Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

Saturday, July 18, 2009



KUALA LUMPUR: “Saya ingat restoran berahi sebegini hanya terdapat di luar negara, tak sangka di negara sendiri pun ada.

“Mungkin ini cara restoran terbabit mahu menarik pelanggan, tapi pada saya ia tidak sesuai dengan budaya kita,” kata seorang pelanggan sebuah restoran makanan laut di sini yang menyediakan pelayan hanya bercoli dan berseluar dalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Amri, 30-an, mendakwa terkejut ketika berkunjung ke restoran terbabit bersama pegawai atasannya.

Yang pasti, pelayan wanita seksi terbabit dijadikan umpan kepada pelanggan lelaki berpoket tebal untuk menjamu selera sambil ‘bermanja’ dengan pelayan.
(Sumber dari myMetro 18 Julai 2009)

Gambar di atas menunjukkan 1 Malaysia dari rakyat malaysia

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SEMBAHYANG.... DAN MERDEKA.!!????  

Thursday, July 16, 2009



Di sebuah kampong ada 3 orang remaja yg suka lepak. Seorang tu nama dia Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu dtg dengan niat nak tarbiyah depa ni...
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami
buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yg disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drpd Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali....
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali
pun tak khusyuk jugak lagi..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,
biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasat aku semayang.
He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana PENGSAN..Peristiwa sehari sebelum sambut MERDEKA...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


kenapa islam mengharamkan babi?  

Monday, July 13, 2009

BABI ialah binatang pemakan bangkai yang memakan apa saja. Ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia, khususnya jangkitan parasit. Kebelakangan in, penyelidikan lanjutan tertumpu kepada masalah nyanyuk. Usia tua mempunyai lapisan saluran darah ke jantung, otak dan sebagainya dalam proses yang dinamakan aterosklerosis. Apabila pembekuan darah berlaku, ia mengakibatkan trombosis koronari atau serangan jantung dan trombosis serebrum atau lebih dikenali strok.

Lemak babi mengandungi 2800 unit vitamin D per 100 gram dan tiada vitamin A. Kebelakangan ini vitamin D dikatakan bertanggungjawab terhadap penyakit ateroma, dengan menyebabkan peningkatan penyerapan kalsium dan penimbunan kalsium dalam saluran darah. (SUMBER daripada Buku Halal dan Haram) Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

1. Mengikut hasil penyelidikan perubatan, kandungan lemak dalam daging babi melebihi apa yang terkandung dalam daging-daging lain serta mengambil masa yang lama untuk dihadamkan. Menurut DR Muhammad Jaffer melalui sebuah rencana yang tersiar dalam The Islamic Review (London) pada januari 1967 telah menyenaraikan 16 jenis kuman berbahaya yang ditemui dalam DAGING BABI serta penyakit yang dibawanya hasil daripada penyelidikan moden.

2. Jumlah pesakit yang menghidapi penyakit cacing pita adalah yang tertinggi di dunia dikalangan penduduknya yang memakan daging babi. Cacing 'trichinella spiralis'dan cacing usus menyebabkan penyakit-penyakit lain yang berpunca daripada babi.
Percayakah anda di dalam daging BABI ada cacing...!!!!!!!!!. Jom kita lihat video ni.



Jadi apa yang kita tunggu lagi. Nak makan produk non muslim lagi....Jadi sebagai alternatif tukarlah kepada barangan islam. HPA (Harapan Paling Akhir)... endsss

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09