HARI-HARI ANDA
Thursday, April 16, 2009
Setiap pagi, ketika aku melangkah ke tempat kerja, apakah aku merasakan diri aku seperti orang biasa-biasa sahaja?
Malah subuh tadi, ketika aku terjaga daripada tidur, aku berasa diri aku paling tidak bermaya?
Seperti biasa aku terkejut dengan deringan jam loceng. Tangan aku sepantas spring menangkap punatnya dan jam itu pun senyap. LALU AKU MENYAMBUNG MIMPI SEMULA.......
BETAPA MALANGNYA NASIB AKU YANG TELAH MELAZIMKAN TINDAKAN SPONTAN INI BERTAHUN-TAHUN LAMANYA.
RASULULLAH S.A.W juga bersabda yang bermaksud :
"Apabila salah seorang antara kamu tidur maka syaitan akan mengikat seutas tali ditengkuk kepalanya. Syaitan memukul seyiap simpul sambil berkata : "MALAM YANG PANJANG, TIDURLAH". Bila kamu bangun dari tidur lalu kamu menyebut nama ALLAH, maka lepaslah satu ikatan. Jika kamu berwudhuk, maka lepaslah satu ikatan tadi. Jika kamu solat maka terlepaslah ikatan yang terakhir sehingga kamu bangun pagi dengan cergas dan jiwa yang bersih. Jika tidak maka kamu akan bangun pagi dalam keadaan jiwa yang kotor."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah. Jadilah kamu seorang yang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang bersyukur kepada Allah. Sedikitlah ketawa kerana banyak ketawa itu memetikan hati".
(Riwayat Al-Baihaqi)
0 ulasan: to “ HARI-HARI ANDA ”
Post a Comment