Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BAHASA PEJUANG...????  

Friday, April 10, 2009




.....katanya kau seorang pejuang tapi ikhtilat mu tidak dijaga katanya kau seorang pejuang tapi kau masih assobiyyah katanya kau seorang pejuang tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu katanya kau seorang pejuang kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension katanya kau seorang pejuang cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA katanya kau seorang pejuang kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari katanya kau seorang pejuang kau xpun berdakwah katanya kau seorang pejuang kau masih layan muzik-muzik yang lagha katanya kau seorang pejuang tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad katanya kau seorang pejuang kau lebih bela jemaah berbanding islam katanya kau seorang pejuang kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya katanya kau seorang pejuang mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan katanya kau seorang pejuang ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat...katanya kau seorang pejuang kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya katanya kau seorang pejuang berapa banyak ummat yang kau ziarah? katanya kau seorang pejuang kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah katanya kau seorang pejuang kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah katanya kau seorang pejuang tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah katanya kau seorang pejuang tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir katanya kau seorang pejuang hidupmu masih senang lenang dan mewah katanya kau seorang pejuang kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk katanya kau seorang pejuang kau jarang sekali menangis untuk bertaubat katanya kau seorang pejuang kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu katanya kau seorang pejuang kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat katanya kau seorang pejuang kau masih malas mencari ilmu agamamu katanya kau seorang pejuang kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain katanya kau seorang pejuang kau masih berpakaian tidak senonoh katanya kau seorang pejuang namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah katanya kau seorang pejuang namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih katanya kau seorang pejuang kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat katanya kau seorang pejuang kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat katanya kau seorang pejuang kau masih ragu dengan apa yang kau infakkan katanya kau seorang pejuang hafalanmu saja masih jauh lagi katanya kau seorang pejuang kau masih terasa asing dengan perkataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya
katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia
katanya kau seorang pejuang kau masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang...........

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MADU...MADU...MADU...KHASIAT NYA...  

Thursday, April 9, 2009




.....Ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'. Apakah rahsia di sebalik cairan kental yang diperoleh daripada lebah ini? PERUBATAN herba dan alternatif kini menjadi kaedah rawatan dan penyembuhan yang semakin dapat diterima dalam dunia moden. Dengan pelbagai kajian saintifik tentang manfaat sesuatu herba atau sumber tradisional, ia menambahkan lagi keyakinan orang ramai tentang penggunaannya. Madu lebah adalah antara sumber alternatif yang mempunyai seribu satu khasiat istimewa. Malah ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'. Hakikatnya, madu mempunyai sejarah yang panjang bersama evolusi kehidupan manusia. Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun Sebelum Masihi. Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom. Malah, sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah dalam perubatan amatlah masyhur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa (penawar) kepada manusia. Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah) Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian dan konvensyen terbaru diadakan untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai khasiat di sebalik cairan kental manis yang dihasilkan lebah ini. Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah. Madu berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina, jelas Dr. Susan lagi. Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati, komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria. Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Pada persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis dapat mengubati pelbagai penyakit. Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2,002 daripada 2,094 pesakitnya sembuh sama sekali. Berikut adalah manfaat lain madu :
Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
Boleh menghentikan kesakitan sendi.
Baik untuk sistem pernafasan.
Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.
Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
Menjana pertumbuhan otak.
Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
Digunakan sebagai ubat sakit perut.
Menghilangkan kahak.
Memutih dan menguatkan gigi.
HPA memberi pelbagai pilihan madu dan produk asas madu asli yang bermutu tinggi.
Di jamin akan khasiat nya dan di ajar kaedah rawatan nya oleh perawat perawat terlatih...............MADU ASLI..HONEY COMB..MADULIA..SPIRUMADU antara pilihan pengemar produk MADU HPA ..Wslm

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HIDUP LEBIH CERIA DGN......  

Monday, April 6, 2009


.....Kita seringkali cepat penat, mengantuk dan kurang bertenaga tiap kali sedang belajar, bekerja atau membaca. Kesannya, pergerakan kita lambat, kurang produktif dan paling teruk, kurang semangat! Saya kongsikan 3 petua bagaimana untuk terus kekal bertenaga dari pagi sampai ke malam. Pertama, pastikan Anda selalu bersenam. Senaman ringan sudah memadai untuk melancarkan perjalanan darah. Jenis senaman yang disyorkan adalah seperti mendaki tangga, parking jauh sikit lalu berjalan kaki ke tempat kerja, regangan otot yang simple, berkebun atau berlari-lari anak 10-15 minit sehari.Juga anda boleh amalkan senaman penafasan seperti di ajarkan dalam program PBC dan PIC HPA.. Kedua, jaga pemakanan. Lebihkan makanan yang banyak mengandungi serat…MINUMAN BIJIRIN RADIX serta MADU HPA pasti membantu anda cergas sepanjang hari…Boleh di campurkan dengan KOPI RADIX ataupun KOKO RADIX rasa nya mengancam habis dua tiga Mug…. Makanan jenis ini memberi tenaga berpanjangan lebih-lebih lagi bila Anda rajin minum air. Adakala, kita jadi kurang bertenaga sebab kurang air dalam badan. Tapi, bila air dah berlebih dalam badan, kita kerap ke bilik air pula. Jadi, minum cukup antara 2 hingga 2.5 liter setiap hari. Elak banyak ambil makanan yang berprotein seperti telur, sosej atau susu dan yang setaraf, kesannya Anda akan mengantuk sepanjang hari.Hidup lebih bermakna dengan minuman Bijirin RADIX dan pastikan ia menjadi pilihan anda………Ketiga, jaga waktu tidur. Biasanya, waktu normal kita tidur 8 jam sehari. Ada sesetengah orang boleh tidur 3-5 jam sehari, tapi ia memerlukan tahap motivasi tinggi untuk maintain waktu tidur begitu. Bila Anda dah terbiasa tidur 8 jam, tidur 8 jam. Jika terbiasa tidur 5 jam, tidur 5 jam. Jangan lebih, jangan kurang. Bila dah selalu bersenam, jaga pemakanan dan jaga waktu tidur, Anda akan perasan perubahannya. Anda berubah jadi lebih bertenaga dan lebih ceria.Banyak kan solat malam dan munajat serta doa pada Allah moga di beri kehidupan yang lebih bererti dalam dunia juang ini….Wslm ..................................... sebutir kata: Bila dah selalu ceria, mudah untuk Anda merubah diri jadi bermotivasi. Ia membuat Anda mudah untuk perform pada tahap tinggi dan berkualiti.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


NUGGET HEBAT BERKHASIAT HPA  

Sunday, April 5, 2009


Terdapat NUGGET ikan yang sedap dan berkhasiat dari HPA...Syiok tak terhingga di cicah dengan sos Thai HPA...tu dia NUGGET sempoi...Mesti cuba dan jadikan sajian enak ini sebagai makanan untuk kemeriahan dan mesra keluarga kita...Insyaallah best..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09