KFC- BAHAYA MAKANAN INI
Monday, October 19, 2009
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Puas saya mencari-cari di laman web apakah resepi rahsia yang digunakan untuk ayam goreng KFC yang popular dan mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat ayam goreng di negara ini, akhirnya saya jumpa dokumen yang boleh dipercayai. Dokumen ini telah lama saya simpan di dalam hard disk saya sejak 2 tahun yang lalu, baru kali ini saya ingin dedahkan kepada pembaca sekelian. Ia juga atas permintaan seorang pembaca yang minta saya post artikel berkenaan makanan fast food ini. Dalam dokumen ini, ia menyatakan kali terakhir dikemaskini pada Mei 2007.
Apa yang saya perhatikan, resepi yang digunakan untuk ayam goreng adalah pelbagai, berbeza-beza mengikut jenis hidangan atau ianya boleh berubah mengikut keperluan semasa, kemungkinan jika kekurangan stok bahan-bahan, mereka juga akan bergantung kepada pembekal bahan mentah, menukar pilihan resepi yang lain dengan rasa tidak berubah. Resepi ini adalah formula standard yang disediakan di rangkaian restoran KFC di Amerika, kemungkinan ianya tidak banyak berbeza dengan resepi KFC di Malaysia.
Berikut kandungan yang tersenarai dalam Original Recipe Chicken:
Ayam segar direndam dengan: garam, sodium fosfat, monosodium glutamat
Disalut dengan: tepung gandum, natrium klorida, trikalsium fosfat (sebagai anti-pengerakan), susu kering tanpa lemak, putih telur yang dikeringkan, bahan perasa resepi rahsia Colonel Sanders, susu, gandum dan telur. Ini hanya resepi untuk ayam sahaja, belum lagi ditambah dengan minyak untuk menggoreng.
Untuk minyak masakan yang digunakan, berikut antara yang disenaraikan:
hydrogenated vegetable oil, hydrogenated soybean oil, minyak sayuran
Bahan rahsia Colonel Sanders masih tidak didedahkan oleh pihak KFC, dan ia tentu suatu yang pelik kerana mereka tidak perlu dedahkan di dalam senarai kandungan. Walau apapun bahan rahsia yang digunakan, pada pandangan saya, tidak hairan ayam KFC menjadi lebih 'sedap' kerana kandungan Monosodium Glutamat atau MSG-nya. Sebahagian pengusaha mee segera seperti Maggi dan Yeo's menggunakan istilah Mononatrium Glutamat, kerana Natrium dan Sodium adalah bahan kimia yang sama. Inilah rahsia sebenar di sebalik kelazatan ayam KFC, bukan kerana resepi rahsianya. Ayamnya direndam terlebih dahulu di dalam larutan MSG membuatkan rasa ayamnya begitu berbeza dan lebih 'sedap' dari ayam lain. Bahan rempah-ratus rahsia yang diyatakan kemungkinan hanya 'gimik' semata-mata untuk menarik pelanggan. Saya menyedari kandungan MSG di dalam ayam KFC sejak menemui dokumen ini, dan sejak itu tidak lagi mengunjungi restoran KFC.
MSG adalah bahan kimia bertoksik index glikemik tinggi yang boleh mendatangkan masalah obesiti. Ia merangsang deria rasa supaya kita menjadi ketagihan terhadap sensasi rasanya, memutuskan tabiat mengawal pemakanan kerana anda tidak akan terasa kenyang walaupun anda sudah makan dengan banyak.
Minyak hydrogenated pula adalah lemak trans yang merbahaya yang mengumpulkan plak-plak di dalam saluran darah dan boleh menyebabkan masalah jantung.
Walau apapun yang dinyatakan di atas, terpulang kepada anda. Jika masih tidak dapat meninggalkan makanan kegemaran anda ini, Nasihat saya berhenti serta jangan dekati makanan ini atau anda boleh teruskan memakannya tetapi mengambil risiko mendapat obesiti dan masalah jantung. Mungkin buat masa ini, anda tidak rasa apa-apa masalah, tetapi tunggu saja di kemudian hari - kerana proses pengumpulan plak boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum ia menyumbat saluran darah anda. Anda perlu memakan secara kerap dan banyak untuk mempercepatkan proses serangan jantung dan masalah obesiti!
0 ulasan: to “ KFC- BAHAYA MAKANAN INI ”
Post a Comment