Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

SEJARAH....PENANTI MENANTI PENANTI  

Thursday, May 7, 2009


Mengapa Penanti Ditakuti.. Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penanti) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.. 1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera. 1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara.. akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa.. 1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat perniagaan terkenal, startegik dan .. Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar, termasuk kedai kopi Haji Karim Kubang Ulu, Kedai kopi paku lima Penanti untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. . Seminggu selepas itu.. FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik) Alfonso: selamat pagi Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Pulau Pinang.. Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak) Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.. Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.. Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ. BN.. HANG ADA BERANI KA..? ...HPA MENYEDIAKAN RAWATAN HERBA UNTUK KESIHATAN ANDA.....!!!!!!

.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09