BERJAYA KAH ANDA.........HPA..
Wednesday, March 31, 2010
Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan ada persepsi tersendiri.
Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:
1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.
2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.
3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari orang lain cuti.
Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.
Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.
Mindset penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.