KURSUS SEMBELIHAN
Wednesday, October 29, 2008
Panel Syariah HPA pada hari ini (Isnin, 20 Oktober 2008) telah mengadakan kursus Sembelihan Syarak untuk staf-staf HPA yang terlibat dengan penyembelihan dari seluruh Malaysia.
Kursus diadakan di Pusat Penyembelihan HPA di Batu 6 Jln. Kodiang-Changloon dan disampaikan oleh Pengerusi Panel Syariah HPA iaitu Ybgh. Us Ahmad Ali. Kursus bermula jam 9.30 pagi dengan penerangan tentang syarat-syarat dan kaedah penyembelihan mengikut Syarak, kemudian diikuti dengan praktikal sembelihan, di mana semua staf/peserta yang terlibat diminta melakukan sembelihan dengan diperhatikan oleh Us. Ahmad Ali. Semua peserta/staf yang menghadiri kursus akan diberikan sijil oleh Panel Syariah sebagai pengakuan bagi kelayakan menyembelih.
0 ulasan: to “ KURSUS SEMBELIHAN ”
Post a Comment