Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

MALULAH AKAN TEGURAN ALLAH.  

Saturday, October 31, 2009




Hatim Al-Isham pernah ditanya tentang solatnya.

Ia pun menjawab,
“Jika waktu solat telah tiba, aku berwudhuk dengan sempurna, dan menghampiri tempat di mana aku akan mengerjakan solat. Aku pun lantas duduk di sana sampai seluruh tubuhku terttumpu. Kemudian aku pun memulai solat dengan menjadikan Kaabah seolah berada di hadapanku, jambatan Ash-Shirath terletak di bawah kakiku, Syurga di samping kananku, dan neraka di sebelah kiriku, serta Malaikat Maut berada tepat di belakangku. Aku pun menganggap solat ini sebagai solat yang terakhir."

Hatim al-Isham yang kesebakan meneruskan katanya lagi:-
"Kemudian aku mulai mengerjakannya dalam nuansa antara raja'( harap) dan khauf (cemas). Aku bertakbir sepenuh mungkin, dan membaca lantunan ayat Al-Quran dengan tartil, kemudian aku rukuk dengan tawadhu dan bersujud dengan penuh khusyuk.
Selanjutnya aku duduk di atas kaki kiri dengan menjulurkan telapaknya dan menegakkan telapak kaki kanan di atas ibu jari. Aku pun mengakhiri solat tersebut dengan rasa ikhlas. Tetapi aku tidak tahu apakah solat itu dikabulkan atau tidak!”

Mari saudaraku! Bacalah setiap potong kalimat Hatim satu persatu, kemudian berusahalah selalu untuk mengerjakan solat seperti di atas mulai sekarang dan jangan biarkan kesempatan berlalu begitu saja. Perhatikan juga Ali bin Abi Thalib. Selepas wudhuk biasanya beliau gementar. Ketika ditanya sebabnya, beliau mengatakan,

“Sekarang aku sedang memikul amanah yang pernah diberikan kepada langit dan bumi serta gunung, tapi mereka semua menolaknya. Namun aku kemudian maju dan bersedia menerimah amanah ini”.


Inilah seni mempersiapkan solat!


Selanjutnya perhatikan bagaimana Al-Hasan, putera Ali. Selepas berwudhuk biasanya beliau gementar, ketakutan, menghiba dan air mukanya berubah. Ketika ditanya sebabnya, beliau menjawab,

“Tahukah kalian, di hadapan Siapa aku berdiri?”


Sungguh, tidak salah jika seorang anak menyerupai ayahnya!


MALULAH AKAN TEGURAN ALLAH.


Sayyidina Abdullah bin Ma’sud berkata, “Tatkala turun ayat, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah” (Al-Hadid:16)

Waktu itu baru empat tahun kami masuk Islam. Namun Allah telah menegur kami dalam hal kekhusyukan solat. Kami pun kemudian keluar untuk saling menegur satu sama lain, dengan mengatakan, ‘Sudahkah kalian mendengar bahawa Allah telah berfirman,
Belumkah datang watunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah?’ Salah sorang lelaki pun kemudian terjatuh akibat menangis atas teguran Allah terhadap diri kami ini” Belum datang jugakah, wahai diri, waktunya bagi kita untuk meraih kekhusyukan dalam solat?!

Tidak pernahkah anda merasakan, meski hanya sekali, bahawa Allah telah menegur anda dengan ayat di atas?!
Saudaraku tercinta, malulah atas teguran Allah ini!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Peniaga kita ...Biar betul ni....Hah....  

Friday, October 30, 2009




Makanan adalah produk yang paling banyak di pasaran orang kita. Boleh dikatakan di mana-mana tempat di Malaysia ini produk yang paling laris dijual adalah dalam bentuk makanan. Samada keluaran dari pasar tani, industri kampung, kecil, warung, restoran, kedai makan, kedai pacak (yang tiada lesen perniagaan biasanya dapat dilihat di tepi-tepi jalan) dan sebagainya.

Tidak semua peniaga kita ada sikap seperti di bawah ini, tetapi ada segelintir peniaga yang mempunyai habit yang negatif ini yang perlu diubah.

