(samb..).KURSUS PENGHAYATAN HPA UNTUK PJS ...DAY 1
Thursday, October 8, 2009
Ustaz Adnan Fadzil (Panel Syariah HPA) bentang kertas kerja..
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) PARA PJS BENTANG KERTAS KERJA
LDK PJS MUSLIMAT
Ustaz Adnan Fadzil (Panel Syariah HPA) bentang kertas kerja..
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) PARA PJS BENTANG KERTAS KERJA
LDK PJS MUSLIMAT
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post
UST SAMAD TAKRIR AKAN HADITH 'NIAT' UNTUK PARA PJS
TAZKIRAH OLEH PJS UST.ZAHIR
MARA HPA
KAMI WARGA HPA
SIAP UNTUK BERJUANG
DEMI SUATU AKIDAH YANG PASTI
MENUJU JALAN ILAHI
(Chorus 2X)
KAMI KORBANKAN TENAGA DAN HARTA
WALAUPUN LETIH DAN LELAH
TAK PEDULI APAPUN YANG TERJADI 2X
MAJU TERUS PANTANG MENYERAH 2X
TINGGALLAH AYAH TINGGALLAH IBU
RELAKAN KAMI PERGI BERJUANG
DI BAWAH BENDERA HPA 2X
PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA 2X
JANGAN BERPUTUS ASA...PEJUANG HPA
WALAU ARAL MELINTANG...PEJUANG HPA
WALAUPUN BANYAK CUBAAN NYA 2X
SYURGA ALLAH MANIS AIRNYA 2X
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR !
ALLAHU AKBAR!
ALLAH ALLAHU AKBAR
CATITAN DARI PROGRAM KURSUS PENGHAYATAN HPA
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post
Pada suatu hari Junaid Al-Baghdadi menghidap sakit mata. Diapun memanggil tabib untuk merawat sakit matanya itu. Dia dinasihati oleh tabib supaya mengelakkan matanya daripada terkena air demi mempercepatkan menyembuh sakit matanya itu.
Bagaimanapun, ketika tabib itu berlalu pergi, Junaid bertekad untuk mangambil wudhu' termasuk membasuh muka, kemudian solat dan tidur. Apa yang anehnya, setelah mengenakan air sembahyang ke mukanya, tiba-tiba sakit matanya sembuh.
Pada saat itu Junaid terdengar satu suara, “mata Junaid sembuh kerana dia lebih redha kepadaKu. Sekiranya ahli neraka meminta kepadaKu dengan semangat Junaid nescaya aku kabulkan permintaannya.
Keesokan harinya, tabib itu datang untuk menziarahi Junaid, ternyata tabib itu kehairanan setelah melihat mata Junaid sembuh. “Apa yang kau lakukan wahai Junaid”. “Aku berwudhu' dan air itu mengenai muka dan mataku, lalu aku solat,” ujarnya.
Setelah menyaksikan peristiwa itu, tabib yang beragama Nasrani itupun menganut agama Islam. Itulah penawar daripada Tuhan yang menjadikan penyakit. Tabib tersebut mengatakan bahawa : “Sebenarnya, Junaid tidak sakit, tapi aku yang sakit, Junaidlah tabibku, kerana telah merawat sakit mata hatiku.
Pengajaran
1. Setiap penyakit ada penawarnya melainkan mati.
2. Allah yang menciptakan penyakit dan Allah jualah yang menciptakan penawarnya.
3. Apabila ditimpa sesuatu penyakit, kita hendaklah ikhtiar, doa dan tawakkal untuk sembuh.
4. Sebaik-baik tawakkal adalah yakin terhadap kekuasaan Allah tanpa keraguan walaupun sedikit.
5. Orang yang dikasihi Allah pasti akan diuji samada melalui harta, diri mahupun keluarga.
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post