MINUMAN TERBAIK...UNTUK ANDA
Friday, November 6, 2009
TAK KAN LANGGAH TERUK MACAM NI... HUDOH SANGAT AIIIK
Campuran air madu dan air sejuk (mati / suam)
Rasulullah s.a.w. amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk (mati / suam). Amalan ini untuk tujuan pemeliharaan kesihatan.
Rasulullah s.a.w. juga suka minum air sejuk (mati / suam) dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi.
Antara khasiat amalan ini ialah:
- Menghilangkan balqham (kahak / lender).
- Mencuci perut.
- Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
- Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
- Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasulullah s.a.w. suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam sesuatu bekas.
Minuman manis dan sejuk (mati / suam)
‘Aisyah (r.anha.) meriwayatkan bahawa: “Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minum manis yang sejuk.”
Hadis bermaksud, baginda (s.a.w.) amat menggemari minuman manis yang sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Baginda (s.a.w.) amat mengambil berat tentang minuman jenis yang dibawa khas dari Suqya yang terletak berhampiran dengan Madinah. Di dalam suatu doa, Rasulullah (s.a.w.) ada menyebutkan: “Ya Allah, kurnikanlah aku dengan cinta Mu yang lebih besar dari cinta ku kepada nyawa, harta, anak dan cinta ku kepada air sejuk.”
Ini memberi isyarat sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang besar untuk kesihatan. Oleh sebab itu baginda s.a.w. memberi perhatian yang berat terhadapnya.
Adapun minuman, jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ia sekali gus berperanan sebagai bahan pemakanan dan menceranakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Perhatian
Walau bagaimanapun, perlu di ingat bahawa adalah tidak digalakan untuk mengamalkan minum minuman botol, tin dan sebarang jenis minuman yang bergas, mempunyai bahan pewarna dan bahan tahan lama (preservatives). Air sejuk tersebut sebaik-baiknya air telaga yang bersih berasal dari mata air dalam perut bumi lantaran ia mengandungi banyak bahan-bahan galian.
Adab-adab minum air
Doa minum air
Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda maksudnya: “Apabila seseorang itu telah diberi minum oleh Allah Ta’ala, hendaklah dia berdoa dengan doa yang berikut:
Allahuma barik lana pi hi wa at him na hai ra min
“Ya Allah, berkatilah kami dengannya dan kurniakanlah yang terlebih baik daripada ini.”
Doa minum air susu
Allahuma barik lana pi hi wa jit na min hu
“Ya Allah berkatilah ia dan tambahlah lagi dengannya.”
Jangan minum berdiri
Larangan minum berdiri bukanya ia bermaksud haram tetapi ianya berkaitan dengan masalah akhlak dan adab. Begitu juga sebagai sifat kasih saying lantaran Ibnu Qaiyyim Al-Jauziah dan alim ulamak yang lain telah berkata bahawa minum sambil berdiri mempunyai kemudaratan.
Cara minum
Anas (r.a.) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berhenti minum dengan tiga nafas dan baginda mengatakan bahawa cara inilah yang selesa dan menghilangkan dahaga.
Hadis melarang seseorang minum dengan sekali gus sebagaimana perbuatan seekor unta.
Ringkasan adab minum
- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
- Bacalah “Bismillah”.
- Minum dengan tiga nafas.
- Minum dalam keadaan duduk.
- Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
- Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan) bacalah “Alhamdulillah”.
- Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
- Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain.
Hadis menyatakan bahawa saki-baki air minum seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
Beberapa keluaran HPA produk minuman yang pasti menceriakan kehidupan anda.. Dapatkan di semua cawangan HPA...Madu juga ada dalam bungkusan yang pelbagai produk HPA...Silakan....
0 ulasan: to “ MINUMAN TERBAIK...UNTUK ANDA ”
Post a Comment