Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

DOA STROKE & KHASIAT BAWANG PUTIH...  

Friday, April 24, 2009

BUKU DOA STROKE
BAWANG PUTIH BANYAK KHASIAT NYA

Bawang putih sudah dikenal sejak 4000 tahun lebih. Dalam sebuah lembaran papirus bertarikh 1500 SM ditemukan catatan bahwa orang Mesir percaya bawang putih memiliki 22 khasiat mengobati penyakit. Tak heran bila bawang putih ditemukan di dalam makan Raja Tutankhamun dari Mesir dan dikonsumsi para pembangun piramid untuk meningkatkan stamina dan mencegah penyakit.Masyarakat kita kebanyakannya mengetahui dan percaya akan khasiat bawang putih, tetapi hanya segelintir sahaja yang mengamal dan mempergunakan manfaat bawang putih ini dalam kehidupan seharian. Khasiat Dan Manfaat Bawang Putih: Raja Antibiotik Semulajadi ini berkhasiat dan manfaat bawang putih dan alasan di sebalik keistimewaannya........Dr. Yongxiang Zhang dari University of Tokyo, Jepang menyatakan bahwa kemampuan bawang putih menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan pada hewan percobaan sangat mengesankan. Hal itu memang tidak berarti bahwa bawang putih mampu memulihkan masa muda atau sama sekali menghambat proses penuaan. Tetapi setidaknya manfaat bawang putih membantu menghambat proses penuaan. Di samping itu, menurut penelitian Memorial Sloan Kettering Cancer Center, bahan kimia SAMC yang terdapat pada bawang putih dapat menghambat pertumbuhan sel kanker. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi. Kadar kolesterol yang tinggi biasanya menjadi pertanda proses penuaan. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah. Dr. Gilles Fillion dari Institute Pasteur di Perancis menduga, bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi. Tentunya dengan efek yang lebih lembut. Ia menemukan bahwa bawang putih bermanfaat untuk membantu melepaskan serotonin, yakni bahan kimia yang terlibat dalam pengaturan serangkaian luas suasana hati dan tingkah laku termasuk kecemasan, murung, rasa sakit, agresi, stress, kurang tidur dan ingatan. Kadar serotonin yang tinggi dalam otak cenderung berfungsi sebagai obat penenang yang menentramkan Anda, memudahkan tidur, dan meringankan kemurungan. Bawang putih menolong menormalkan sistem serotonin tersebut.
1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
2. Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.
3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.
4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.
7. Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.
8. Bawang putih mengandung vitamin B.
9. Bawang putih mengandung vitamin C.
10. Bawang putih mengandung kalsium.
11. Bawang putih mengandung potasium
12. Bawang putih mengandung antioksidan. Bawang putih mengandung karoten dan selenium
13. Mengonsumsi 2-3 ulas bawang putih sehari, akan menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung..... 14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi.... 15. Meringankan tukak lambung .....16. Menurunkan kolesterol dalam darah .....17. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes..... 18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh ....19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit..... 20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah..... 21. Menjaga stamina tubuh..... 22. Mengandung khasiat antimikroba, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai antitumor.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KISAH GAMBAR SENYUMAN & HPA  

Thursday, April 23, 2009

SENYUMAN KEJAYAAN PJ FITRI dari Jeniang (syabas)
SENYUMAN PENGURUS RCH EN.ZAMBRI & PJS SABRI AHMAD ..UST.ABU KASSIM (belakang)di RADIX CHICKEN HOUSE
SENYUMAN DARI CAWANGAN KEPALA BATAS
BUKU-BUKU INSTITUT LATIHAN HERBA AL-WAHIDA SBN.BHD (INTIBAH) Pastikan anda membaca dan bahan rujukan Herbalis HPA
INTIBAH II
INTIBAH III
INTIBAH IV

