Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

Sabun Asiatica dan Berus Sabut  

Sunday, April 18, 2010

Assalammualaikum...

Sedikit perkongsian tentang sabun asiatica + berus sabut.

Kisah ini terjadi pada diri saya sendiri, 3 tahun yang lepas. Saya mengalami kegatalan pada kulit kaki berdekatan dengan buku lima. Pada mulanya saya sangka kaki saya hanya gatal biasa yang menjadi cecair kecil yang berwarna putih (air bisa). Tetapi bila cecair itu pecah ia mula terasa gatal dan mula merebak sehinggga menjadi bulatan sebesar duit syiling 50 sen. 10 hari selepas itu ia semakin membesar dan melarat.

Selepas itu saya pergi berjumpa dengan doktor dan doktor mengesahkan bahawa kaki saya ini kemungkinan dijangkiti kuman sejenis kulat. Jadi beliau memberi sejenis ubat untuk disapu. Sapu punya sapu kulat tak hilang-hilang juga.

Akhirnya saya tidak berpuas hati lalu bertanya kepada seorang pemimpin HPA yang terkenal dengan ceramah motivasinya. Apa yang beliau beritahu kepada saya berbunyi begini :

"Pada saat ini awak cuba guna sabun asiatica dan gosok dengan menggunakan berus sabut."

Lalu saya bertanya lagi ;
"Kenapa berus sabut"

Pemimpin itu menjawab:
"Kalo kau nak tahu pokok kelapa banyak kegunaannya, dari daun sampai kepada batangnya banyak manfaatnya."

Saya tanya lagi;
"Tak sakit ka bila di gosok"

Lalu beliau menjawab;
"Kau gosok ja....kalo sakit.....kau pejam mata"

Selepas daripada itu saya terus istiqamah menggunakan sabun Asiatica dan berus sabut dan hasilnya amat menakjubkan dan ia berkesan sekali. Sekarang kaki saya dah sembuh dan licin seperti sediakala. Jadi tidak rugi kalau kita mencuba......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09