Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

KURMA...KISMIS...DAN MADU....HPA  

Saturday, January 16, 2010





Kebaikan Kurma, Kismis dan Madu

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin:
Adalah amat baik sekali jikawanita mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Ab
u Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu saitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang b
aik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Nabi Muhammad SAW bersab
da: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makan
an kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".


2. KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan

tertimpa penyakit kecuali kematian".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan

kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


3. MADU
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit didalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RAMAI YANG DAH TAHU......  

Friday, January 15, 2010



Mari kita lihat beberapa barangan atau produk yang sama tetapi berlainan jenama, tetapi kita memberinya nama jenama yang sama.

Apa-apa mi segera disebut MAGGI.
Apa-apa ubat gigi disebut COLGATE.
Apa-apa marjerin disebut PLANTA.
Apa-apa
instant coffee disebut NESCAFE.
Apa-apa bekas makanan disebut TUPPERWARE.
Apa-apa penyedut hampa gas disebut HOOVER (ter
apply di UK).
Apa-apa pita pelekat disebut SELLOTAPE.
Apa-apa kelalang disebut THERMOS.
Apa-apa minyak rambut disebut CODE 10 atau BRYLCREAM.
Apa-apa cecair pemadam disebut LIQUID PAPER.
Apa-apa mesin fotokopi disebut XEROX (suatu ketika dulu).
Apa-apa ubat kumur disebut LISTERINE.
Apa-apa tuala wanita disebut MODESS (
once upon a time).
Apa-apa bijirin serbuk disebut NESTUM.
Apa-apa pengilat logam disebut BRASSO

Rasa-Rasanya ada lagi beberapa produk lain yang saya terlupa. Bolehlah anda senaraikan lagi!
MARI KITA UBAH DAN BERTINDAK CERDIK DAN CEMERLANG HARI INI UBAH::::::
Apa-apa produk gunaan kita pastikan HPA...."PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KAWAN...KAWAN....DAH PJM RUPA NYA...  

Thursday, January 14, 2010




Oh kawan-kawan ku......

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL...
Mula-mula kejar...
dah dapat sepak....

2) kawan tu bukan macam main SKATE...
Mula-mula gosok...
lepas tu pijak...

3) kawan tu bukan macam main RAGBI...
Mula-mula tangkap...
dah dapat tendang...

4) kawan tu bukannya macam PAMPERS...
dah pakai..,
buang...

5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS...
Waktu baru beli pakai...
dah sengkek gadai...

6) kawan tu bukan macam PELANGI...
Hari cerah takde...
hujan gerimis baru muncul...

7) kawan tu bukan macam KERETA...
Rosak sikit.., jual...
ambik kereta baru...

8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE...
kejap ada..
kejap tak ada...

9) kawan tu bukan macam main GOLF..
mula-mula pukul...macam marah....
lepas tu cari....senyum....

10) kawan tu bukan macam BANK...
Bila dah takde duit..,
pergi kat sana ambil...

11) lagi..... kawan tu macam apa ye????

Haa... kawan tu macam AWAK LA . . .
bila saya hantar SMS atau email,
awak akan baca SMS atau email saya dengan teliti sampai
habis....dan tersenyum...

Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan...
bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan
sebagainya.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang
tentang pelbagai perkara.

Yang penting.., seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada
kawan-kawannya...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


TERAPI AIR....TERAPI AIR...TERAPI AIR...  