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KELEBIHAN MINUMAN MISAI KUCING TROPIKA HPA  

Wednesday, April 22, 2009


Pokok misai kucing. Panggilan ini mungkin berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.
Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
bagaimanapun pemberian nama panggilan tersebut oleh genarasi tua, bukanlah menggambarkan sekadar 'sembang-sembang di kedai kopi'.
Bahkan menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan herba FRIM, Dr. Azizul Abdul Kadir, pokok misai kucing ini telah digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang.
"Populariti pokok herba ini adalah berdasarkan temubual pihak kami dengan beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan dan juga melalui bahan rujukan," katanya yang turut menyatakan nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.
Beliau yang ditemui di pejabatnya, baru-baru ini menjelaskan pihaknya turut mendapatkan cara-cara tradisional yang sering digunakan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut.
Tambahnya lagi, tumpuan didalam merawat kedua-dua penyakit tersebut adalah kepada daunnya. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit tersebut agak mudah.
"Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering," ujarnya lagi.
Bila sudah kering kata beliau daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebi kurang segelas air mentah.
"Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis," jelasnya.
Selain dari itu menurut Dr. Azizul, akar dan batang pokok misai kucing juga boleh merawat penyakit tersebut. Kaedahnya adalah tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
"Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat. Air kisan tersebut diambil dengan cara diprah atau tapis kemudian dicampukan dengan setengah air panas.
Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan," ujarnya.Sekarang HPA sediakan mudah uncang minuman misai kucing...Segar meminum nya..mesti cuba..Kepentingan & Kelebihan minuman ini :
Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.
Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing).

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


X-KERJA.....HPA PELUANG TERBAIK  

Tuesday, April 21, 2009


SHAH ALAM: Sejumlah 30,650 pekerja tempatan dan asing diberhentikan di seluruh negara sejak Oktober 2008 hingga Selasa lalu, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.
Beliau berkata, daripada jumlah itu 23,149 pekerja diberhentikan di bawah skim pemberhentian tetap manakala 7,501 daripadanya pula secara sukarela. (Sumber : Berita Harian, 17 April 2009) “Bagaimanapun, 2,900 pekerja tempatan ditempatkan semula mengikut sektor kekosongan di jabatan kerajaan dan swasta,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Pertandingan Kemahiran Industri, Inovasi dan Kreativiti di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) di sini, semalam. Maznah berkata, bagi membantu meringankan beban mereka, kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi menawarkan 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan akan diwujudkan di sektor awam serta swastaKatanya, melalui pakej rangsangan itu juga kementerian bertanggung jawab secara langsung untuk menambah bilangan peserta di bawah Program Latihan Khusus dan Program Latihan Semula kepada pekerja yang diberhentikan serta Skim Latihan Dual Nasional bagi memberi kemahiran. Selain itu, Maznah berkata, kementerian akan menambah program latihan termasuk kerjasama pertubuhan industri dan syarikat yang terbabit seperti elektrik dan elektronik, pengimpalan, robotik dan pembinaan di samping melaksanakan lebih banyak latihan kemahiran industri dan teknikal di Pusat Latihan Kemahiran di semua negeri bagi 10,000 orang pelatih. - Bernama “Kementerian turut mewujudkan 22 JobsMalaysia Centre dan menambah baik 109 pusat sedia ada di lokasi tumpuan awam, termasuk di kompleks membeli-belah untuk memudahkan akses pekerja dan majikan bagi mendapatkan penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan maklumat mengenai peluang latihan yang disediakan,” katanya. Di samping itu, beliau berkata lebih banyak karnival pekerjaan berskala besar di peringkat kebangsaan akan diadakan bagi memudahkan penganggur dan pekerja yang diberhentikan mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


IPK......& KORDIAL JAMBU  


JAMBU BUAH
KORDIAL JAMBU HPA Tahukah anda manfaat jus jambu? Apatah lagi ketika keadaan cuaca dan musim hujan yang tidak menentu sering mengundang pelbagai penyakit. Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit demam denggi. Demam denggi ialah penyakit yang diakibatkan oleh virus denggi. Virus ini masuk ke dalam darah dan menyerang dinding darah melalui gigitan nyamuk. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan terjadinya pendarahan pada organ tubuh lain seprti ginjal, paru-paru dan akan mengakibatkan muntah darah. Untuk itu, pada tahap awal, virus dalam badan perlu dineutralkan untuk melawan penyakit agar mendapat daya tahan tubuh yang baik. Jus buah jambu ini dianggap dapat mengubati penyakit yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Ini kerana ,jus jambu adalah kumpulan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C yang mampu menghasilkan daya tahan tubuh untuk melawan virus denggi. Ketahui simptom demam denggi berdarah.
Demam mendadak
Demam disertai kemerahan pada wajah dan leher serta muntah. Timbul pendarahan, baik dari gigi, mulut, hidung, kulit atau tinja(najis)
Kordial Jambu HPA pilihan terbaik...anda akan rasa nikmat sajian kelas pertama dan eklusif ini seperti minuman yang di beri pada penerbang kelas VVIP ANTARABANGSA...Relax & Enjoy..!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


