Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

SELSEMA BABI SERANG PARU-PARU......  

Sunday, August 30, 2009

       vs  
WASHINGTON 29 Ogos - Doktor di seluruh dunia melaporkan kes-kes selesema babi dalam bentuk teruk yang terus menyerang paru-paru, menyebabkan pesakit yang biasanya golongan muda mengalami kegagalan sistem pernafasan yang serius sehingga memerlukan rawatan rapi berpanjangan di hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terkininya semalam mengenai pandemik itu berkata, beberapa negara melaporkan sehingga 15 peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus influenza A (H1N1) memerlukan rawatan rapi.

Masalah itu menimbulkan lagi bebanan ke atas sistem penjagaan kesihatan yang sudah pun tertekan, menurut WHO.

"Langkah-langkah persiapan perlu diambil bagi menghadapi kemungkinan meningkatnya permintaan terhadap unit penjagaan rapi yang dijangka tidak dapat menampung lonjakan tiba-tiba dalam bilangan kes teruk," ujar WHO.

Bentuk selesema yang teruk seperti selesema babi itu jarang dilihat dalam kes jangkitan selesema bermusim.

"Di kalangan pesakit HIN1, virus itu terus menyerang paru-paru, menyebabkan kegagalan pernafasan yang teruk. Menyelamatkan nyawa mangsa memerlukan rawatan sangat khusus dalam unit rawatan rapi, selalunya bagi tempoh lama dan melibatkan kos tinggi," kata WHO. - Reuters

Ulasan : Masihkah kita ingat lagi tentang selsema burung? Sehinggakan semua ayam dan itik yang dijangkiti dihapuskan. Manakala yang masih hidup ditangkap dan dibakar hidup-hidup. Tetapi apabila selsema babi menjangkiti manusia kenapakah BABI tidak dihapuskan....kalau nak ikutkan kenalah cari babi yang sakit.Barulah selsema babi tak menular keseluruh dunia. TAKKAN SEMUA RAKYAT dunia MAKAN BABI KOT.Haha... jawapannya mungkin masuk kedalam produk makanan, kosmetik dan lain-lain lagi.ONE Malaysia.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09