Wednesday, January 13, 2010




Terapi Air - Aneh Tetapi Nyata

Hanya meminum air putih yang bersih, higienis, bebas pencemaran dan asli, dengan cara yang tepat maka penyakit-penyakit di bawah ini dapat disembuhkan. Anda tidak akan percaya sebelum melakukannya. Marilah kita lihat senarai penyakit yang dapat disembuhkan oleh terapi ini:

1. Sakit kepala

2. Darah tinggi

3. Kurang darah

4. Rematik

5. Lumpuh

6. Kegemukan

7. Radang pernafasan

8. Radang selaput lender

9. Batuk

10. Mabuk, pusing, gamang

11. Ganngguan buah pinggang

12. Asma

13. Bronkitis

14. TBC paru-paru

15. Radang otak

16. Batu ginjal

17. Penyakit saluran kencing

18. Ambeien

19. Cirit-birit

20. Kelebihan asam urat

21. Disentri

22. Sembelit

23. Hosthortobics

24. Kencing manis

25. Penyakit mata

26. Radang tenggorokan

27. Leukimia

28. Haid tidak teratur

29. Kanser peranakan

30. Kanser payudara

31. Pendarahan mata, mata merah

Bagaimana air minuman bekerja?

Minuman air minuman dengan cara yang tepat dapat memurnikan tubuh dengan sempurna. Hal itu membuat usus berkerja dengan lebih efektif untuk membentuk darah baru, dalam istilah medis dikenali sebagai aematopaises. Bahawa mucosalfold pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh cara ini, merupakan fakta tak terbantah, seperti teori yang menyatakan bahawa darah segar diproduksi oleh mucousalfold ini.

Bila usus bersih, maka gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja mucousalfold, maka gizi makanan itu diubah menjadi darah baru.

Darah merupakan hal paling penting dalam menyembuhkan serta memelihara kesihatan, dan kerana itu air hendaknya dikonsumsi dengan teratur.

Bagaimana melakukan terapi air ini?

  1. Pagi hari ketika anda baru bangun tidur (bahkan sebelum anda mengosok gigi terlebih dahulu) minumlah 1.5 liter air, iaitu 5 hingga 6 gelas. Lebih baik air disukat terlebih dahulu sebanyak 1.5 liter.
  2. Sangat penting untuk diketahui bahawa jangan minum atau makan apa pun satu jam sebelum dan sesudah minum 1.5 liter air ini.
  3. Juga telah diteliti dengan seksama bahawa tidak boleh minum minuman beralkohol atau bergas pada malam sebelumnya.
  4. Apakah mungkin minum 1.5 liter air sekaligus? Untuk permulaan, mungkin anda akan merasa sulit meminum 1.5 liter air sekaligus, tapi lambat laun akan terbiasa juga. Sebagai awal latihan, anda boleh minum 4 gelas dahulu dan bakinya yang 2 gelas diminum dua minit kemudian. Awalnya anda akan buang air kecil 2 sampai 3 kali dalam satu jam, tetapi setelah beberapa lama akan kembali normal.

Menurut penelitian dan pengalaman, penyakit-penyakit berikut diketahui dapat disembuhkan dengan terapi air ini dalam waktu seperti tertulis dibawah ini:

  • Sembelit – 1 hari
  • Asam urat – 2 hari
  • TBC paru-paru – 3 bulan
  • Tekanan darah/darah tinggi – 4 minggu
  • Kencing manis – 7 hari
  • Kanser – 4 minggu

Catatan:

Disarankan penderita radang/sakit persendiaan dan rematik melaksanakan terapi ini tiga kali sehari, iaitu pagi, tenghari dan malam – satu jam sebelum makan – selama satu minggu. Setelah itu dua kali sehari sampai penyakit sembuh. Kami mohon sangat, cara diatas di ikuti dan dipraktikan dengan seksama.

Tanpa perbelanjaan besar, gunakan anugerah Allah s.w.t. semuga manusia seluruh dunia bahagia dan ceria. Sembuh penyakit dengan izin Maha Kuasa.

Sumber: Prof. S.Perriasamy DIM & D ACC Bohiraj Vedante Maharish Charity Kanta Health and Reserch Centre, India

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


UNGKAPAN....LAA TAHZAN...  