V.C.O.........ooh...ooh...ohh  

Monday, April 20, 2009



Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian. Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula. Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran. Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit. Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:...1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan... 2. meningkatkan kadar metabolisma badan... 3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi... 4. anti oxida semulajadi... 5. meningkat fungsi kelenjar tairoid... 6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari... 7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah ...8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan... 9. berupaya menurunkan berat badan ...10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia ...11. membekal sumber tenaga dengan cepat... 12. melembab dan melembutkan kulit ...13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit... 14. mengurangkan kesan keracunan makanan... 15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan... 16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat... 17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung ...18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi ...19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis... 20. mengurangkan risiko dan kesan demam ...21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa ...22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering... 23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung ...24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KISMIS MINDA...MEMANG HEBAT  

Sunday, April 19, 2009


Tidak perlu menjadi seorang pengembara atau seorang pendaki untuk mengiktiraf kismis sebagai satu jenis makanan yang ajaib.   Ini kerana kismis adalah makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi dan rendah kandungan lemak serta kolesterol juga selalu diambil oleh para pengembara dalam mengekalkan stamina mereka. Kismis adalah makanan yang mudah untuk diuruskan dan hampir tidak akan menjadi benyek. sepertimana buah buahan kering yang lain, kismis begitu mudah didapati sepanjang tahun.
Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur samaada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar. Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless.Perlu di fahami HPA menyediakan terbaik kismis hitam yang tidak campur sulfur (belerang) semasa proses pengeringan asli di bawah matahari untuk lebih vit.E ..Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal. Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula. Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera. Antara khasiat kismis adalah seperti berikut :
Membantu menajamkan Minda:
Kismis mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yeng terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ringkas ini telah dikenal pasti dapt meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
Jika kita lemah dalam matapelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah. Ingat! Anda dilarang mengambil nasi lemak ketika hendak belajar kerana ia mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah beroksigen yang tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga. Itulah sebabnya kita akan mengantuk selepas makan nasi lemak(Otak kekurangan oksigen). Imam Zuhdi berkata, ” Sesiapa yang ingin menghafal hadith(menguatkan daya ingatan) hendaklah ia kerap memakan anggur kering”.
Perlindungan Antioksida :
kismis bukan sahaja menjadi bahan ujikaji kajian “phytonutrient” kerana mereka mengandungi Phenol, bahkan mereka merupakan sumber alternatif mineral boron bagi rakyat sedunia. Phenol yang dijumpai di dalam kismis mempunyai aktiviti antioksida. Boleh dikatakan aktiviti antioksida bagi hampir semua buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sejajar dengan aktiviti antioksida yang terdapat didalam kismis. hebat bukan ?
kismis dikategorikan sebagai salah satu daripada buah-buahan yang kaya dengan anti0ksida selain buah prun dan aprikot. Flavonol, salah satu jenis phenol daripada keluarga flavonoid dikatakan hampir tidak terjejas kandungannya ketika proses pengeringan anggur tetapi kandungan phenol di dalam kismis adalah lebih rendah daripada anggur. Ini disebabkan kebanyakan daripada phenol telah dimusnahkan dalam proses penukaran anggur kepada kismis. Phenol-phenol ini adalah hydroxycinnamics (asid kaftarid dan kautarid), procyanidins dan flavan-3-ols.
Boron untuk tulang yang sihat:
Walaupan jarang kita dengar tentng kepentingan boron dalam kehidupan kita tetapi disini saya ingin menerangkan bahawa boron berkait rapat dengan wanita iaitu kesihatan tulang dan Osteoporosis(tulang rapuh). Boron merupakan mineral yang diperlukan bagi menukar Estrogen dan Vitamin D kepada bentuk paling aktif(17-beta-estradiol dan 1,25-(OH)2D3). Kandungan estrogen yang menurun selepas Menopause menyebabkan Osteoclast menjadi sensitif terhadap hormon paratiroid( terletak di leher) yang memberi isyarat kepada mereka untuk merapuhkan tulang. Kajian menunjukkan bahawa boron memberikan perlindungan daripada Osteoporosis dan mengembalikan semula kebanyakan efek positif Estrogen kepada wanita yang telah Menopause. Kismis merupakan antara “top 50″ penyumbang terbesar bagi Boron di Amerika Syarikat.
P/S: Oleh itu, saranan saya kepada para pembaca ialah tingkatkan pengambilan kismis dengan kekerapan yang tinggi…Cuba renungkan mengapa orang2 Arab mempunyai daya ingatan yang kuat dan hafalan yang mantap... 

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09