Peniaga kita

Saya mengharapkan sikap berhasad dengki sudah pupus di hati peniaga kita sekarang ini. Sudah tiada lagi yang menghantar santau, meletakkan tanah dari kubur, menggunakan bomoh, menggunakan ayat al Quran di dinding hanya sebagai pelaris tetapi pemilik premis dan pekerjanya selalu culas solat dan tidak menutup aurat. Samada tujuannya untuk mendapatkan keuntungan atau menutup periuk nasi peniaga lain. (Ingatlah, di dunia kita boleh lepas.. tapi di hadapan ALlah, apa yang hendak dijawab nanti?)

Tentu lebih cantik jika ikhlas itu dapat diterapkan dalam perniagaan masing-masing. Maka tentulah tidak timbul 'makcik kantin menjual makanan pagi tadi'. Tentu tidak timbul lagi air soya masam, atau kuih basi berbau tengik sehingga pembeli terpaksa keluar masuk tandas berulang kali menahan sakit.

Tiada duit kecil?

Masalah remeh seperti ini selalu dilihat dan dijadikan tabiat peniaga kita. Asal ada sahaja 'duit besar' maka jawapan yang paling menghampakan - 'maaf cik, takde duit keciklah'. Agaknya pembeli itu akan kembali lagi atau tidak ke kedai yang dimiliki oleh peniaga yang pemalas untuk menyiapkan duit tukaran?

Susah hendak senyum

Bila pembeli datang menyapa (walaupun kadang-kadang tak beli, sekadar 'survey' sahaja) senyumlah wahai peniaga. Muka yang kelat dan masam, seolah-olah yang membeli itu musuh, dan yang datang itu adalah bala. Sedangkan bila orang datang membeli sebenarnya kita boleh menyebarkan dakwah iaitu dengan senyuman. Berkat juga rezeki nanti.


Kreativiti kurang

Orang Cina yang pandai berniaga, mereka tidak akan berniaga dengan satu produk. Ataupun mereka tidak akan menjual barangan yang sama dengan pesaing yang lain. Ini kerana mereka cerdik dari segi pemasaran dan cara meluaskan perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.

Jika contohnya satu kedai menjual tayar, maka kedai-kedai yang lain akan menjual pula barang yang berkaitan dengan kereta seperti alat 'audio system', lcd, pelekat pelindung cermin, dan seterusnya ada pula syarikat menjual kereta baru dan terpakai. Bijakkan cara mereka meniaga?

Cuba fikir bagaimana pula orang kita berniaga?

Kerajaan sudah memberi banyak peluang untuk mewujudkan usahawan muda, silalah gunakan peluang ini dengan baik. Tidak rugi ilmu yang ada sekiranya dapat dikongsikan dengan orang lain. Tidak hilang amal jariah apabila dapat bekerjasama untuk mewujudkan ekonomi yang mantap di kalangan umat Islam di Malaysia.
Peluang keemasan bersama HPA terus di buka dengan ada nya aktiviti kursus kursus khas di adakan untuk para peniaga ikhlas...Ada nya kursus PBC...PIC...HERBALIS...STOKIS HPA...MANTAP...Juga latihan rawatan PERUBATAN JAWI...serta kursus intensif module terpilih oleh Kelab Pemimpin samaada di Utara atau Selatan juga di seluruh MALAYSIA...
REBUT PELUANG INI DAN MANTAPKAN PERNIAGAAN ANDA...HPA BOLEH ...Anda pasti boleh...Percayalah...Insyaallah.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


OMEGA 3 & 6.....KELUARAN HPA MEMANG HEBAT  

Thursday, October 29, 2009





  1. Mengandungi omega 3, 6 dan 9
  2. Omega 3 dan 6 tidak dikeluarkan oleh tubuh badan.
  3. Omega 9 boleh diproduksi oleh tubuh badan dari gula dan kanji.

