gagal ....satu sikap
Friday, March 26, 2010
Apa yang banyak kita fikirkan, itulah akan banyak ditarik datang kepada kita. Kejayaan bermula dengan minda, kegagalan juga bermula dengan minda, bahkan dari minda. Bila kita banyak berfikir tentang kegagalan kemudian kita merasa kurang bersemangat, maka kesannnya kita akan ditemukan dengan lebih banyak kegagalan di masa akan datang. Fikiran kita menarik perkara-perkara yang serupa dengan apa yang kita fikirkan. Banyak-banyakkanlah berfikir tentang kejayaan supaya Anda ditemukan dengan banyak jenis kejayaan, sama adakejayaan-kejayaan kecil atau kejayaan-kejayaan besar. Fikiran kita bertindak seperti doa. Lebih banyak kita berfikir pasal sesuatu, tamsilannya samalah seperti kita banyak berdoa meminta sesuatu. Kita banyak berfikir pasal kejayaan, samalah seperti kita banyak berdoa supaya kejayaan didatangkan kepada kita. Ramai di kalangan kita mahu keluar dari kegagalan – misalnya gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam pekejerjaan, gagal dalam aspek kekeluargaan. Masalahnya, mereka masih terperangkap dalam minda kegagalan. Asyik berfikir pasal kegagalan lalu dan rasa menyesal tak sudah-sudah. Bangkit dari kegagalan satu perkara yang memerlukan kemahiran. Anda perlu mahir mengawal apa yang selalu bermain di fikiran. Anda perlu mahir mengawal kata-kata yang terucap di hati, yang bermain di minda juga yang Anda ucapkan pada diri sendiri. Keluar dari kegagalan boleh dilakukan, Anda cuma perlu belajar bagaimana melakukannya.Kegagalan bermula di minda
0 ulasan: to “ gagal ....satu sikap ”
Post a Comment