sedikit.....HALAL & HARAM
Thursday, December 17, 2009
Q. Apa beza makanan halal dan haram? Kita lihat ramai orang yang makan benda haram tapi baik perangainya dan ada yang konon makan benda halal tapi buruk perangai.
A. Pertama... Baik atau buruk sesuatu itu bukan akal yang menentukan tapi agama. Apa yang Tuhan suruh itu semuanya baik dan apa yang Tuhan larang semuanya buruk. Seorang itu suka tolong orang, tidak bohong, tidak fitnah maka dia orang baik, tetapi jika tidak solat maka tidak ada kebaikan padanya menurut agama.
Kedua... Halal bukan sahaja pada bendanya tapi sumbernya. Makan minumnya halal tapi dibeli guna wang haram atau syubhat maka tidaklah halal namanya.
Adapun beza makanan halal dan haram bukan pada sangat unsur zatnya tapi pada unsur ruhaninya. Dari segi rasa, ayam goreng yang tidak halal munkin sama saja dengan ayam goreng yang halal tetapi... makan ayam goreng halal mendekatkan seseorang pada Tuhan (rajin serta mudah beribadat) manakala makan ayam goreng haram menggelapkan hati dan menjauhkan seseorang dari Tuhan (malas solat, malas ngaji dsb.)
"Tidak wajar bagi seorang beriman, jika Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu, tapi dia memilih yang lain..." Al-Ahzab 33:36.
Moga kita patuh dengan paraturan halal dan haram Allah demi kesejahteraan hidup dunia akhirat.
0 ulasan: to “ sedikit.....HALAL & HARAM ”
Post a Comment