Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

RAHSIA TEH MANJAKANI....HPA  

Saturday, November 28, 2009







Teh Herba Manjakani & Kacip Fatimah



Labisa pumila atau lebih dikenali sebagai Kacip Fatimah di kalangan masyarakat Melayu ialah tumbuhan herba berkayu yang tumbuh liar dan senang dijumpai di Malaysia dan Thailand yang terdiri daripada hutan hujan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut kerana kedudukan kawasan seperti ini yang redup dan mempunyai kandungan humus yang tinggi serta tidak menakung air. Kacip Fatimah boleh membiak dengan dua cara iaitu biji benih dan keratan akar. Tiga jenis variasi Kacip Fatimah yang boleh dijumpai di Malaysia ialah Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

Namanya sedemikian rupa menyerlahkan ciri-ciri wanita bangsawan yang mementingkan gaya hidup sihat dan bersemangat tinggi sesuai dengan khasiat yang dimilikinya

KHASIAT KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki melalui;
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, rheumatism dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang telah rosak dan mengatasi constipation.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MUDAH DENGAN HPA.....  

Friday, November 27, 2009




Minda Semua Ingin Mudah

Terdapat cara di kalangan kita berfikir semua ingin mudah, tidak ingin bersusah payah. Maka sebab itu terdapat risalah yang disebarkan oleh orang tertentu di masjid atau di surau rehat dan rawat mengajak untuk bantu membantu antara satu dengan yang lain. Isikan borang yang pertama dan tidak lupa 'sedekahkan' wang dalam jumlah tertentu ke dalam akaun bank peserta pertama dan kedua. Disertakan sekali ayat al Quran dan hadith (untuk memantapkan hujjahnya). Diberikan senarai testimoni peserta yang telah berjaya mendapat ribuan ringgit untuk melangsaikan hutang dan sebagainya. Padahal sikap seperti inilah yang menjadikan manusia malas untuk berusaha. Hanya duduk diam, cukup bulan jenguk dalam mesin ATM berapa puluh ribu yang akan diterimanya hasil dari 'bantuan' orang lain. Berapa ramai yang terkena minda seperti ini?

Hendak Belajar ? Search Sahaja Dalam Google

Betul, memang mudah sangat untuk belajar sekarang ini. Taip sahaja di bahagian google search dan apa sahaja ilmu yang diingini akan dapat dengan mudah. Ada seorang user memberitahu untuk menjatuhkan hukum cukup dengan cari hadith sahih dalam internet kemudian sudah boleh berhukum. Padahal hadith sahih itu sendiri ada martabatnya dan syarahnya. Lalu lahirlah tukang-tukang pemberi fatwa yang sesat dengan pemikirannya sendiri akibat agama itu diliberalisasikan atas nama agama itu mudah. Lihatlah - berapa ramai yang terlibat dalam golongan anti hadith, rasul melayu dan banyak lagi fahaman yang menyeleweng.

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Seseorang itu tidak akan menjadi cendiakawan hanya dengan melayari internet tanpa ada asas ilmu. Belajar tanpa guru hanya menjadikan seseorang itu 'kepeningan' dalam fikirannya sendiri tanpa panduan. Barulah di sini akan ada bandingan apa yang dinamakan kualiti.

Hendak Kaya Bukan Dengan Duduk Diam

Ada satu bentuk pemikiran baru untuk kaya dengan mudah. Iaitu dengan melaburkan duit dengan jumlah tertentu, dan tunggu sehingga cukup bulan. Duit akan bertambah, tidak perlu kerja. Duit akan masuk setiap hari. Dan selepas itu bolehlah berangan untuk terbang ke angkasa biru, membeli belah, rumah besar dan sebagainya.

