, ia adalah cerita bohong. Kebanyakan penulis-2 blog adalah pembohong. Terpulang kepada anda membuat penilaian...tiada siapa yang peduli tentang kesihatan diri anda kecuali anda sendiri!!!
Pandangan Tentang Filem "Food, Inc."
Filem dokumentari Food, Inc patut ditonoton oleh semua orang kerana memaparkan kebobrokan,kerakusan dan kepincangan dalam industri pemprosesan makanan mentah seperti daging dan sayur-sayuran di Amerika. Ia mendedahkan keburukan amalan yang dilakukan oleh pengusaha dan penternak yang menggunakan kaedah moden bagi mengembangkan hasil pertanian atau ternakan mereka. Ayam disuntik untuk mendapatkan baka yang bersaiz besar, cepat matang, diletakkan di dalam kandang yang tertutup tidak disinari cahaya matahari sepanjang hayat, lembu diternak di dalam kandang yang sempit, membesar bersama najisnya yang dibiarkan bertaburan, apabila disembelih - bakteria yang masih terdapat pada tubuhnya mencemarkan dagingnya lalu dimakan oleh manusia. Filem ini mendapat kritikan yang hebat terutama oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri makanan proses.
Jika ia berlaku di Amerika yang memiliki 30% keluasan tanah dikhaskan untuk penternakan, apa kurangnya negara kita Malaysia yang mempunyai tanah yang terhad? Apakah lebih teruk dari itu?
Saya sarankan kepada pembaca sekelian menonton filem ini - jika ia tidak terdapat di pasaran tempatan, anda boleh muat-turun menggunakan Torrent atau pergi ke link di bawah ini.
Pautan Food, Inc