Manusia sangat mudah termotivasi dengan motivasi material. Jenayah saham cepat kaya, meluasnya MLM dan permainan politik wang adalah contoh gejala yang lahir atas motivasi ini. Keinginan material berasal daripada keperluan jasmani dan naluri. Mentaliti individu yang bermotivasikan material hanyalah untuk mencari kesenangan dunia sebanyak yang mungkin. Belajar hingga ke manara gading adalah untuk mendapat kerja bergaji besar, boleh membeli kereta besar, rumah besar, isteri besar (huhu..) dan segala-galanya besar.Lebih dasyat lagi, batasan halal dan haram tidak mereka hiraukan. Peniaga menipu sukatan, mengambil riba’, mengeksploitasi kaum wanita sebagai pelaris barangan dan rasuah untuk mendapat projek contoh berleluasanya motivasi material yang bertentangan dengan Islam. Apabila mereka ini yang berusaha bermati-matian tetapi masih gagal, mereka tidak akan dapat menerima hakikat dan mengambil jalan keluar dengan kufur pada ALLAH. Terbukti… Negara Jepun merupakan negara yang kedua termaju dari segi teknologi selepas Jerman namun kadar kes bunuh diri mereka semakin parah.
Motivasi material mempunyai kesan yang lemah dan mudah hilang. Bagi usahawan MLM ramai yang keliru tentang konsep sebenar dan hakikat medan juang ini…keliru apahal tentang kalam keuntungan sebenar dan halatuju wadah perniagaan ini.Mesti ingat ini satu pengorbanan yang wajib untuk mertabatkan Islam di persada niaga.Adakah kita masih begitu cintakan dunia walhal dunia jika dibandingkan dengan akhirat sangat jauh berbeza?“Dunia itu, dibandingkan dengan akhirat adalah seperti salah seorang di antara kalian yang memasukkan telunjuknya ke dalam lautan. Perhatikanlah apa yang tertinggal pada telujuk tersebut?”(HR Muslim,at-Termidzi,Ibn Majah& Ahmad)
Jadi, apakah bentuk motivasi yang paling baik untuk manusia? Tanpa ragu-ragu, lagi, jawapannya adalah motivasi spiritual, iaitu motivasi yang mendorong perbuatan manusia untuk mengejar redha Allah swt dengan mengikuti perintah dan larangan-Nya Motivasi ini lahir daripada kesedaran akan hubungan manusia dengan Allah swt., Zat Yang Maha Tahu segala perbuatan manusia, yang nampak mahupun tidak.Kesedaran inilah yang mampu memotivasi manusia melakukan apa jua perbuatan, walaupun terpaksa berkorban harta, jiwa dan raga. Orang yang mempunyai motivasi ini, tidak pernah merasa putus asa kerana gagal walaupun telah mengorbankan semua yang dimilikinya. Maka, motivasi ini jauh lebih kuat kesannya pada perbuatan manusia dibandingkan dengan motivasi-motivasi sebelum material dan emosional.Contohnya, apabila Rasulullah saw. dan para sahabat pergi berjihad dalam perang Badar, iaitu jumlah tentera Islam 300 orang menentang orang-orang kafir Quraisy yang lebih daripada 1000 orang. Rasulullah saw. ragu-ragu dengan keadaan kaum muslimin khawatir tentera Islam hilang semangat dengan bilangan mereka yang lebih kecil. Jadi baginda saw., mengumpulkan tentera Islam bermesyuarat hingga tiga kali membincangkan masalah yang sama. Akhirnya orang-orang Ansar menyedari, bahawa yang diinginkan oleh Rasulullah saw. adalah untuk melihat keazaman motivasi mereka.
Sa'ad bin Mu'az berkata kepada baginda saw.,
"Sepertinya Engkau ragu pada kami, wahai Rasulullah. Dan sepertinya Engkau khawatir, bahawa orang-orang Anshar, sebagaimana yang nampak pada pandanganmu, tidak akan menolongmu, kecuali di negerinya. Saya bicara atas nama orang-orang Anshar, dan memberi jawapan berdasarkan sikap mereka, Berangkatlah bersama kami, sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki. Ikatlah tali sesiapapun yang Engkau kehendaki. Dan putuslah ikatan sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki. Dan ambillah dari harta kekayaan kami yang Engkau kehendaki. Dan berikanlah mana sahaja yang Engkau kehendaki. Apa sahaja yang Engkau ambil, niscaya lebih kami sukai daripada yang Engkau tinggalkan. Demi Allah, kalau seandainya Engkau menempuh perjalanan bersama kami hingga ke Barak Al-Ghamad (kota Habasyah), kami semuanya akan tetap bersamamu. Dan demi Allah, kalau seandainya Engkau mengajak kami untuk menyeberangi lautan sekalipun, pasti kami akan lalui bersamamu”