Bila dikaji dan disemak sejarah orang yang berjaya dan kaya raya. Mereka berusaha dengan titik peluh sendiri. Amat sedikit orang yang kaya dengan sebab harta pusaka. Itupun sekiranya tidak diurusi dengan ilmu. Alamat sekelip mata boleh papa kedana.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary mula berniaga pada umurnya 19 tahun dalam jual beli lembu dan kerbau. Semasa menerima gaji pertamanya sebanyak RM 1,500, sebahagiannya telah diserahkan kepada orang miskin. Dan kini ia mempunyai harta bernilai RM 4.16 billion di mana sebahagian besarnya juga telah 'dikembalikan' semula kepada orang Islam yang memerlukan. Cantiknya beliau adalah sikapnya tidak mendabik dada. Apatah lagi untuk duduk berdiam diri tanpa berbuat apa-apa dengan menunggu duit turun dari langit.

Dakwah Perlu Dengan Usaha Dan Ada Susah Payah

Tiada jalan singkat untuk menyebarkan dakwah sambil mengharapkan apa yang disampaikan pasti orang akan terima dan tunduk. Kerana manusia mempunyai akal fikiran yang selalu memberi alasan dan mencari sebab dan musabab. Sehinggalah mulutnya terkunci nanti kerana habis riwayat kehidupan.

RasuluLLah tidak pernah berhenti untuk menyampaikan risalah ALlah, asanya tidak pernah putus dalam mendakwahi bapa saudaranya sehingga beliau (bapa saudaranya) meninggal dunia. Dakwah yang paling ringan walaupun dengan menunjukkan akhlaq yang baik, hendaklah berterusan. Dakwah itu ada seninya, cara bercakap, pendekatan, pendek kata :

1. Tahu dengan siapa kita berdakwah
2. Apa latarbelakangnya - keluarga, pendidikan agama
3. Budayanya
4. Cara berfikir
5. Umurnya - kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua
6. Keadaan dan suasana

Lihatlah, ada insan yang tercicir dalam perjuangan dakwah. Menyebabkan mad'u lari, menimbulkan permusuhan, kecelaruan dan kekeliruan. Barulah nampak di sini - pentingnya belajar dan kefahaman.

Pada akhirnya - dalam perjalanan hidup yang singkat ini. Benar... orang yang berjuang di jalan-Nya akan merasa seolah-olah sempit jiwa. Tetapi bila dikenang bahawa di dalam kesulitan itu ada kemudahan. Barulah merasa bahawa ALlah sentiasa menolongnya... ALlahu ALlah.Terdapat pelbagai kaedah kursus dan taklimat HPA untuk mudahkan perniagaan anda.Mari bersama kami....Mari bersama kami....Ini lah jalan kami...Wassalamu....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RAYA DATANG LAGI  

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA'

Hujan sangat lebat dan banjir besar melanda Arab Saudi. Menurut Gulfnews, 13 orang terkorban dan ribuan jemaah haji terperangkap di bandaraya Jeddah, Rabu (25/11).

Kita bersyukur dengan Rahmat nya di hari raya ini pohon pengorbanan dari semua...Wassalamu....ALLAHUAKBAR WALLILLAHILHAM....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RAWATAN PERUBATAN JAWI.......ATAU....????  




FIKIR-FIKIR KAN LAH....!!!!!!!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PRODUK BARU ..POPCORN AYAM RANGUP HPA...  

Wednesday, November 25, 2009



KETULAN AYAM YANG SEGAR ORGANIC RANGUP...SIHAT CERIA

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KAWAN....TEMAN SEJATI...TUNGGU APALAGI...  




Kawan, sahabat, rakan, geng, saing, teman, dan bermacam istilah diberikan untuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa. Begitu jugalah yang dapat memberikan 'sesuatu' pada diri sendiri. Samada berbentuk input rohani, jasmani, atau juga input buah fikiran.

Kawan amat kuat pengaruhnya pada diri individu. Tambahan pula yang baharu hendak kenal dunia, yang baharu hendak bertatih dalam alam yang selama ini 'asing' bagi dirinya. Dan begitulah siapa sahaja yang berada di sekeliling berpotensi untuk menjadi seorang kawan. Samada beliau boleh diharap atau diri sendiri yang tinggal berharap.

