Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU....  

Saturday, November 14, 2009




"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

"Saya Sayang Mama"

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


COKLAT ...OH...COKLAT..  

Friday, November 13, 2009


COKLAT ADALAH MAKANAN PALING POPULAR DI SELURUH DUNIA.....Colklat melambangkan kasih sayang dan kegembiraan.Tidak kira tua,muda,kanak kanak,remaja,orang dewasa atau veteran pasti ceria menerima sekeping coklat.....apatah lagi kalau empat (4) keping dengan empat (4) citarasa....a)Almond b)Milk c)Raisin d)Hazel........Mesti syok habisss....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


RESEPI KHAS...NASI GORENG SARDIN HPA...WOWWW  

BEREBUT MAKAN SEDAPPP.....NI....PULUN ABISSS


Resepi Nasi Goreng Sardin HPA...WOWWWW

Bahan-bahan:

2 sudu makan minyak masak
1 tin sardin HPA (ikut citarasa)
1 bawang besar saiz sederhana
½ cawan kacang pea separuh masak
2 tangkai cili merah — hiris
400 gm nasi sejuk
2 biji telur
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 tangkai daun ketumbar - dimayang


Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang hingga sedikit coklat.
2. Masukkan nasi dan goreng beberapa minit sambil dikacau.
3. Ketepikan nasi dalam kuali dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
4. Kacau selama 3 minit.
5. Masukkan Sardin HPA di toskan, kacang pea, garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api.
6. Hidangkan nasi goreng dengan daun ketumbar dan hirisan cili sebagai hiasan.

Selamat mencuba.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PRODUK BARU.......  

Thursday, November 12, 2009

Bagi penggemar daging itik bolehlah mencuba resipi ini. Mesti sedap punya....


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KERJAYA HPA KU....  




Bekerja dan berusaha mencari rezeki menjadi suatu aturan tabii manusia untuk terus hidup bagi memenuhi keperluan dan tuntutan hariannya. Ia bererti bekerja adalah suatu perkara yang sangat dituntut oleh Allah untuk membolehkan umat manusia memakan rezeki .Secara tidak langsung menjadi mekanisme memakmurkan bumi ini.

Hal ini bertepatan dengan konsep penciptaan manusia itu sendiri sebagai khalifah di bumi. Allah berfirman bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya." (Surah al-Mulk, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagi kamu selain-Nya. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan memerintahkan kamu supaya memakmurkannya." (Surah Hud, ayat 61).

Berdasarkan ayat di atas, kerja adalah tugas yang tidak dapat dielakkan dan tanggungjawab agama. Malah, sebarang usaha mencari rezeki yang halal adalah fardu ain.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Mencari sesuatu yang halal adalah satu fardu selepas menunaikan fardu (sebelumnya)."

Allah mengurniakan kekuatan rohani dan jasmani kepada umat manusia. Salah satu tujuannya membolehkan mereka bekerja mencari rezeki halal. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha dan kuat bekerja sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

Bagi orang yang hanya berpeluk tubuh tanpa melakukan sebarang pekerjaan pula, sama seperti pesakit yang mengharapkan sembuh, tetapi tidak mahu mengikut nasihat doktor atau makan ubat (sebagai tanda berusaha).

Allah berfirman bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hingga (ketika engkau) kembali kepada Tuhan-mu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya)." (Surah al-Insyiqaq, ayat 6).

Dalam firman Allah itu ada tiga perkara yang berkait rapat dengan kerja iaitu:-


Allah mengajar dan menjana semangat manusia supaya kuat bekerja.


Allah menggesa manusia supaya rajin berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dengan mengikut ajaran yang betul dan diredai-Nya.


Allah menggesa umat manusia supaya bekerja untuk membolehkan mereka mengecapi kebahagiaan, sama ada di dunia dan akhirat.

Oleh itu, setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia mesti mencerminkan tiga perkara berkenaan.

Ada pun perbuatan mencuri, merompak, memeras ugut, menipu, skim cepat kaya dan sebagainya, tidak termasuk pekerjaan yang dimaksudkan dalam firman Allah itu. Hal ini kerana dalam semua perbuatan itu wujud unsur kezaliman dan penganiayaan yang jelas tidak diredai Allah.

Bagi tujuan membawa umat kepada perkembangan dan pembangunan yang pesat, maka kaedah bekerja yang sihat hendaklah sentiasa diikuti. Kadang kala akibat terdorong dengan perasaan tamak dan haloba ingin cepat kaya, seseorang tidak fikirkan lagi kaedah bekerja yang dianjurkan Islam. Mereka sanggup melaburkan beribu-ribu ringgit melalui pelaburan skim cepat kaya, menipu, merompak dan sebagainya.

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan itu tidak akan terlepas daripada kesukaran dan kesulitan. Bagaimanapun ia bukan alasan untuk kita membiarkan masa berlalu begitu saja dan tidak diisi dengan sebarang pekerjaan. Sebaliknya, harus diingat bahawa bersama-sama kesukaran atau kesulitan itu ada kesenangannya.

Perlu diingatkan juga bahawa Allah menciptakan waktu pada tempatnya yang tinggi sehingga manusia dikatakan-Nya rugi jika tidak memanfaatkan waktu. Tegasnya manusia tidak seharusnya membuang masa kerana ia boleh mendatangkan kerugian dan kemunduran.

Justeru, manusia dikehendaki sentiasa bersiap sedia untuk melakukan kerja lain setelah siap menyelesaikan sesuatu kerja itu.

