Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

IBADAH DAN ERTI NYA.......  

Monday, September 7, 2009




Puasa Ramadhan adalah ibadat yang mengukur kejujuran seseorang. Itu antara keistimewaannya berbanding solat dan ibadat-ibadat lain. Puasa Ramadhan adalah ibadat yang amat mudah bagi golongan muslimat; dan ibadat yang amat berat bagi golongan lelaki. Itu sebab majoriti muslimat tidak meninggalkan puasa Ramadhan, kecuali uzur. Dan ramai lelaki yang tidak berpuasa Ramadhan atau berpura-pura berpuasa. Justeru, jika anda memilih lelaki untuk dijadikan suami atau menantu maka pilihlah yang elok juga puasanya. Solat Fardhu adalah ibadat yang mengukur kesetiaan seseorang. Itu antara keistimewaannya berbanding ibadat-ibadat lain. Solat Fardhu adalah ibadat yang amat mudah bagi golongan lelaki; dan ibadat yang amat cerewet bagi golongan perempuan. Itu sebab majoriti lelaki melakukan solat dan ramai juga wanita yang malas untuk bersolat. Justeru, jika anda memilih perempuan untuk dijadikan isteri atau menantu maka pilihlah yang elok juga solatnya. Lelaki yang baik puasanya berkahwin dengan perempuan yang baik solatnya, maka rumahtangga mereka dihiasi dengan kejujuran dan kesetiaan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09