Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

TEKNIK PENAFASAN;;;;;BETUL KAN  

Friday, December 11, 2009



Kita boleh hidup tanpa makanan selama beberapa minggu, tanpa air selama beberapa hari tetapi tanpa oksigen, kita akan mati hanya dalam masa beberapa minit. Jika kita inginkan tubuh badan yang bertenaga, amalkan menarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam. Semakin banyak kita masukkan oksigen ke dalam paru-paru melalui pernafasan, semakin banyak tenaga yang kita perolehi. Badan kita bekerja dengan adanya oksigen ibarat sebuah kereta yang bergerak menggunakan petrol.


Manfaat daripada menarik nafas dalam-dalam:
  • memberi tenaga
  • mengurangkan tekanan
  • memperbaiki immune system dalam badan
  • memperbaiki mood
  • memperbaiki kualiti darah disebabkan penambahan oksigen dalam paru-paru
  • membantu dalam proses nyah toksin
  • memperbaiki kualiti glands dalam tubuh kita.


Ramai di antara kita terlupa bagaimana untuk bernafas dengan cara yang betul. Jika kita perhatikan bayi bernafas, kita akan mendapati perut mereka mengembang setiap kali mereka menarik nafas. Inilah cara yang sepatutnya kita buat, iaitu bernafas dari diaphragm. Diaphragm bayi akan menarik masuk oksigen ke dalam paru-paru.



Semakin meningkat dewasa, tanpa disedari kita menukar cara pernafasan kita dari pernafasan diaphragm yang panjang dan dalam kepada pernafasan dada yang pendek. Untuk merasai pernafasan diaphragm, letakkan tangan di pinggang, kemudian tarik nafas dalam-dalam dan kembangkan perut. Tangan kita sepatutnya bergerak keluar ketika menarik nafas dan bergerak ke dalam ketika melepaskan nafas. Jika kita sentiasa praktis bernafas cara ini, ia akan menjadi semakin mudah. Jadikan pernafasan diaphragm ini sebagai satu habit dan kita akan menjadi lebih bertenaga.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09