Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BILA LAGI.....NAK BANGANG SAMPAI BILA????  

Tuesday, June 1, 2010


Malaysia Kutuk Keras Serangan Israel Ke Atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan – Najib

“Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza,”

“seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu”.

“Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel,”

Serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa.-

- Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Perlancaran Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) 31.5.2010

PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) -- Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk tindakan Israel memintas armada kapal kecil yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza Isnin.

"Saya amat marah dengan pencabulan pasukan Israel terhadap orang yang tidak bersenjata. Saya pasti Israel akan kata orang ini membawa banyak senjata. Ini tidak masuk akal," katanya pada sidang akhbar di sini.

"Kami telah pastikan bahawa kesemuanya bukan pejuang dan mereka datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari Amerika dan Eropah," katanya.

"Niat mereka sebenarnya untuk belayar dengan bot bagi menghantar bekalan ke Gaza. Mereka tahu bahawa Israel akan menghalang mereka tapi kami tidak jangka bahawa Israel akan menggunakan kekerasan termasuk menembak dengan peluru hidup," katanya.

"Israel mendakwa orang ini mempunyai banyak objek-objek tajam. Saya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan objek-objek tajam," katanya.

Pada mulanya, armada kapal kecil itu mengandungi sembilan buah kapal, yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin dan pertubuhan hak asasi manusia Turki.

Sebuah daripada kapal itu, Mavi Marmara, diserang oleh tentera Israel pagi ini, berdekatan Gaza, dengan dua rakyat Malaysia -- seorang wartawan dan seorang jurukamera dari Astro Awani -- berada di atas kapal dengan nasib mereka masih belum diketahui.


Bagaimanapun, enam wakil PGPO selamat kerana mereka berada di atas kapal lain.
Dr Mahathir berkata arahannya kepada wakil PGPO untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika terdapat amaran daripada tentera Israel.

Sambil mengemaskini lokasi tiga kapal PGPO, mantan perdana menteri itu berkata mereka masih berada di Mediterranean dalam perjalanan ke Gaza.


Dr Mahathir berkata dua buah kapal mengalami kerosakan dan ini menyebabkan mereka ketinggalan jauh di belakang untuk menyertai enam kapal yang lain yang berkumpul lebih awal di Cyprus.
"Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mereka (kapal-kapal Malaysia) boleh tiba di Gaza," katanya. - BERNAMA

KATA AKU.....

Minumlah Milo dan Nescafe'....rasailah keenakan darah umat Islam seaqidah yang di bunuh Isreal....Makan lah sepuas puas nya KFC dan Mc D...dan rasailah betapa sedapnya meratah daging umat Islam yang di tembak oleh tentera Isreal tu....

Keluarkan duit dari simpanan anda dan yang tersimpan dalam Bank dan membeli belah "shopping till you drop" di TESCO...Giant...Carrefour...milik Yahudi untuk mereka dapat beli peluru bunuh umat Islam seterus nya...tak cukup troli bawa lori...shopping ..dan bila anda mati nanti suruh pemilik dan staff mereka kafan dan baca fatihah iringi jenazah anda ke kubur,,,Tq

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09