Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BOTAK & BEKAM  

Saturday, December 26, 2009




ANDA MEMPUNYAI MASALAH RAMBUT ?
PASTIKAN ANDA DAPAT RAWATAN YANG TEPAT DARI PARA PERAWAT HERBALIS HPA.

Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secara berlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.


Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-lamanya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.

Botak (Alopecia) adalah keadaan seseorang yang tidak memiliki rambut lagi di kepalanya. Seringkali "botak" dibezakan dengan kata "gundul". Seseorang yang gundul, rambutnya biasanya dipangkas secara sengaja, sedangkan yang rambutnya botak tidak.






Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan menghasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.

Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:


Androgenetic alopecia (botak disebabkan faktor keturunan)


Botak boleh berpunca melalui genetik. Masalah keguguran rambut boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya.


Alopecia areata (serangan sistem imun terhadap sel folikel dan menyebabkan botak bertompok-tompok)


Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestosteron (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin.


Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk akan menutup liang pada kulit kepala yang menyebabkan gangguan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur.


Antara faktor lain yang membawa kepada masalah keguguran rambut seperti kecederaan kulit kepala, pengambilan ubat-ubatan, amalan makanan tidak seimbang, merokok, mengambil minuman keras, rauma, pencemaran bahan kimia yang terkandung dalam produk dandanan rambut, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan dan alahan pada bahan kimia.


Telogen effluvium (faktor tekanan emosi dan fisiologi)


Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami banyak tekanan kerja terutamanya jika tidak ditangani dengan baik menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.

Anagen effluvium [toxic alopecia] (berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu)


Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut mula aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.


Cara yang betul bagi mengelakkan rambut gugur ialah dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancarkan perjalanan darah.


Minyak Tea Tree & Tonik Pandan


Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala dari sinaran ultra lembayung.


Traction alopecia (akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut)

Rawatan Bekam


Untuk mengelakkan botak, pengamalan pemakanan seimbang adalah sangat digalakkan. Hampir 90% komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Garam galian yang minima untuk
keperluan harian adalah seperti:

  • zat besi,


  • zink,


  • kalsium,


  • magnesium dan


  • kromium.



Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat.




video

AddThis Social Bookmark Button

Pautan pada catatan ini Email this post


TEKA TEKI-HPA  

Friday, December 25, 2009




Sekadar pesanan dari Hamba Allah

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

AddThis Social Bookmark Button

Pautan pada catatan ini Email this post


PROJEK PROTOKOL YAHUDI.....!!!!  

Thursday, December 24, 2009




Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa....


1.. Song.... Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap...tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang panjang berjela.... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir...... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2.. ....Sex........ Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.... di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah... kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.... filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......
3. ...Smoke.... Rokok..menjadi kegilaan para remaja.... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok.... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar 'up to date'.. Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret.....( aku tengok dari filem P Ramlee )....
4. .....Sport... Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga..... Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang..... yang menonton pun tak sembahyang juga ......... Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....... Yahudi gol lagi.......sampai ada ulamak kata...kerana sukan ...sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..
5. .. Fun.. Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert..... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....
6.... Female... Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan.. terutama dalam iklan...yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan..... Kalau kita ke kedai bateri kereta..... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi..... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya.... Yahudi bersorak lagi......
7...Fashion.... Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan...... Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu.... Kalau dah rambut diwarnakan.... sembahyang pun tak sah.... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi..... Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....
8.. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut....dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina..... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ...rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah..... Yahudi makan Islam lagi.... Itu baru protokol yang ke 10...... yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan ALLAH.............. oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah.......

AddThis Social Bookmark Button

Pautan pada catatan ini Email this post


RAWATAN RESDUNG-HPA  

Wednesday, December 23, 2009


MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah sinusitis.


Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak ambil apa-apa rawatan.dapatkan set rawatan lengkap
serta sinergikan dengan coscinium plus & pelawas untuk tindak balas terbaik

AddThis Social Bookmark Button

Pautan pada catatan ini Email this post


DAIF HAMBA INI...  

Tuesday, December 22, 2009





Ada seorang sahabat, seorang gabenor di zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab. Tetapi, apabila disenaraikan orang-orang yang layak menerima zakat, ternyata dia termasuk di kalangan mereka. Khalifah Umar sangat terkejut dengan hal ini, lantas meminta pembantunya menghantar sejumlah wang, buat si gabenor.

