Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

BERIANI LAUK AYAM ORGANIK MK12A  

Thursday, March 5, 2009



BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam ORGANIK HPA MK12A (potong lapan)
5 sudu besar rempah beriani ayam
5 sudu besar tomato sos HPA
3 sudu besar sos cili HPA
1 cawan minyak sapi/ZAITUN
100 gm daun ketumbar (hiris kasar)
2 cawan susu KAMBING FH26
70 gm gajus goreng
1/2 cawan kismis FH09 goreng
6 tangkai cili hijau (patah dua)

BAHAN TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
7 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
5 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:


Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam bukit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun OLIVE OIL FH11, dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau dan kuning.
Kemudian masukkan rempah beriani, kismis, sos cili, tomato sos dan daun ketumbar.
Tumis hingga pecah minyak. (LANGKAH A) Tuangkan satu cawan air dan biarkan kuah mereneh selama setengah jam sebelum dituangkan susu kambing.
Bubuhkan garam, cili hijau dan MADU. Biarkan mendidih lagi.
Masukkan ayam dan gajus. Biarkan kuah pekat, dan hendaklah sentiasa digaul kerana ia mudah berkerak. Kerak mudah terbentuk kerana kita menggunakan susu kambing. Rasa beriani AYAM ORGANIK mestilah manis kerana untuk seimbangkan rasa masam tomato sos dan sos cili.
Jika anda ingin menggantikan ayam dengan da­ging lembu organik MK02, daging yang dicuci bersih dan masukkan langkah A. Daging hendaklah dipotong tebal (4cm x 6cm) dan beli daging yang mudah empuk seperti bahagian topside...Beras yang di gunakan boleh di campurkan dengan dua genggam beras perang organik MK17...SELAMAT MENCUBA...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09