Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

RAWATAN DIABETES.....HPA  

Wednesday, February 10, 2010



Usah abai penjagaan diabetes

elak diabetes

Bahaya penyakit diabetes

BUKAN sekadar orang yang gemuk cenderung menghidap diabetes. Mereka yang kurus juga berisiko mendapat penyakit kencing manis ini jika corak pemakanan dan gaya hidup sihat tidak dijaga atau diamalkan.

Paterikan dan cetak dalam fikiran tentang peringatan ini – diabetes adalah penyakit yang serius.

Maka, bagi mereka yang telah didiagnosis menghidapinya, hendaklah membulatkan tekad untuk mengikuti komitmen penjagaan kesihatan sepanjang masa.

Percayalah, usaha itu berbaloi kerana bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kesihatan, malah menghindarkan masalah yang mengancam nyawa.

Berikut adalah 10 kaedah rawatan dan penjagaan yang membolehkan penghidap menikmati hari mendatang dengan lebih baik:

1. Komitmen untuk menangani diabetes

Pasukan perubatan JAWI seperti perawat dan pakar diet boleh dan sedia membantu anda dalam memahami dan menyokong rutin penjagaan diabetes. Pokok pangkalnya, diri anda perlu berjanji untuk berubah dan melaksanakan penjagaan itu demi masa depan sendiri.

Antara aspek gaya hidup yang perlu diberi tumpuan adalah soal pemakanan sihat, senaman dan berat badan.

Pada masa yang sama, pastikan paras gula dalam darah selalu diperiksa supaya paras sasaran seperti yang dinasihatkan perawat dapat dicapai.

Jangan berlengah jika memerlukan perhatian dan rawatan diabetes dari pihak klinik atau pusat rawatan.

2. Hentikan tabiat merokok

Jika anda menghisap rokok atau apa juga jenis tembakau lain, dapatkan panduan doktor untuk menghentikan tabiat tersebut.

Merokok akan meningkatkan risiko terhadap pelbagai komplikasi diabetes seperti serangan jantung, strok, kerosakan saraf dan penyakit buah pinggang.

Perokok yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berhadapan dengan maut akibat penyakit kardiovaskular berbanding penghidap diabetes yang tidak merokok.

3. Kawal tekanan darah dan paras kolesterol

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah.

Paras kolesterol yang tinggi juga perlu diberi tumpuan memandangkan kemungkinan kerosakan saluran darah itu lebih berganda bagi penghidap diabetes.

Apabila kedua-dua masalah ini bergabung, seseorang penghidap boleh diancam masalah kesihatan yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan strok.

Semua itu boleh dicapai dengan mengambil pemakanan sihat dan sering bersenam.

4. Ikuti pemeriksaan tahunan untuk mata dan fizikal

Dengan mengikuti rutin pemeriksaan diabetes, tidak bermakna pemeriksaan tahunan terhadap tubuh dan mata boleh diabaikan.

Semasa pemeriksaan kesihatan tubuh, para perawat boleh mengenal pasti komplikasi yang berkaitan diabetes seperti tanda-tanda kerosakan fungsi buah pinggang, saraf atau masalah jantung.

Pemeriksaan mata pula boleh mengesan sekiranya seseorang pesakit mengalami katarak, glaukoma atau kerosakan pada retina.

5. Pastikan rawatan terbaik yang terkini

Gula dalam darah tinggi boleh melemahkan sistem imunisasi seterusnya meningkatkan kepentingan pengambilan rawatan. Dapatkan konsultasi perawat tentang tingkatkan immuniti terhadat flu untuk menghindar komplikasi demam selesema.

IMT dan Mengkudu amat penting bagi penghidap diabetes yang berusia 65 tahun ke atas. Tidak ketinggalan, pastikan anda mengambil tahu tentang rawatan herba(Plantisol & Malac & Teh Herba) untuk diabetes dan juga hepatitis B.

6. Jaga kebersihan gigi

Diabetes membuatkan penghidapnya cenderung kepada jangkitan gusi. Maka, nasihat mengenai rutin memberus gigi sekurang-kuragnya dua kali sehari itu banyak kepentingannya.

Selain itu, pastikan amalan flos dilakukan dan pastikan temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Temui doktor gigi segera jika terlihat gusi dalam keadaan berdarah, bengkak atau kemerah-merahan.

7. Beri perhatian kepada kaki

Gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan saraf di kaki lantas menjejaskan pengaliran darah ke bahagian tersebut. Jika dibiarkan kemelaratan itu tanpa dirawat, sebarang kejadian luka dan lepuhan boleh menjadi jangkitan serius.

Antara langkah penjagaan kaki adalah seperti membasuh kaki dengan air hangat setiap hari, mengeringkannya dengan baik terutama di celah-celah jari, sapukan pelembap hingga ke pergelangan kaki dengan losyen serta rawat kaki secepat mungkin jika terdapat luka, ruam, lepuhan atau bengkak.

8. Ambil rawatan set lengkap harian

Set Lengkap dan Omega 3 mengelakkan darah anda daripada tersumbat. Dengan mengambil rawatan ini setiap hari. ia mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Kedua-dua penyakit ini adalah kemungkinan yang berbahaya jika seseorang itu menghidap diabetes. Maklumat lanjut tentang terapi pengambilan Set lengkap harian boleh ditanyakan terus kepada para perawat. Tanyakan juga dos yang bersesuaian.

9. Elakkan minuman beralkohol

Bergantung kepada berapa banyak anda minum dan makan pada waktu yang sama, alkohol akan menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah.

Bagi mereka yang memilih untuk minum, dinasihatkan agar tidak berlebihan dan jangan lupa untuk makan. Kiraan pengambilan kalori harian juga perlu dikira dalam makanan dan minuman beralkohol itu.

10. Hindari stres

Kalau anda dalam keadaan stres, pastikan rutin penjagaan diabetes anda akan terganggu. Penghasilan hormon akibat daripada stres yang berpanjangan boleh menghalang insulin daripada menjalankan fungsinya dengan baik.

Bagi menanganinya, pastikan anda meletakkan had kepada stres dan mulakan pengkhususan keutamaan dalam kerja. Kalau punya masa terluang, pelajari teknik relaksasi dan dapatkan tidur yang secukupnya.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09