Cuba tanya sendiri - dalam beberapa waktu ini, masih ada atau tidak hubungan hati dengan mereka yang dipanggil kawan, teman, sahabat dan yang sewaktu dengannya itu? Atau sebenarnya perlahan-lahan ingatan terhadap mereka semakin menghilang di telan waktu? Dan jangan terkejut terkadang tiba-tiba menerima sms dari kawan yang dahulu tidak kunjung berita. Cuma kali ini tujuan menyapa adalah untuk membawa 'bisnes punya cerita'. - Sekiranya ini pernah menimpa juga - sabarkanlah dulu jiwa. Semoga ALlah menenangkan hati kita setenang-tenangnya dengan kawan seperti ini.

Untuk mencari kawan memang mudah (ini bagi yang peramah), atau sukar (bagi yang masih 'berat mulut', mungkin juga malu kerana jarang berhubungan dengan manusia) adalah dari diri sendiri juga datangnya. Malahan tentu guru di sekolah pernah berceloteh panjang bercerita tentang bagaimana cara mencari seorang kawan atau teman. Atau ibu dan ayah pernah menasihati 'cari kawan yang macam nih', jangan berkawan dengan orang yang macam itu'. Selagi nasihat dijadikan bekalan insya ALlah selamatlah diri dalam menyelusuri kehidupan. Tetapi jika perkataan yang baik itu hanya lepas di pelipis telinga, takut bahaya sedang menanti di hadapan sana.

RasuluLLah pernah bersabda yang bererti :

"Seseorang itu akan mengikuti agama sahabatnya, oleh kerana itu, setiap orang dari kamu sekalian hendaknya memperhatikan siapa yang ia jadikan sebagai teman
(Hadith riwayat At Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad)

Teman yang berbau wangi atau berbau besi

Telah disebutkan oleh Habib AbduLlah bin Alwi al Haddad :

Sabdaan RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :

"Permisalan teman duduk yang baik adalah seperti penjual haruman misk (wangian yang paling mahal dan harum). Boleh jadi dia memberimu, atau engkau membeli wangiannya atau engkau mencium keharuman wangiannya. Sedangkan misalan teman duduk yang buruk adalah seperti tukang besi. Boleh jadi dia membakar pakaianmu, atau engkau akan mencium aroma busuk darinya "
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dengan matan sedikit berbeza)
Barangsiapa yang ingin mengetahui bagaimana pengaruh pergaulan dengan temannya tersebut apakah ia dapat menguatkan iman, kesedaran beragama dan amalnya, ataupun sebaliknya. Maka hendaklah bandingkan keadaannya setelah bergaul dengan orang itu dengan keadaan sebelum ia bergaul dengannya.

Jika setelah bergaul dengannya ternyata sendi iman, akhlak, niat-niat baik untuk beramal semakin kuat dan kukuh. Sedangkan keburukan dan kejahatannya semakin kecil, maka pergaulan dan persahabatannya itu bermanfaat bagi agama dan hatinya. Jika pergaulan itu diteruskan, maka Insya aLlah ia akan memperolehi manfaat yang sangat besar dan kebaikan yang sangat banyak.

Jika setelah bergaul dengannya ternyata sendi-sendi keagamaannya menjadi semakin lemah dan menurun, sedangkan kejahatan dan keburukannya semakin banyak. Maka pergaulan tersebut telah membahayakan agama dan hatinya secara nyata. Sekiranya pergaulan tersebut dilanjutkan, maka akan membawa keburukan dan bahaya besar baginya. Semoga ALlah melindungi kita darinya.

Timbanglah semua pergaulan dengan apa yang telah kami sebutkan di atas. Dan perlu diketahui, ketentuan di atas berlaku sesuai dengan mana yang lebih kuat.

Ertinya, selama kebaikan lebih kuat, maka diharapkan pergaulan tersebut mampu menarik orang-orang jahat untuk menjadi baik. Dan selama keburukan lebih kuat, maka dikhuatiri orang baik yang bergaul dengan penderhaka tersebut akan mengikutinya dan menjadi buruk.

