Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BAWANG PUTIH & BAWANG MERAH.....KHASIAT BAWANG PUTIH....SOFTGEL HPA  

Saturday, November 7, 2009



PERINCIAN BAWANG PUTIH

Bawang putih ditanam di atas tanah yang gembur dan rata. Ia boleh ditanam hampir di seluruh dunia. Bebawang yang istimewa ini terletak didalam tanah.

Ia terbentuk dalam bentuk labu yang mengandungi 10 hingga 13 ulas. Kulit luarannya diselaputi kulit yang berwarna putih kekuningan. Daun bawang berbentuk memanjang. Bawang putih boleh ditanam dengan mengunakan bebawangnya.

Komponen utama bawang putih terdiri daripada:

Ciri Peratusan

Air 64.3

Protein 7.9

Lemak 0.6

Karbohidrat 16.3

Tenaga 98 kkal/100g


KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut.

Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.


FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

KEMUDARATAN BAWANG PUTIH

Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:

# Meransang mukosa pencernaan

# Muntah, 'dysentery', anoreksia nervosa

# Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan

# Anemia

# Dermatitis

Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang dicadangkan:

Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau

Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau

Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.

Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh diperolehi di semua cawangan HPA dalam bentuk softgel.
Ia mudah didapati di cawangan HPA dengan harga yang berpatutan.
Berikut kategori khasiat bawang....:>)
Terdapat pelbagai jenis bawang seperti berikut :

Bawang tergulung dalam alam tumbuhan. Bawang banyak digunakan dalam masakan. Bawang merupakan umbi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan daun-daun yang berpadu membentuk umbi ubi bawang.

Bawang merah mengandungi Vitamin C, Potassium, serat dan Asid Folic. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan tinggi di dalam protein. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

Bawang Putih Bawang Merah

Ini bukan kisah bawang putih dan bawang merah di TV tetap kisah peria beretarung diatas katil dengan penuh nikmat. Bawang putih dan bawang merah boleh menimbulkan kelazatan dan kekuatan dalam jimak.

Ramuan:

  1. Bawang putih
  2. Bawang merah
  3. Madu

Sediakan bawang putih dan merah. Beratnya tidaklah ditetapkan hanya mengikut keperluan anda. Bawang putih dan bawang merah hendaklah ditumbuk dan diambil airnya kemudian dicampurkan dengan madu yang sama banyak kandungannya. Kemudian dimasak sehingga air bawang tersebut hilang dan hanya tinggal madu sahaja. Bahagikan kepada tujuh, setiap satu bahagian dimakan untuk sehari sampai tujuh hari. Insya Allah mujarab.

Bawang kecil

Jika tiang layar anda tidak mampu belayar ditengah lautan dan tidak sampai ketempat yang dituju.

Ramuan:

  1. Bawang kecil
  2. Madu

Kisarkan bawang kecil tadi sehingga menjadi halus serata ditapis airnya, kemudian campurkan bersama madu dan diminum sebelum melakukan hubungan di waktu malam dan ianya sungguh berkesan jika alat tidak berfungsi.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09