Omega 3

  1. Omega 3 bagus untuk ibu menyusu, ibu mengandung membantu perkembangan otak janin dan bayi, Arthiritis, depression dan penyakit kulit.
  2. Mengandungi EPA dan DHA

EPA dapat menghindari

  1. Cancer
  2. Thrombosis (pembekuan/penyumbatan arteri
  3. Atherosclerosis (lemak di arteri)
  4. High cholesterol level (Kolesterol tinggi)
  5. Heart diseases (Penyakit2 jantung)
  6. High blood pressure (Tekanan Darah Tinggi)

DHA dapat membantu

  1. Otak berfungsi dgn lebih baik
  2. Menguatkan ingatan.

Omega 6

  1. Anti inflammatory
  2. Baik untuk wanita sebelum haid
  3. Baik untuk kulit, kuku dan rambut.

Kombinasi omega 3 dan 6 sangat penting untuk kesihatan tubuh badan

  1. Membantu metabolisma gula di dalam darah
  2. Menurunkan kolesterol
  3. Penyakit Autisme

The omega 3 fish oil softgels are a very important supplement you can make for your diet, because they have nutritional elements that can help any person get the overall health better and enjoy a long healthy life.
Some of the most important benefits you can have by taking omega 3 fish oil softgels are the prevention of the heart attacks and strokes, the lowering of the blood pressure and cholesterol and many more others that are progressively discovered in time.
Some of the most recent discoveries include the improvement of the eyesight as well as the improvement of your immune system.
In recent times there is a problem with the increased number of products that you can choose from when it comes to omega 3 fish oil softgels. There are a lot of supplements that do not correspond to the standard of quality these products be supposed to have.
The most important thing you have to consider when selecting omega 3 fish oil softgel is that they include a proper level of DHA, which is the most important fatty acid from the fish oils. Some of the recent studies discovered that the DHA is responsible for the greater part of the health benefits.
It is an important element that supplies to the good functionality of our brains and thus you can simply observe the significance of it in our diet.
You have to make sure that the oil contained in the softgel is tasteless and odorless. This way you will guarantee it is fresh and you should keep away from the products that make use of different flavors in order to disguise slightly rancid oil.
The last thing you need to test when you buy omega 3 fish oil softgels is that they have undergone a distillation process in order to get rid of all the toxins that are accumulated in the oil. This way you will be sure that the product you buy will have only beneficial effects on your body.Buy now...Buy HPA

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RADIX STRAWBERRY....  

Wednesday, October 28, 2009

PASTI TERUJA....bila mencubanya.....
Minum satu botol nak lagi dua...kali ini dengan perisa strawberry......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


AWAS.....KASUT KULIT BABI....HAH.... KULIT BABI  



Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidaklah mahal mana harganya kalau dibandingkan dengan barangan dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana sebenarnya termasuklah di kompleks beli-belah.

Antara cara untuk kenal pasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli je. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.





4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Haa anda bagaimana? Ada ke yang pernah terbeli barangan (kasut, handbag dll) yang diperbuat daripada kulit babi? Semoga kita dilindungi oleh Allah Taala. Saya harap kita semua akan lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KOPI DAN ORANG SWEDEN......RADIX  


CUBA CARI ADA SATU KEPALA MANUSIA DI ANTARA BIJI BIJI KOPI INI...!!! JUMPA..???? KALAU DALAM MASA 3 SAAT HEBAT.....5 SAAT BAGUS...10 SAAT KEATAS LEMBAB...20 SAAT BEKU....MINUM KOPI RADIX UNTUK KECERDASAN ANDA...


Raja Gustaff II ( 1954-1632) dari Sweden pernah menjatuhkan hukuman kepada dua saudara kembar. Mereka dianggap bersalah dalam suatu kesalahan yang tidak mereka akui. Untuk menentukan siapa yang bersalah, raja membuat keputusan menerusi satu cara yang unik.

Salah seorang hanya diizinkan minum kopi selama hidupnya, sedangkan seorang lagi hanya dibenarkan minum teh. Siapa yang lebih dulu meninggal, dialah yang dianggap bersalah. Ternyata yang meninggal dulu adalah peminum the pada usia 83 tahun. Maka dia diputuskan sebagai orang yang bersalah.

Sejak itulah, orang Sweden dan negara-negara di kawasan Scandinavia menjadi begitu fanatik terhadap kopi. Mungkin, mereka percaya dengan minum kopi , umur mereka akan menjadi panjang..

