Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

SOLAT & REFLEXOLOGY.....?????  

Friday, December 4, 2009





Kali ni kita berkongsi info tentang kebaikan duduk iftirash atau duduk ketika tahiyyat akhir. Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarajah refleksologi di atas, kita dapati kaki kanan mendapat tekanan di bahagian atas dan kaki kiri kita dapat tekanan di bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi tekanan refleksologi yang menyeluruh. Tapi bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat tekanan refleksologi untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands dan sebagainya seperti dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga kesihatan yang menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat dan sebagainya.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw apabila Baginda duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)-Hadith sohih riwayat al-Bukhari.

Pengajaran dari hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.Wallahua'lam..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09