MARI HAYATI BERSAMA
Monday, April 27, 2009
Dikisahkan ada seorang pengembara telah melawat sebuah pusat pelancongan di Thailand. Di sana terdapat seekor gajah yang besar yang telah dirantai. Pengembara itu kehairanan dan tertanya-tanya kenapa gajah itu tidak melepaskan diri walhal rantai itu kelihatan halus sahaja.
Lalu ia pun bertanya kepada pengembala gajah yang ada di situ akan rahsia yang digunakannya. Maka pengembala itu menjawab ;
" Sebenarnya gajah itu telah dirantai sejak kecil lagi. Dan rantai yang halus itu tidak pernah dicabut pada badannya sehinggalah ia dewasa. "
Maka fahamlah si pengembara tadi bahawa gajah itu sebenarnya sudah tertipu oleh dirinya sendiri. Hanya kerana kegagalannya untuk memutuskan rantai itu ketika kecil, apabila besar kegagalan tadi terus tersemat dalam mindanya.
Maka kita demikianlah juga. Kadangkala kita menganggap kegagalan dan kesusahan yang lepas akan berterusan hingga kini walhal masa sudah berubah, teknologi sudah berubah dan persekitaran juga sudah berubah.
Kenapa kita tidak terus mencuba?
AYUH MARI KITA BERUBAH...
"A person who has a dream knows what he is willing to give up in order to go up"
Seseorang yang mengimpikan kejayaan akan sanggup mengorbankan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu. Meskipun hidupnya serba kekurangan, tanpa suapan kemewahan, tanpa dilimpahi kekayaan wang ringgit, tapi dia masih memiliki keinginan untuk berubah !
Ya, kita perlu berubah untuk berjaya. Bukan seperti gajah di atas, anda mesti set impian anda untuk berubah menuju kejayaan.
SIBUKKAN DIRI KITA DENGAN MEMBURU IMPIAN BERSAMA HPA!
0 ulasan: to “ MARI HAYATI BERSAMA ”
Post a Comment