Permasalahan ini sangat pelik, orang-orang yang memiliki mata hati yang jernih akan memahaminya. Diperlukan waktu yang banyak untuk membahaskannya secara terperinci.
Habib AbduLLah bin Alwi al Haddad, Al Fushulul Ilmiyyah Wal Ushulul Hikamiyyah, Darul Hawi, cet 2, 1998, hal 106.

Tunggulah juga, di waktu dalam kesusahan, di waktu datangnya ujian, di waktu datang kesedihan. Akan dikenal siapa kawan dan siapa lawan. Biarpun mungkin satu hari nanti bila terjadi 'kekecohan' dengan kawan. Berikan sedikit ruang di dalam hati untuk memaafkan. Masa terlalu sempit untuk berlama-lama dalam bermusuhan.Kita yang bersama HPA di latih agar menghormati kawan dan memberi sepenuh perhatian untuk lahirkan 'TEMAN SEJATI' seperti yang selalu kita ikrarkan.....Wassalamu.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


ILMU & HARTA....RENUNGKAN IA...  

Tuesday, November 24, 2009





1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HADAPI STRESS ANDA....BIJAKSANA  

Monday, November 23, 2009




setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani stres atau tekanan yang dialami. sesuatu cara mungkin berkesan bagi si A tapi mungkin tidak berkesan langsung kepada si B dan begitulah seterusnya.

gangguan emosi atau jiwa dalam kalangan kanak-kanak sering mengakibatkan perubahan tingkah laku - khususnya berubah perangai dari baik kepada menjadi mudah bebal , tidak mahu mengikut peraturan atau arahan, 'breaking rules' - melakukan kegiatan yang bersalahan dengan undang-undang / peraturan / disiplin dan sebagainya. kalau dikaji dengan teliti, kebanyakan tindakan yang dilakukan adalah untuk mendapat perhatian daripada orang yang tersayang - 'attention seeking behaviour'

memang jarang untuk melihat kanak-kanak yang akan berlari kepada ibu bapa dan berkata - 'mak / abah , cek stres! cek tertekan! cek tension! cek susah hati !' dan sebagainya. antara sebabnya ialah psikologi mereka yang belum terbentuk dengan sempurna. justeru janganlah harap mereka akan dapat meluahkan perasaan seperti orang dewasa.

sikap ini mungkin akan terbawa-bawa di usia remaja dan dewasa kerana itulah cara yang telah dipelajari dan diamalkan sejak daripada kecil lagi. mereka juga cukup selesa dengan cara tersebut. walaupun itu bukanlah cara yang ideal, namun bagi mereka , ia telah terbukti berkesan - jadi mengapa perlu diubah.

antara cara lain yang kurang baik untuk menangani stres / tekanan atau apabila dilanda masalah ialah
1. menyalahkan orang lain - blaming others
2. menyalahkan diri sendiri - self blame
3. mencari jalan keluarga dengan cara yang mudah - dadah, arak dan sebagainya.

ada juga mereka yang tidak berupaya menangani masalah menggunakan mekanisma pertahanan diri berikut :
1. 'somatization' - iaitu menujukkan masalah yang dialami dalam bentuk fizikal - contohnya mereka yang mengalami kemurungan sering mengadu letih, tidak bertenaga, sakit di merata tempat, berdebar , sakit kepala , sakit perut , sakit belakang dan sebagainya
2. conversion - gangguan emosi sebenarnya telah diganti atau ditukarkan kepada bentuk lain khususnya - fizikal : contohnya pelajar kolej yang tertekan dengan pelajaran dan masalah psikosial akan menjadi 'blank' semasa membuat tugasan / peperiksaan , lumpuh apabila dipukul / ditengking oleh guru dan sebagainya.

cara begini sebenarnya lebih diterima oleh masyarakat kita. sakit fizikal tidak akan membawa stigma berbanding sakit mental / jiwa. ibu bapa akan rela membawa anak-anak berjumpa doktor biasa daripada pakar jiwa. jadi model inilah yang dipelajari oleh anak-anak dan akhirnya diwarisi turun temurun.

