Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

MOTIVASI UNTUK DIRI KU....FOKUS  

Monday, November 9, 2009




Untuk kekal fokus dalam kerjaya HPA ini...., anda perlu mempunyai perancangan yang rapi dalam jadual harian anda. Serta mempunyai motivasi diri untuk melakukan tindakan. Saya akan kongsikan 3 perkara yang anda harus lakukan untuk kekal fokus.

1. Tuliskan “TO-DO” dalam kertas setiap hari

Dengan menulis apa yang harus anda lakukan setiap hari, anda kini telah merancang perjalanan kehidupan seharian anda. Ia juga dapat membina sifat disiplin dalam diri anda dan memaksimakan penggunaan masa anda apabila menjalani kehidupan seharian anda...Contoh nya jadual PBC serta kenalan rakaniaga yang pasti hadir....etc..etc...

2. Apabila melakukan sesuatu, elakkan daripada berfikir benda lain (gangguan).

Perkara ini seringkali terjadi kepada saya (mungkin juga pada anda). Apabila kita melakukan sesuatu kerja, pasti ada gangguan. Disinilah ketahanan mental anda akan diuji. Anda perlu cuba sedaya upaya untuk mengelak gangguan tersebut daripada memanipulasikan diri anda.

3. Selesaikan kerja yang anda rancang

Ini merupakan perkara yang paling penting. Kini anda sudah merancang dan bertindak serta mengelakkan diri daripada gangguan yang tidak dikehendaki. Tetapi perkara yang paling kritikal ialah menghabiskan kerja yang anda rancang atau dengan erti kata lain “Finish what you have started”. Latih diri anda untuk menghabiskan kerja yang anda rancang. Saya akui pada mulanya agak sukar. Tetapi lama kelamaan anda akan biasa dengan keadaan sebegini dan percayalah, anda akan mula menyukainya. :)


Salam kejayaan untuk semua......

Emosi-emosi positif mendorong mereka untuk bertemu dengan berbagai jenis kejayaan - dari kejayaan kecil sampailah kepada kejayaan besar, termasuklah kejayaan menyelesaikan berbagai jenis masalah.

Kita dapat mempelajari sesuatu hari ini. Kekalkanlah emosi-emosi positif dalam diri kita selama yang mungkin, sedalam yang mungkin.

Teruskan melatih diri untuk berfikiran positif supaya dengan gabungan kedua-duanya, kita dalam mencapai kejayaan dalam hidup kita. Moga kita mencapai apa yang kita hajatkan dalam apa yang kita usahakan selama ini.

Fikiran positif ada kuasanya tersendiri dalam merubah hidup. Fikiran positif ia menemukan kita dengan situasi-situasi positif dan orang-orang positif. Akhirnya akan membuat kita bertemu dengan kejayaan-kejayaan yang selama ni kita selalu idamkan.Satu fokus anda dan kerjakan serta yang anda mampu mengubah nya...Biiznillahi....

  • Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
  • Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
  • Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
  • Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
  • Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
  • Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
  • Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
  • Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
  • Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
  • Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
  • Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
  • Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
  • Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
  • Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
  • Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
  • Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09