Bagi orang beriman, bahan pemakanan bukanlah faktor mutlak panjang atau pendek usia seseorang.. Bahkan, amal soleh adalah faktor utama menyumbang ke arah keberkatan umur..

Begitu juga, salah atau benar bukanlah ditentukan oleh lama atau singkat umur… Boleh jadi orang jahat yang dipanjangkan umur, moga-moga dia mendapat hidayah di hujung penghidupan…Dan orang baik, pendek umurnya kerana Allah lebih menyayanginya dan cepat menghadapnya...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HABBATUS SAUDA...TIADA ALASAN LAGI  

Tuesday, October 27, 2009




Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.
Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda' antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Alhamdulillah HPA ada keluarkan Habatus Sauda ini dalam bentuk softgel pek 60biji..
Dapatkan segera di cawangan berhampiran anda....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Jom Minum Kopi..RADIX...HERBA AWET MUDA  




Presiden Makanan Functional di fakulti Sains Makanan dan Nutrisi di Universiti Leeds UK , Prof Gary Williamson berkata tubuh manusia terdedah kepada zarah yang dikenali sebagai radikal bebas.

Radikal bebas ini terbit daripada beberapa punca seperti asap kenderaan, merokok, pancaran UV dan stress. Ia akan membuatkan sel-sel kulit rosak, berkedut, kusam.
Namun, radikal bebas ini boleh diuraikan dengan bahan makanan yang mengandungi antioksidas. Ataupun bahasa saintifiknya polyphenols.

Ia terdapat dalam kekacang, sayuran, buahan dan juga biji kopi.
Kata Williamson, tidak salah jika seseorang minum lima hingga enam cawan kopi sehari. Secawan kopi mengandungi dua kali ganda bahan antioksidas berbanding minuman koko.

Tidak kira apa jenis kopi yang diminum, bahan antioksidas tetap diperolehi samada kopi campuran ataupun kopi yang telah dinyahkafeinkan..
Oleh itu, minum kopi adalah cara yang paling mudah untuk awet muda dan melindungi diri dari penyakit-penyakit kronik.Apatah lagi jika kopi di senergi dengan herba terpilih....yang telah di kenal pasti khasiat serta kelebihan nya.Di sudut nutrisi makanan dan minuman terbukti amalan berkurun lama nya herba telah di minuman untuk kelebihan tindakan nya pada tubuh.Terbukti pada gabungan KOPI RADIX DENGAN TUJUH (7) HERBA TERPILIH..Buktikan pada diri anda....!!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SUNTIKAN HPV....IBUBAPA JANGAN TURUNKAN TANDATANGAN...  

Monday, October 26, 2009



Baru-baru ini kerajaan telah memutuskan untuk memberi suntikan pelalian kanser pangkal rahim Human Papillomavirus (HPV) secara percuma kepada 300 000 remaja perempuan berusia 13 tahun mulai tahun depan. Program yang menelan belanja RM150 juta ini dianggap perlu bagi mengelakkan penularan penyakit kanser pangkal rahim yang semakin bertambah kebelakangan ini.

Adalah sudah diketahui semua orang bahawa penyakit ini hanya boleh menular melalui hubungan seks lebih-lebih lagi kerap bertukar pasangan. Apakah ini saja jalan terbaik yang kerajaan ada untuk menghalang penularan masalah kanser pangkal rahim? Tiadakah jalan lain yang lebih selamat dan berperikemanusiaan?
Adakah kerajaan telah membuat kajian menyeluruh tentang keberkesanan program ini?

Mari kita lihat apa yang telah berlaku di negara Barat! Stacey Jones, remaja 18 tahun mengalami kerosakan kekal pada otaknya selepas beberapa hari menerima suntikan HPV. Menurut ibunya, dia percaya bahawa anaknya menjadi mangsa eksperimen (guinea pig). Dia percaya tiada bukti mencukupi bagi menunjukkan program pelalian itu selamat. "Semua ini berlaku beberapa hari selepas Stacey diberi vaksin, dan kami tidak ada apa-apa penjelasan apakah yang membuatkan kecederaan pada otaknya", kata ibunya.