tidak ada jalan penyelesaian yang mudah dalam hal ini. tabiat memang susah untuk diubah. seperti kata orang putih - 'old habits die hard'. kita sebenarnya perlu mengubah semua ini.

cara terbaik menangani ketegangan emosi atau kecelaruan jiwa ialah dengan mengenal pasti punca masalah dan cuba mengatasinya. meluahkan perasaan dan bijak menangani masalah adalah antara dua elemen utama. tetapi bagi saya langkah pertama dan yang paling penting ialah mengakui dan menyedari bahawa kita sedang mengalami masaalah . sebabnya - bila kita tahu kita ada masaalah --> barulah kita akan cuba untuk mencari ubat dan jalan penyelesaiannya.

kita juga perlu mencari mekanisma pertahanan diri yang lebih diterima dan berfaedah; dan mengelakkan dari kembali kepada cara lama. tumpuan kepada penyelesaian masalah dan mencari punca-puncanya adalah jauh lebih berkesan ; disamping ubat yang diberikan. rawatan psikoterapi dan kaunseling juga boleh digunakan.Terbaik nya kembali kepada rawatan makanan sunnah Rasul dari sudut permakanan seperti Madu,Kismis,Minyak Zaitun, Habbatusauda',Air Zam Zam,Kurma dan sebagai nya terdapat dalam dunia rawatan At-Tibb Nabawiyyah.Bahkan ini penekanan rawatan JAWI untuk hadapi STRESS...Wasalamu.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PBC EL ZAHRAA INN.....  

Sunday, November 22, 2009




AddThis Social Bookmark Button

Email this post


ALAHAN DAN PUNCA NYA...!!!!  


PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek "allon argon" yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.

Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindakbalas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.

Bagaimana alahan terjadi?

Secara saintifik, sensitiviti-secara-bilazim (hypersensitivity) badan membabitkan tiga komponen asas iaitu alergen makanan (bahan yang menyebabkan alahan), antibodi terutamanya immunoglobulin E) dan sel tertentu seperti sel `mast' dan basofil sejenis sel darah putih).

Apabila seseorang yang mengalami masalah alahan memakan sesuatu komponen alergen makanan, sistem kelalian atau kemanglian mereka akan dirangsangkan untuk menghasilkan antibodi IgE tertentu terhadap komponen makanan itu.

Berjuta-juta antibodi kemudiannya mengalir dalam saluran darah, sebelum antibodi itu melekat kepada sel darah putih atau akan masuk ke dalam tisu badan dan seterusnya melekat kepada sel `mast'.

Pada umumnya, sel `mast' boleh dapati di tempat di mana tubuh kita didedahkan kepada persekitaran seperti kulit, paru-paru dan gastrousus. Basofil dan sel `mast' menghasilkan dan menyimpan bahan seperti `histamine' (histamina - bahan dalam tubuh yang menghasilkan tindak balas alahan.

Apabila antibodi IgE pada permukaan basofil dan sel `mast' terdedah kepada alergen makanan, sel-sel ini akan membebaskan histamine yang seterusnya menyebabkan berbagai-bagai simptom reaksi alahan.

Kebanyakan reaksi kurang baik terhadap bahan tambahan dalam makanan disebabkan intoleran dan bukan alahan. Manakala, protein dari ayam, kambing, beras dan tepung `carob seed' dianggap rendah dalam kandungan alergen. Dipercayai makanan seperti kiwi, betik dan mempelam boleh menyebabkan sensitiviti yang sebelum ini tidak
diketahui.

Prevalen (kelaziman) dan skop masalah alahan makanan semakin meningkat di seluruh dunia dan ia mencerminkan corak pemakanan tempatan.

Perlu diketahui, simptom alahan makanan bergantung kepada peringkat umur ketika ia mula muncul. Contohnya, dalam umur beberapa minggu pertama kehidupan, simptom kebiasaannya adalah muntah dan cirit-birit. Dalam usia menjangkau beberapa bulan atau tahun pertama pula, bayi akan berhadapan dengan masalah kulit seperti atopik ekzema.