Tuesday, January 12, 2010




Dia berkata : "Langit sedih dan terlihat murung" Aku berkata : "Tersenyumlah! Biarkan kemurungan itu ada di langit!" Dia berkata : "Kesamaran telah merasuk!" Aku berkata : "Tersenyumlah! Dukacita tidak akan pernah kembali sebab ia telah mati" Dia berkata : "Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka jahannam. Dia khianati janji setelah merenggut hati ku. Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?" Aku berkata : "Tersenyum dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh umur mu dalam kepedihan!" Dia berkata : "Malam-malam ku berlalu dalam kepahitan" Aku berkata : "Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihat mu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung. Apakah dia akan melihat mu jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri? Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulut mu terdiam dan raut muka mu menampilkan kesedihan. Tersenyumlah! Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan. Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang." Dia berkata : "Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap akan pergi walau terpaksa." Aku berkata : "Tersenyumlah! Selagi hayat dikandung badan. Selama engkau masih hidup sebab.. Sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum..." Puisi Iliyya Abu Madhi.. Rujuk Buku Laa Tahzan, Jangan Bersedih, Don't Be Sad oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni untuk puisi penuh.. Saya sekadar memetik beberapa rangkap yang serasa telah menyergap jiwa.. Ketika iman sedang melawan rasa yang tidak terluah, bergelut untuk mencari erti akan semua yang telah terjadi, saya cuba menghayati isi buku ini.. Sudah ke mukasurat 200, bimbang amat seandainya sekeping hati ini mati.. Alhamdulillah, sehari dua ini bagai ada secubit kelapangan dikurniakanNya.. Hati kecil saya bersuara, mungkin kerana bau-bau Ramadhan yang kian hampir.. Sedang sebenar, diri ini terlalu takut akan mungkir dan mengulang lagi.. Bukan mudah untuk saya kembali ke laman ini, tetapi bagai ada merpati yang menghantar utusan pagi ini membuatkan saya menggagahkan jari jemari ini untuk menitipkan baris-baris kata.. Kerana kuatnya kaitan yang tersulam, inshaALLAH sekuntum pasti akan menjadi sejambak.. Tersenyumlah! Sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum =) Balasan kehidupan ini bukanlah kemuliaan.. Wallahul' musta'aan..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


TOP 10 HPA.....ANDA BERSEDIA..!!!!!  

Monday, January 11, 2010



1)Tetapkan matlamat jangka pendek(harian,mingguan dan bulanan)

2)Tambahkan matlamat anda sedikit demi sedikit sehingga mencapai objektif yang besar

3)Tetapkan matlamat secara berperingkat iaitu daripada matlamat yang mudah hingga agak sukar dilaksanakan

4)Tulis matlamat anda di sekeping kecil dan sentiasa membacanya agar kekal di ingatan

5)Sentiasa bergaul dengan golongan yang boleh menjadi pendorong dan mempunyai minat serta matlamat yang sama.Ini membantu melaksanakan matlamat anda.

6)Matlamat yang berjaya adalah matlamat yang mempunyai jangka pengurusan masa yang tepat wajar dan pratikal

7)Anda haruslah sangup menghadapi cabaran dan mempunyai keinginan untuk berusaha

8)Anda hendaklah memikirkan tentang risiko dalam mejayakan matlamat dan cara mengatasi risiko tersebut.

"Merangkak tetapi berjaya mencapai cita-cita lebih baik daripada berlari tetapi putus asa di tengah jalan."

-Sukarno

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MINYAK ZAITUN  


MINYAK ZAITUN BANYAK KHASIAT NYA




Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

HADITH:-

1."MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


TAZKIRAH HATI  

Sunday, January 10, 2010





Keistimewaan pada ayat ini.....

