menjelang ( RAMADAN AL-MUBARAK) puasa
Thursday, August 20, 2009
Hadis Mengenai Puasa.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya (bulan Ramdan ) dan berbukalah kamu kerana melihatnya ( bulan Syawal ). Jika dilindung oleh awan atas kamu hendaklah kamu sempurnakan bilangan Syaaban tiga puluh hari".
Riwayat Syaikhan.
Ulasan:
1.Orang Islam mula berpuasa setelah melihat anak bulan Ramadan atau bulan Syaaban telah cukup 30 hari.
2. Berpuasa hanya pada waktu siang sahaja pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadan.
3. Berbukalah kamu kerana melihatnya ( bulan Syawal ) bermaksud berhentilah berpuasa Ramadan dan hendaklah berhari raya pada 1hb.Syawal itu.
@@@
"Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata beriman dan berharap-harap pahala nescaya terampun dosanya yang telah lalu, dan barang siapa beribadat malam Laitatul Qadar ( lailatul Qadr ) semata-mata beriman dan berharap-harap pahala nescaya terampun dosa yang telah lalu".
Riwayat Abu Hurairah.
@@@
" Tiap amal ibadat anak Adam semuanya berganda - Memanglah kebajikan itu sepuluh kali gandanya sehingga tujuh ratus kali ganda. Firman Allah Taala: " Melainkan puasa maka puasanya Aku membalasnya, sebab meninggal orang yang berpuasa itu akan keinginannya dan makan minumnya kerana Aku. Bagi yang berpuasa itu dua kesukaan, kesukaan waktu berbukanya dan kesukaan waktu bertemu dengan Tuhannya. Dan bermula bau mulut orang berpuasa itu terlebih harum daripada kasturi (akhirat) dan puasa itu sebagai pemelihara daripada azab neraka, dan apabila kamu berpuasa janganlah kamu berkata-kata sebagai perkataan yang keji-keji dan jangan membuat bising, maka jika memaki oleh seseorang atau hendak dipukulnya hendaklah berkata: Aku berpuasa".
Riwayat Syaikhan.
0 ulasan: to “ menjelang ( RAMADAN AL-MUBARAK) puasa ”
Post a Comment