Simptom saluran pernafasan (bronkiolitis) kemudian timbul dalam bentuk asma dari umur 3 tahun dan `rhinitis' dari umur baligh. Masalah yang timbul mungkin serius dan kadangkala tidak. Contohnya kegatalan sekitar mulut, kegatalan dan radang pada kulit, simptom gastrousus (muntah dan cirit-birit), simptom saluran pernafasan dan simptom sistem jantung yang mungkin boleh membawa maut.

Walaupun sesuatu makanan tertentu boleh mencetuskan reaksi dalam satu atau lebih organ, ia jarang menyebabkan asma, `rhinitis' atau `urticaria'. Ekzema yang dirangsang oleh makanan dan beberapa penyakit gastrousus adalah berdasarkan mekanisma imunologi IgE dan non IgE. Masalah alergi makanan kronik dan subakut muncul sebagai reaksi gastrousus dengan simptom seperti perut sakit, muntah, cirit-birit dan tumbesaran yang terbantut.

Kebanyakan alahan makanan kanak-kanak akan hilang apabila anak-anak mula membesar, kecuali alahan terhadap makanan seperti kacang tanah dan makanan laut. Bayi dan anak-anak kecil yang memperlihatkan masalah alahan makanan lebih cenderung mengalami masalah alahan makanan yang lain dan alahan saluran pernafasan apabila mereka membesar.

Dalam 20 tahun kebelakangan ini, kelaziman alahan meningkat dengan kadar yang mendadak sehingga ke tahap Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkannya sebagai antara epidemik kurun ke 21.

Dengan mengambil kira semua jenis alahan dan simptom, jumlah kes berlipat ganda dalam 10 tahun yang terakhir ini. Anggaran kelaziman global alahan makanan adalah lebih kurang enam hingga lapan peratus. Ini mengenal pasti alahan, khususnya alahan makanan, sebagai satu dari penyakit yang paling lazim di kalangan bayi dan kanak-kanak dan membabitkan kos kesihatan yang tinggi di samping ketidakselesaan kepada anak dan keluarga.


Faktor yang mempengaruhi alahan:

1) Ciri-ciri protein
2) Jumlah pengambilan
3) Jenis dan tahap respon sistem imun
4) Sensitiviti organ sasaran
5) Kecenderungan genetik.

Mengapa Berlakunya Peningkatan Kes Alahan?

Tiga faktor utama yang berlainan memainkan peranan dalam peningkatan kelaziman alahan sejak dua abad kebelakangan ini:-

a) Peningkatan pendedahan terhadap penghasilan hama dalam habuk rumah.

b) Peningkatan pencemaran spesifik dari enjin diesel yang mencetuskan perengsaan (irritation) bronkial dan menyebabkannya lebih mudah diresapi oleh alergen paru-paru.

c) Pengurangan frekuensi penyakit yang tidak berbahaya semasa bayi. Ini menyebabkan sistem sel `T helper' (sejenis sel darah putih) beralih daripada sel Th1 ke sel Th2 (yang memainkan peranan dalam tindak balas alahan).

PENINGKATAN kelaziman alahan yang mendadak ini menegaskan bahawa langkah pencegahan primer untuk mencegahnya perlu diambil secepat mungkin.

Seseorang itu akan menghadapi risiko lebih tinggi terhadap alahan makanan jika ia mempunyai kecenderungan genetik terhadap alahan yang diwarisi daripada ibu bapa dan seterusnya dia didedahkan kepada sesuatu alergen pada umur kritikal tertentu.

Secara praktis, pencegahan primer bertujuan mengelak daripada pendedahan dan simptom di kalangan individu yang berisiko.

Pencegahan sekunder pula menumpukan untuk mengawal simptom yang timbul pada individu yang sudah terdedah terhadap alergen.

Makanan yang menyebabkan alahan:

1) Putih telur
2) Susu lembu
3) Soya
4) Gandum
5) Kacang tanah
6) Buah-buahan citrus
7) Biji bijan
8) Ikan
9) Sotong.
10) Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.

Daripada: Dr Nur Atiqah Ng Abdullah

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09