Seminggu sebelum itu, Natalie Morton, 14 mati selepas beberapa jam diberi suntikan vaksin yang sama. Jurucakap perubatan mendakwa kononnya Natalie mati kerana tumor di dalam dadanya yang tidak didiagnos terlebih dahulu. Tetapi menurut NaturalNews, ia adalah laporan patologi yang palsu, berdalih bagi mengelakkan kematian Natalie dikaitkan dengan vaksin dan industri vaksin tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dr. Diane Harper, pengkaji yang yang bekerja dengan vaksin Gardasil dan Cevarix, ia sama atau lebih merbahaya dari kanser itu sendiri. Kemudian Dr. Harper menerima tekanan dari individu dan jurnal yang pro kepada syarikat farmasi untuk mengubah kenyataan beliau. Dalam laman web Guardian, kenyataan Dr. Harper telah diputarbelitkan untuk menyokong industri vaksin.

Setelah sangsi dengan laporan yang dibuat di laman-laman web pro-farmasi, Mike Adams (NaturalNews) sendiri telah pergi bertemu dengan Dr. Harper untuk mendapatkan penjelasan. Berikut apa yang dikatakan sendiri oleh Dr. Harper tentang Gardasil dan vaksin HPV:

"Kami belum tahu apa yang bakal berlaku apabila berjuta-juta dos vaksin diberi kepada manusia, sehingga mereka mengatakan anda mesti mengambil vaksin ini, bermaksud anda mesti menjadi sebahagian dari eksperimen awam secara besar-besaran. Maka kami tidak dapat melakukannya selagi kami tidak mendapatkan lebih maklumat."

"Jika kami memberi vaksin kepada kanak-kanak berumur 11 tahun dan ia masih belum berhasil, kami meletakkan dia dalam keadaan yang bahaya terhadap kesan sampingan, walaupun kecil, ia jelas, tanpa apa-apa faedah. Faedah untuk orang ramai tidak dipedulikan. Sebenarnya ia tiada pengurangan kepada masalah kanser pangkal rahim..." kata Dr. Diane Harper.

"....saya fikir ia adalah salah bagi pakar perubatan mengatakan kepada ibubapa bahawa ia (vaksin) 100 peratus selamat." - Dr. Harper.

Dr. Harper menghabiskan masa selama 2 dekad membuat kajian tentang HPV. Beliau memberitahu dalam program TV bahawa penggunaan vaksin begitu tergesa-gesa ke atas kanak-kanak perempuan yang terlalu muda tanpa ada jalan penyelesaian yang lain. Tiada kajiselidik selepas jualan dilakukan tentang kesan sampingan yang mungkin merbahaya kepada mereka. Ia hanya memberi faedah kepada syarikat farmasi Merck, tidak kepada kanak-kanak dan remaja perempuan.


Vaksin Holocaust
Dengan kematian yang semakin meningkat, vaksin menjadi bahan kimia pembunuh terbaru abad ini. Kanak-kanak dan remaja berbaris untuk diberi suntikan kimia yang dibuat oleh satu dari syarikat yang sama yang pernah menjalankan eksperimen Kem Tahanan era Nazi dahulu. Tahukah anda bahawa sebahagian dari dadah kimoterapi yang masih digunakan hari ini dihasilkan di bawah program senjata nuklear Nazi Jerman dahulu?

Vaksin tidak membunuh sebegitu ramai manusia jika dibandingkan dengan senjata gas beracun era Nazi, tetapi jumlah manusia yang bakal menerima suntikan maut ini adalah berkali-ganda ramainya dari jumlah tahanan Jerman dahulu.

Saranan saya, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak remaja perempuan - jangan beri anak anda suntikan HPV. Ia hanya boleh menular melalui hubungan seks. Di sana ada penyelesaian lain yang lebih baik dan pasti selamat - ikutilah tuntutan syariat dalam agama di mana kita dilarang melakukan hubungan seks sesuka hati tanpa ikatan perkahwinan......ada masalah teknikal untuk terbitkan statemen dalam blog ini...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09