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Baihagi, seorang sahabat Nabi S.A.W bernama Abu Dajanah telah mengadu kepada Rasulullah S.A.W, dan berkata "sedang aku berbaring tiba-tiba aku mendengar desir suara seperti kisaran gandum dan berdengung seperti lebah dan aku terlihat pancaran seperti kilat, lalu aku mengangat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba terdapat bayangan hitam yang berdiri tegak memanjang memenuhi ruang rumahku Aku mendekati bayangan tersebut dan terasa bulunya seperti landak. Bayangan tersebut menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar. " Lalu Rasulullah S.A.W menyatakan itu adalah syaitan yang mahu mengacau atau membuat keburukan dirumahmu ya Abu Dajanah. Rasulullah S.A.W menyuruh Ali bin Abi Talib, tulislah ayat ini. Maka Saidina Ali r.a menulisnya seperti ayat di atas. Abu Dajanah membawa balik ayat tersebut dan meletakkannya di kepala dan tidur. Tidak lama, dia mendengar jeritan dan tangisan berkata; "wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan / tulisan di atas. Demi kebenaran sahabatmu tolonglah buang tulisan tersebut. Aku tak kan datang mengacau engkau lagi. Tolonglah" Abu Dajanah menjawab; "Aku tidak akan membuangnya sehingga Rasulullah S.A.W menyuruh aku membuangnya." Suara jeritan dan mengerang kesakitan itu di dengar Abu Dajanah sepanjang malam sehinggalah menjelang subuh.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


BERSAMA HPA.....TANPA STRESS...KERJAYA HEBAT  

Saturday, January 9, 2010




Menurut 33 news ABC survey, para ahli Information Technology (IT) ternyata lebih banyak menderita stress daripada profesion yang lain. Secara mengejutkan, 97% dari responden orang IT mengatakan bahawa mereka merasa stress akibat pekerjaan sehari-hari mereka. Hasil kajian mengatakan para professional IT mengatakan mereka lebih sukar menyelesaikan pekerjaan apabila terus-menerus diawasi oleh manager.

Top 10 Stress Occupation are listed as below
1. Information Technology (IT) -
2. Medicine / Caring Profession
3. Engineering
4. Sales and Marketing
5. Education - Teaching
6. Finance - Bank
7. Human Resources
8. Operations
9. Production
10. Clerical

9 stres akibat pekerjaan
1. Beban kerja
2. Merasa kurang dihargai
3. Waktu yang terhad
4. Harus mengambil alih pekerjaan orang lain
5. Kurangnya kepuasan kerja
6. Kurangnya control pada saat hari kerja
7. Harus bekerja dalam waktu yang lama
8. Frustasi dengan lingkungan kerja
9. Target, Deadline yang singkat
10 gangguan dari rakan pejabat
1. Melihat yang lain tidak melakukan tugasnya dengan baik
2. Manager mengubah rencana atau pemikirannya
3. Kurangnya dukungan dari manager
4. Tekanan dari manager
5. Merasa ditipu / didayagunakan oleh pihak atasan
6. Gangguan dari rakan pejabat
7. Gangguan oleh manager
8. Gertakan oleh manager
9. Kurangnya sokongan dari rakan pejabat
10. Gertakan dari rakan pejabat
MARI BERSAMA HPA..KERJAYA BERSEPADU TANPA STRESS....INSYAALLAH...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


CAMEL TROPHY.....KAMAL KOPI....AAIIKK .APA NI  

Friday, January 8, 2010








MORAL

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


APA KURANG NYA KAMU??????  

Thursday, January 7, 2010


Disabled or differently able.

Gambar hitam putih ini pula menunjukkan apa yang mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang kudung kakinya ini. Beliau bermain bola sepak dengan bantuan cructhes (tongkat, seperti dalam gambar). Lihatlah kesungguhan raut wajahnya, dan betapa luasnya bukaan batang crutches beliau dalam usaha untuk mengimbangkan diri dan menyepak bola. Jika dibandingkan dengan kita yang masih punya kedua-dua kaki pun tidak mampu atau tidak mahu bermain bola sepak andaikata tidak punya kebolehan bermainnya. Apatah lagi jika kita kehilangan sebelah kaki. Maka sebenarnya orang yang 'kurang upaya' bukannya 'kurang keupayaannya' tetapi sebenarnya 'berbeza keupayaannya'.


