AWAS LABUR KO-OP....(BUKAN HPA)
Monday, November 9, 2009
JIKA ANDA INGIN BUAT PELABURAN KOPERASI.....AWAS JANGAN TERSALAH PILIH KO-OP YANG BANYAK MENJADI SKIM CEPAT KAYA...(lihat berita di bawah dari KOSMO)
SHAH ALAM - Sebanyak sembilan daripada 7,000 buah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di seluruh negara dikesan menjalankan skim cepat kaya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak terbabit dipercayai sengaja mewujudkan skim itu dalam bentuk koperasi semata-mata mahu mengaburi orang ramai supaya menjadi ahli.
Menurut beliau, koperasi tersebut juga didapati menawarkan keuntungan tinggi yang tidak munasabah kepada para pelabur sebelum sesuatu perniagaan dimulakan bagi menarik perhatian orang ramai.
"Contohnya sebuah koperasi yang menjalankan projek tanaman serai kononnya para pelaburnya boleh dapat pulangan keuntungan sehingga lima peratus sebulan atau 40 peratus setahun tetapi sebenarnya tiada projek dilakukan
ISMAIL SABRI menandatangani plak perasmian sempena pelancaran Koperasi Bela Rakyat negeri Selangor ..............Serai tak tanam, duit yang hilang. Di sini kita boleh nampak bagaimana orang mempercayai pertanian dan juga orang yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas 20,000 orang. Bangsa apalah agak-agaknya ini. Hahaha ...
p/s: Kalau sebuah sekolah memiliki 1,000 orang murid. Jumlah 20,000 orang mangsa penipuan ini bak 20 buah sekolah banyaknya.
0 ulasan: to “ AWAS LABUR KO-OP....(BUKAN HPA) ”
Post a Comment