Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

Friday, July 31, 2009

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KOPI APA TADI...KOPI RADIX(BARU)  

Wednesday, July 29, 2009

BARU...KOPI RADIX PAPAN..
PEK PAPAN BARU....Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya 'Mai Secawan...' dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.
Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun keatas. Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun keatas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah keempat dikawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis ianya sangatlah subur dimana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat didalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu 'syer dengan orang Cina... dan sebagainya lagi.

Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix

1. Sumber Tenaga Segera.

2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
3. Melihara Organ Reproduksi.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SELSEMA BABI....A.H1N1 GERUN  

Monday, July 27, 2009



Wabak selesema A (H1N1) memakan korban kedua - lelaki 46 tahun yang menerima rawatan sejak 16 Julai lepas meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari semalam.

Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Pada 20 Julai, pelajar itu mula demam panas, batuk serta letih, dan keesokannya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Selepas menjalani pemeriksaan dan semasa menunggu mengambil ubat, kes tiba-tiba jatuh pengsan. Kes telah diberi bantuan kecemasan di pusat perubatan berkenaan, tetapi tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada 11.50 pagi 21 Julai.

Sementara itu, Kementerian Pelajaran merancang mengedarkan
alat mencegah jangkitan virus wabak itu ke semua sekolah, membabitkan peruntukan RM3.6 juta, lapor Bernama.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi mengedarkan termometer, topeng muka dan hidung serta cecair penyahkuman.

"Ini langkah terbaik dalam usaha kementerian mencegah H1N1. Pemakaian topeng muka dan hidung serta bahan penyahkuman juga merupakan sebahagian latihan kebersihan di kalangan murid," katanya selepas taklimat perkembangan H1N1, di Jabatan Pelajaran Johor hari ini. Malaysiakini

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09