Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

Saturday, October 3, 2009

AGAK BERTUAH HARI NI TURUN PI H.Q ADA PRODUK BARU.....ALHAMDULLILLAH....

DAH HAMPIR 6TAHUN TAK MAKAN SARDIN ....TU DIA DAH DATANG SARDIN HPA...DAH BELI PUN SEMALAM KAT KIOSK HPA JEJAWI H.Q ....TU PUN STOK TERHAD BEREBUT DENGAN PEMBELI LAIN...TAK SABAR DAH NAK BUAT SANDVIC KA.. APA KARI PUN BOLEH..MAKAN APA PON SODAP NI.....
LEPAS TU TURUN KAT BAHAGIAN MARKETING JUMPA EN.KAMAL DAN P.A DIA TUNJUK PULA PRODAK KACANG POTONG DAN KACANG TUBOK WOW MESTI BEST PUNYA WA CAKAP LUU....SETAKAT 4 JAM KAMI HABISKAN KEDUA BALANG KACANG KACANG NI.....HA HA HA

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MADU...HONEY...MADU...HONEY  

Friday, October 2, 2009




Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit didalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


BENAR ATAU KEBETULAN...!!!!!!!!  

Thursday, October 1, 2009




Ketika Syawal belum sampai penghujung banyak perkara perlu di post mortem tentang hidup dan kehidupan.Di mana perniagaan ini nak kita bawa....Masih banyak kerja dan tanggungjawab yang masih terpikul ats bahu kita...FAKTA SEDUTAN DARI CAP 2006 'Pengeluar Bumiputra''Menguasai Pasaran Halal'......."PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA" peranan kita ,peranan keluarga,peranan pendidik,peranan seluruh anggota individu putaran hidup ini....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


ILMU BAHASA BADAN...PERHATI KAN  

Tuesday, September 29, 2009

PELAJARI TEKNIK RAWATAN SARAF MELALUI TAPAK TANGAN...DAN TERDAPAT PELBAGAI TEKNIK LAIN UNTUK KENALI PENYAKIT...
SATU TEKNIK SERTA KAEDAH YANG BAIK UNTUK PARA PERAWAT HERBALIS PERLU TAHU IA LAH BAHASA BADAN..Sepintas lalu module pelajaran ini di ajar dalam INTIBAH dahulu dan saya sebagai pelajar terus mendalami teknik ini membuat rujukan di tempat lain pada pakar pakar BAHASA BADAN....

Setiap pergerakan tubuh badan kita tu ada maksudnya tersendiri apabila kita selesa mahupun disebaliknya. perasan tak bila kita tak selesa secara automatik kita akan berpeluh atau tangan dan mata kita akan tak tentu arah. Disini ada sedikit maksud pergerakan. So, kaji dan cuba lihat kesahihan dia.
* 1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap.

Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, mutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

* 2.Berpeluk tubuh ketika bercakap.

Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

* 3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari.

Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

* 4.Mata dan dahi berkerut-kerut.

Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

* 5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa.

Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.


* 6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap.

Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

* 7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata sewaktu kita bercakap(memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ).

Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

* 8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang.

Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkinan berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

* 9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap.

Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

* 10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas.

Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya. (catatan PJS SABRI AHMAD)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MENGAPA HARUS GAGAL...??  

Monday, September 28, 2009




Mereka yang gagal adalah mereka yang hanya pandai memberi alasan.
Manakala mereka yang berjaya adalah mereka yang pandai mencari penyelesaian.

Jadi pilihlah samaada anda ingin menjadi orang yang pandai memberi alasan,
atau kuat berusaha mencari penyelesaian.

Ingat…
Kita pasti gagal tidak berjaya jika sering memberikan pelbagai alasan.

Habis…
Mengapa masih perlu dan mahu cakap itu dan ini?
Mengapa masih beri pelbagai alasan demi alasan?

Jika hadapi masalah, tak usahlah sibuk memberi sebab dan alasan.
Tetapi fokus dan teruskanlah mencari penyelesaian.
Itulah tanda orang berjaya.
Tahukah anda, ada 3 sebab utama mengapa kita mundur dan tidak berjaya…

1-SELALU FIKIR NEGATIF
2-SUKA BAGI MACAM2 ALASAN
3-MALAS

Dahla kita fikir negatif….bagi pula macam2 alasan….Lepas tu MALAS pulak….
Kalau macam tu lah kita, maka habis cerita laaa….camne nak maju???!!!

Semoga kita berdoa agar saya dan tuan2 semua dapat kikis 3 sifat/tabiat buruk yang disebutkan tadi. Amin....Banyak contoh personaliti yang berjaya dalam kerjaya HPA ini...ambil lah 1 atau beberapa tokoh ini sebagai peransang dan module kejayaan kita...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


STRESS LAGI...ATASI DENGAN.....  

Sunday, September 27, 2009




1. Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..
2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
3. Bertenang. Janganlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.
5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
7. Guna wangian @ Attar yang baik. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerana minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui bergaul bersama kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.
9. Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..
10. Ceria diri anda. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..
Last..datang ke semua aktiviti yang di buat oleh program HPA pasti anda terhibur dan mendapat maklumat terkini untuk bantu masalah anda dengan lebih efektif ...Wallahuaklam

Sekian, semoga anda berjaya menghadapi stress…

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09