They are differently able, they are not disabled.


Jika mereka yang kurang sempurna anggota ini lebih 'mampu' daripada kita, kita sebenarnya lagi 'mampu' daripada mereka. Jika mereka pun mampu berlari laju dengan sebelah kaki, secara logiknya kita mampu memecut lebih laju dengan adanya dua kaki.



"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik diciptakan untuk manusia. Kerana kamu menyuruh yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." Ali Imran 110.


Maka sesuai dengan seruan Allah ini, marilah kita sama-sama mengutilisasi keupayaan yang ada untuk jadi 'diri kita' yang terbaik. Bersainglah dan bertandinglah dengan diri kita sendiri yang sekarang, kerana kita sebenarnya lebih hebat daripada yang kita sangkakan.


"Good is not enough when better is possible"- Mr Burhan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


EXCUSE ME....YOU ADA TAULIAH???????  

Wednesday, January 6, 2010




Jika anda hendak beri ceramah
Anda mesti mempunyai tauliah
Anda ada PhD dari Madinah
Anda adalah seorang Pensyarah
Anda bekas Mufti Makkah
Anda dapat A dalam Syariah
Anda hafiz Quran dan Sunnah
Anda digelar Ustaz atau Ustazah
Anda dikurniakan Tokoh Maal Hijrah
Anda hendak bicara pasal aqeedah
Anda hendak bercerita seerah
Anda hendak mengajar lughah
Anda duduk dalam Panel Syariah
Anda Presiden Jamaah Islah
Di Selangor anda kena pohon tauliah
Kalau tak ada JAIS serbu rumah
Tak kira Taman UK atau Ulu Kedah
Apatah lagi anda menentang kenduri arwah
Atau anda sebut bertalqin itu bidaah
Atau tak setuju Yasin malam Jumaat itu sunnah
Atau suka Wahhabi macam kat Makkah
Di alHaram mereka mungkin bermufaraqah
Sebab Sudais, Shuraim semua Wahabiah
Anda sebut Islam itu Mudah
Sebab Islam itu bagi mereka payah
Sebab nak kena samak satu rumah
Kena masuk Islam kena berbinkan Abdullah
Kena pakai baju Melayu baru nampak Islamiyah
Inilah pertembungan tradisi dan sunnah
;;;Dari seorang sahabat

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


CERMIN AJAIB...DIRI...PERSON IN THE MIRROR  

Tuesday, January 5, 2010




Anda ada matlamat?katakan anda mempunyai matlamat untuk memulakan perniagaan anda sendiri,ada satu cara yang mudah dan berkesan untuk mencapainya,di sini saya akan kongsikan satu cara yang diberikan oleh seorang cikgu di sekolah saya dulu,iaitu,apapun matlamat anda atau benda yang anda nak dalam hidup ni,caranya ialah

"Sebutkan matlamat anda itu depan cermin"


Ya..cara inilah yang diberikan cikgu saya.

Kenapa?

Hmm..saya dulu pun tidak faham kenapa cikgu saya suruh buat macam ni tapi selepas saya mula membaca buku-buku yang berkaitan dengan motivasi dan pembangunan diri,barulah saya tahu bahawa ini merupakan salah satu kaedah yang dilakukan untuk menggunakan minda separa sedar kita.

Minda separa sedar mempunyai kuasa yang hebat kerana ia dapat merealisasikan apa yang kita nak.Oleh itu apabila kita bercakap di depan cermin mengenai matlamat kita,kita sebenarnya sedang mengarahkan minda separa kita ke arah proses untuk mencapai matlamat tersebut.Jadi cubalah kaedah ini iaitu hanya perlu sebutkan matlamat kita di depan cermin :)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


LAGI KEGUNAAN MADU LEBAH....  

