Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

ISTIMEWA PBC ..KURSUS HEBAT HPA...  

Thursday, September 24, 2009




1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.

4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.
aa.Peraturan Kursus PBC
PENGURUSAN :
1. Semua peserta diminta mengikuti kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dengan sepenuh hati dan kesungguhan.
2. Para peserta diwajibkan mengikuti setiap modul yang telah ditetapkan dari awal hingga tamat dengan sempurna.
3. Para peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa anak-anak kecil ataupun bukan peserta ke dalam dewan kursus.
4. Para peserta diwajibkan memakai tanda nama 'Peserta PBC' yang disediakan sepanjang kursus termasuk ketika berada di bilik jamuan.
5. Hanya peserta yang berdaftar dibenarkan untuk menikmati jamuan. Sesiapa yang bukan peserta yang ingin makan bersama akan dikenakan bayaran mengikut kos setempat penganjuran kursus.
6. Peserta yang meninggalkan mana-mana modul sepanjang program yang diadakan tanpa kebenaran rasmi tidak akan dikira sebagai peserta kursus PBC sekaligus tidak akan diberikan borang penyertaan PBC di penghujung kursus (tiada kenaikan pangkat PLX).
7. Mana-mana peserta yang terpaksa meninggalkan kursus PBC atas sebab-sebab kecemasan perlulah melaporkannya kepada Pengarah Kursus PBC atau urusetia yang bertugas sebelum meninggalkan kursus.
8. Peserta tidak dibenarkan memilih rakan sebilik sebaliknya akan ditetapkan oleh urusetia kursus PBC.
9. Semua peserta diminta untuk mematikan nada dering telefon bimbit sepanjang kursus diadakan dan dinasihatkan agar tidak menggunakannya ketika mengikuti modul.

PAKAIAN :
1. Para peserta diminta untuk memakai pakaian yang menutup aurat, kemas (lelaki dianjurkan untuk memakai kemeja, seluar slack & berkasut) dan beradab (menunjukkan akhlak Islam).
2. Tidak digalakkan untuk memakai T-Shirt dan berselipar.
3. Tidak dibenarkan memakai seluar 'jeans'.

PARA PESERTA PERLULAH MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN, ETIKA DAN ARAHAN YANG DIKELUARKAN URUSETIA KURSUS PBC SEPANJANG MENGIKUTI KURSUS INI.

MANTAPKAN PBC
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Pihak syarikat telah menetapkan satu pekeliling baru bagi program PBC 2009.
1. Peserta yang berumur 17 tahun kebawah tidak dibenarkan mengikuti Program PBC ( Timbul masalah komunikasi dikalangan peserta ).
2. Proksi yang dibenarkan hanyalah ibu atau bapa sahaja. Orang lain tidak dibenarkan sama sekali.
3. Kanak – kanak yang dibenarkan untuk ditaja oleh ibu atau bapa adalah atas faktor pewarisan.
4. Setiap program PBC yang diadakan,WAJIB ada sekurang – kurangnya tiga (3) orang PJS bagi kapasiti peserta 30 orang keatas dan tinggal bersama sepanjang program berlangsung ( 2 hari 1 malam ).
5. Pihak syarikat memandang serius dan TIDAK AKAN MENGIKTIRAF mana–mana program PBC yang tidak mematuhi arahan tersebut (PROGRAM TERSEBUT DIANGGAP TIDAK SAH DAN SECARA AUTOMATIK TERBATAL KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT PLX BAGI PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM TERSEBUT ).

petikan dari blog GM

APA ADA PADA PBC!!!!!!
APA PBC?????

PROGRAM HEBAT Untuk Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul PBC
Antara modul yang akan diberikan adalah
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH…

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09