Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

ANDAINYA...AKU SEORANG PUJANGGA....  

Friday, May 15, 2009


MENGHINA orang lain adalah sifat yang tercela. Dalam apa keadaan sekalipun kita tidak boleh berbuat demikian. Dari sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Huraian Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.... “Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, walhal Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci.” [as-Saf (61):8].

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Erti SYUKUR  

Thursday, May 14, 2009


Ketika Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf, beliau terdengar doa seorang lelaki, "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."

Terkedu juga Amirul Mukminin dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan ramai. Jika pengikut ramai lagi hebat, kukuh dan gah kita tetapi lain halnya dengan lelaki ini.

Apabila ditanya, rupa-rupanya lelaki itu menjelaskan: "Tidakkah tuan membaca di dalam Al-Quran, Allah berfirman bahawa sedikit sahaja di kalangan ummatNya yang bersyukur."

Tersenyum Saidina Umar.

Sangat ramai di kalangan manusia kini sibuk berfikir bagaimana hendak memenuhi setiap impian yang diidamkan. Sebaliknya terlalu sedikit pula yang berfikir bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Allah dengan apa yang telah dimiliki.



Hakikatnya, dunia ini sudah dibanjiri oleh lautan manusia yang buta hati.

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Adakah kita seorang yang bersyukur?

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MEDAN REVOLUSI MAJU-HPA  

Monday, May 11, 2009

BUNTING REVOLUSI BARU DARI HPA SUNTIKAN SEMANGAT UNTUK SETIAP PENGGERAK & PENGEDAR.PASTIKAN ANDA PAMERKAN DI TEMPAT ANDA...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09