Tapi apakah kata beliau sewaktu menerima wang tersebut?
Dalam keadaan yang ketakutan, si gabenor telah mengadu kepada isterinya.
“Dunia telah datang kepadaku isteriku…dunia telah datang kepadaku…”
“Apakah maksudmu wahai suamiku?”
“Khalifah umar telah menghantar sejumlah wang buat kita..”
“Alhamdulillah, sesungguhnya kita sangat memerlukannya…”
“Tidak isteriku..aku sangat takut dengannya…sedekahkanlah semuanya kepada fakir-fakir miskin..”
Itulah para sahabat, yang begitu takut dengan kesenangan. Kesenangan yang mampu meragut rasa kehambaan dan rasa bertuhan dalam diri kita. Kesenangan yang menukarkan rasa kehambaan kepadaNya yang Esa kepada kehambaan kepada nikmat dunia semata.
Jujur, saya sendiri apabila diuji dengan berbagai dugaan hidup, pernah terfikir. Bilakah kesenangan dan kelapangan akan tiba? Bilakah pertolongan dan janji Allah akan tiba?
Tanda rasa kehambaan yang sedikit tergugat dalam hati. Sedangkan Allah SWT telah pun berfirman,

Katakanlah(Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.”(at-Taubah:51)

Seorang hamba seharusnya pasrah dengan ujianNya, kerana dia merasakan dirinya seorang hamba. Hamba yang layak diuji oleh tuhanNya.

Namun apabila kesenangan dan kelapangan itu tiba, saya jadi tidak tahu untuk menguruskannya. Masa yang banyak ke mana dihabiskan? Wang yang banyak, ke mana dilaburkan?

Saya terjumpa dengan seorang insan agung yang hidup dalam kemewahan. Dialah Asiah, isteri Firaun yang dilimpahi kesenangan dan harta benda. Malah, menjadi isteri kesayangan Fir’aun, Raja ketika itu. Namun, segalanya masih tidak menggugat keimanan seorang hamba kepada tuhanNya. Malah, menurut Asiah diseksa dipenjara lebih disukainya berbanding tinggal bersama Firaun di istana yang serba mewah.

Maka, saya menyeru diri saya dan anda semua, marilah bersama kita memupuk jiwa hamba dalam diri kita. Biarlah ujian kesenangan mahupun kesusahan yang menimpa kita, positivelah dengan segala ketentuanNya. Sememangnya kita layak diuji.
Jika kita merasa senang, ketahuilah segala ini daripadaNya jua. Tiada daya dan kekuatan melainkan denganNya. Isikanlah masa lapang kita dengan sebaiknya, ringankanlah tangan kita untuk membantu yang lain. Sibukkanlah diri kita dengan ibadah-ibadah yang akan mengundang rahmatNya buat kita. Hargailah masa lapang ini, dan muhasabahlah diri kita. Adakah kita yang hari ini, lebih baik dari yang semalam? Bersyukurlah kerana Dia telah memilih untuk menguji kita.

“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu hanya ada pada orang beriman; Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan(pahala). Jika ditimpa bahaya(kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.”(riwayat Muslim)

AddThis Social Bookmark Button

Pautan pada catatan ini Email this post


HAK ANDA-HAK SEORANG KAWAN  

Monday, December 21, 2009






ERTI KAWAN:
SAHABAT(TEMAN)
BERSAUDARA
PENASIHAT
SUSAH SENANG BERSAMA
PENDORONG
SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN


2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA
2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA
MUTIARA KATA
'HAK SEORANG KAWAN' JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA, JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA, JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA, JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...

CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja, siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja, siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula
-saidina Ali Abi Talib-

AddThis Social Bookmark Button

Pautan pada catatan ini Email this post


KEISTIMEWAAN & TAWARAN....HPA  

Sunday, December 20, 2009






Dalam membentuk sebuah team yang kuat, cubalah jangan membiasakan diri dengan tabiat menyalahkan orang lain atau 'taichi' dan 'tomoi' untuk menyelamatkan diri sendiri.

Memang dalam banyak keadaan, kita mampu menyelamatkan diri kita dengan menganiayai orang lain, namun kita tidak akan mendapat apa-apa manfaat untuk penambahbaikan diri dalam jangka masa panjang. Orang yang hebat, adalah orang yang sanggup mengakui kesilapannya dan belajar serta bangkit daripada kesalahan tersebut.

Jom sama sama kita jadi hebat...bersama HPA....'PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA'

AddThis Social Bookmark Button

Pautan pada catatan ini Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09