Monday, January 4, 2010



Penawar jika dipatuk ular

Ramuannya;
bawang putih dan madu lebah.
Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.


Panawar racun dan sengatan binatang berbisa

Ramuannya;
madu lebah dan minyak sapi atau kambing.
Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.



Penawar gigitan anjing gila

Ramuannya;
daging siput dan madu lebah.
Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.
Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.


PENAWAR SENGAT TEBUAN

Gaul danSapu Madu, kapur sireh dan juga minyak but but.
bengkak surut cuma rasa gatal saja semasa proses peyembuhan.

note. kalau ada kemudahan simpan lah madu, minyak but but dan kapur sireh dirumah utk kegunaan gigitan serangga yg tidak serius.
kalau serius kenalah ke rumah sakit.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PAGI MOTIVASI DIRI  

Sunday, January 3, 2010




Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan baca hadis hadis pendek Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak mula tugasan, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


IKTIBAR UNTUK KU & SEMUA...  

Saturday, January 2, 2010

KURMA SALAH SATU MAKANAN SUNNAH.....HPA SEDIAKAN MARIAMI PEK


Ambillah masa untuk beristirehat. Biarlah akal beriadah seketika dari bekerja untuk berfikir sahaja. Lihat alam ALlah seluas-luasnya, carilah tempat yang tidak menimbulkan tekanan. Mungkin di kala ini mendengar alunan zikruLlah, alunan nasyid menjadi penawar jiwa yang sedang sunyi sebentar.

Ambillah buku-buku yang dapat mengubat jiwa, kata-kata yang dapat memberikan motivasi dan nasihat. Mungkin hilangnya ilham disebabkan oleh maksiat yang dilakukan ? Mungkin juga kerana fikiran terlalu sesak memikir masalah dunia. Cubalah belajar mendekati para alim ulama dan dapatkan nasihat yang berhikmah daripada mereka. Bukankah selama ini kita jarang benar mendekati mereka ? Mungkin akal dan hati yang sedang lesu akan mendapat kekuatan baharu, dan menghidupkan kembali cahaya dalam diri..

Syukurlah wahai diri, dalam keadaan sempit Dia masih memberi peluang untuk berfikir dengan waras. Ada manusia yang Allah uji, dia merungut dan kecewa. Ada manusia yang Allah beri mehnah kepadanya lalu ia semakin lari dariNya..

Wahai diri, teruskan menyampaikan perkara kebaikan apabila ada ilham yang menjengah dalam minda. Gunalah dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjadi saksi pula atas kejahatan yang engkau lakukan di hadapan ALlah kelak.
Tanda-tanda yang terdapat pada orang yang sodiq (benar) ialah :

1. Apabila ia melihat ia akan mengambil iktibar

2. Apabila ia berdiam ia akan berfikir

3. Apabila ia bercakap ia akan berzikir

4. Apabila ia terhalang ia akan sabar

5. Apabila diberi ia akan bersyukur

6. Apabila diuji ia mengucap tarji' إن لله و إنا إليه راجعون

7. Apabila dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ia berlemah lembut

8. Apabila ada ilmu ia merendah diri

9. Penyayang apabila mengajarkan ilmu

10. Dan apabila ditanya ia berusaha untuk menjawab

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KESAN BOIKOT PRODUK YAHUDI DAN IMPLIKASI NYA TERNYATA..  

Friday, January 1, 2010

LATIHAN AWAL ANAK ANAK YAHUDI..(ANAK ANAK KITA BAGAIMANA???)

ARTIKEL INI DIPETIK DARIPADA EMEL :
Alhamdilillah persoalan boikot produk Yahudi jadi tajuk kali ini..Mari kita perhatikan.....
Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri? Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam.
Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi. Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot.
Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4 milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka.
Sekarang?
ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.
Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.
Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?
Apakah usaha ini akan berjaya? Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s. McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.
Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.
Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini. Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002.
Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin. Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin. Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.
Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel. Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09