story bermoral......hpa
Thursday, December 10, 2009
Satu malam tak la malam pun.... bahkan sudah masuk subuh...dalam pukul 1 pagi, di sebuah tempat di negara Philadelphia... sepasang suami isteri wargamas telah memasuki sebuah hotel yang kecil di pekan itu. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya, disertai pula dengan angin ribut.
Gambar sekadar hiasan
Menggigil kedua orang tua itu, lalu mereka menghampiri meja kaunter resepsyenis kat hotel kecil tersebut lalu bertanya kepada seorang pemuda yang tampaknya seperti pelayan di hotel tersebut.
"Nak, boleh kami menyewa bilik di sini malam ini...? "
Lalu jawab pemuda tersebut dengan ramah dan baik budi bahasanya.
"Maaf pak cik, makcik, bilik semua udah penuh... ada beberapa kompeni dah booking abih bilik2 nih... "
Terdiam kedua orang tua tu. Muka makcik tu udah mula berubah, cembeng... cam nak nangis dah... badannya menggigil kesejukan.
Lalu timbul rasa simpati si pemuda tadi.
"hmmm... tak apa la.... bilik saya ada.... kalu mak cik dgn pakcik nk tumpang, boleh je... tapi tk lah secantik bilik2 sewa yang ada kat sini.... ! Namun cukuplah untuk melindung pakcik dan makcik dari hujan ribut dan kesejukan subuh ini.." ...
Memula Pak cik dan Makcik tu musykil gak... budak ni bebetui ke???
Tapi setelah difujuk dan di yakinkan, bahawa beliau berniat baik, maka pakcik dan makcik tupun terima la offer pemuda tersebut.
Setelah siang, Pakcik dan makcik tu pun check out la... taim nak bayar, pemuda tu kata,
"Tak payahla....setakat menumpang di bilik kecil saya je...bukan bilik hotel pun... pakcik dan makcik adalah tetamu saya. Jadi, tidak perlu lah membayarnya...!"
Amat terharu pasangan orang tuha itu.
"Anak ni sepatutnya menjadi seorang manager dihotel yang terbaik di Amerika... " kata si Pakcik.
"Mungkin satu hari, saya akan membangunkan sebuah hotel untuk kamu...!" kata orang tua itu lagi.
Mereka bertiga ketawa sesama.... sudah tentu sipemuda menganggap ianya satu gurauan.
Setelah dua tahun peristiwa itu berlalu..... teng teng tenggggggggggg.!!!.. (cam intro dlm citer Pramlee...)
Satu hari, si pemuda yang hampir telah melupakan kejadian malam hujan ribut itu menerima sepucuk surat,
bersama tiket pegi balik ke New York untuknya. Isi kandungan surat itu mengingatkan beliau kepada peristiwa malam yang dingin itu.... baru lah beliau teringat kepada pasangan orang tua yang telah dibantunya itu.
Lalu pemuda bertuah itu pergi lah naik kapatebang ke Amerika Syarikat atau United States Of America... ke alamat yang telah diberikan dalam surat itu.
Sesampai di sana, pemuda itu terkezut yang bukan kekecik nya tekezut... tekezut giler !! bila beliau disambut oleh pasangan orang tua tersbut lalu di bawa pula ke sebuah bangunan hotel yang canggih...kira 7-8 bintang la .... lalu orang tua itu berkata,
Ini bukan hotel yang citerkan ni.. ni Pullman Resort kat Putrajaya.
"ini, hotel yang telah aku binakan untuk kamu. .... kamu kendalikan lah... aku lantik kamu jadik manager hotel ini. Kerana aku yakin, kamu adalah seorang manager yang baik, yang dapat memajukan hotel ini dengan kebaikan hati yang ada pada kamu."
Wahhhhh... pemuda itu rasa bagai nak pitam... tapi, misti la dia terima pelawaan orang tua itu. lalu dari seorang pelayan hotel, maka jadi lah beliau seorang manager di hotel terkemuka di Amerika Sarekat itu...
Itu lah ceritanya... dah...pegi tidur... dah malam ni... sok ade kijer ngantuk fulakk...
Moral of the story;(cerita ni ada moral...ni)
Sentiasalah berbuat baik dan ikhlas dalam menabur budi itu. Jangan pulak mengharapkan balasan. Allah Maha Mengetahui niat seseorang hambanya. Ganjaran besar menanti mereka yang ikhlas dalam berbudi. Kalau tidak di dunia, di akherat sana akan menerima balasan Allah.
Satu soalan ala teka teki yang cepucepuh dan lain2 kawan2 tk dapat nak jawab,..
Kalau bahasa melayu untuk United States of America adalah Amerika Sarekat... apakah bahasa melayu untuk United Kingdom??? Ha...tolong jawab pada sesaper yang pandai basa Inggeris tu... Hpa boleh....Jgn nyanyi 'Teman Sejati' masa ngigau udah le....
0 ulasan: to “ story bermoral......hpa ”
Post a Comment