Allah berfirman bermaksud: "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguh engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) dan kepada Tuhanmu saja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (Surah al-Insyirah ayat 7-8).

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


TEA TREE OIL-T.T.O.......  





Tea tree oil ianya memiliki manfaat yang sangat luar biasa bagi berbagai tujuan kesihatan kulit,rambut, otot, tulang dan saraf.
Vitamin kecantikan dan pemeliharaan kulit

Tea Tree Oil mempunyai kesan biologi ke atas kulit dan rambut yang sangat kuat, paling mujarab dan menakjubkan di dalam menghambat dan menguraikan pengumpulan eksidesi nitrit (nitrite therapeutic) yang melebarkan pembuluh darah apabila dijadikan minyak urutan bagi sebarang kes kesakitan, bias dan kebengkakan. Dengan hanya sekadar membersihkan kulit sahaja, kulit boleh menjadi gebu, putih dan sihat termasuk rambut yang bersinar.


Kulit wajah segar dan pertumbuhan sel rambut menjadi lancar kerana pengaliran darah lancar dengan rangsangan tenaga nitrite (NO3)-

Dalam Tea Tree Oil diekstrak dari pigmen tumbuh-tumbuhan yang didapati mampu mencantikkan dan menyegarkan kulit kerana ia amat dominan pada sel-sel kulit dan rambut yang mati kerana kehilangan oksigen.

Pigmen pemantul warna yang disinari cahaya putih pada Tea Tree Oil secara semulajadi menjadi satu kekuasaan yang berpotensi sebagai warna yang paling mahal untuk mencetuskan rasa umpama primadona bersama bangsawan.

Tea Tree Oil juga merupakan antiseptic semula jadi yang memiliki sifat-sifat anti-virus, anti-kulat. Formulasi khusus bersifat lembut untuk membersihkan kulit secara keseluruhan tanpa mengeringkan kulit. Kesan kombinasi 48 jenis sebatian organik semulajadi menjadikannya bukan sekadar pembersih biasa malah paling cepat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan yang mencemarkan.

Tea Tree Oil mampu menarik molekul-molekul air di persekitarannya lalu membentuk larutan dan berlakulah proses penyejatan pada kulit.

Daripada proses penyejatan inilah tenaga yang tercemar akan turut lenyap. Kulit dan rambut akan kembali normal dan terlindung daripada pencemaran yang berulang. Tidak kira apapun puncanya; alahan, pemakanan atau persekitaran, Tea tree Oil meringankan masalah rambut dan kulit yang dihadapi.

Tea Tree Oil merangsang keseimbangan keharmonian kulit. Ia bertindak sebagai pengion (aktiviti ion-ion negatif) yang dapat menjadikan sel-sel kulit dan rambut lebih segar dan bermaya.

Tea tree Oil bukan sahaja sesuai untuk rawatan kecantikan rambut dan kulit, ia juga membantu mengatasi masalah seperti kebengkakan, terseliuh, dan sebagainya.

Kebaikan tea tree cleanser:
  1. Sangat sesuai untuk kulit bayi dalam satu titik pencuci kulit melalui mandian.
  2. Amat baik untuk rawatan rambut berkelemumur.
  3. Amat berkesan menghilangkan kutu di kepala.
  4. Tea Tree Cleanser sebagai penangkis serangan radikal bebas yang menyebabkan sel-sel kuat menjalani penuaan diri.
  5. Meleraikan radiasi bebas seperti UV dan gelombang mikro yang menjejaskan kulit.
  6. Mengatasi masalah jerawat, bisul dan lain-lain.
  7. Mengurangkan keradangan dan kesan kulit terbakar.
  8. Meningkatkan daya perlindungan kulit.
  9. Boleh juga digunakan untuk masalah tonsil, jangkitan gusi, ulser mulut, ruam dan sebagainya.
Cara penggunaan:
  1. Letakkan 2-3 titik bersama air di atas tapak tangan dan cucilah muka atau bahagian yang ingin dibersihkan. Kemudian bilas.
  2. Bagi masalah penyakit kulit atau bengkak, sapukan dengan kerap di sekeliling bahagian bermasalah, biarkan kering dan cuci perlahan-lahan.
  3. Selamat mencuba ,....Insyaallah...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


DI MANAKAN KU CARI GANTI.....MAKAN...  

Wednesday, November 11, 2009





Makan minum adalah di antara naluri manusia disebut juga sebagai suatu tabiat atau kelaziman atau adat kebiasaan. Memenuhi keperluan tabi’ei atau adat kebiasaan naluri manusia itu adalah perkara yang dihukumkan harus. Setiap yang harus jika hendak ditingkatkan darjatnya menjadi ibadat, hendaklah disertakan dengan niat.


Makan minum akan menguatkan keyakinan seseorang terhadap Allah sekiranya dapat difikirkan tentang setiap butir nasi yang dimakan itu dan bagaimana proses sebelumnya. Sejak benih padi disemai, air dialirkan ke sawah mengikut keperluannya sehingga padi menjadi subur. Terfikirkah oleh kita? Apa akan jadi sekiranya Allah datangkan musim kemarau, air kering kontang dan bumi menjadi merekah hingga padi pun layu sebelum berbuah.


Perhatikan nikmat Allah pada sepinggan nasi yang sedang tersaji. Mungkin dilengkapi pula dengan ikan masak lemak cili api atau kari kepala ikan campur dengan sambal belacan. Petani dan jelapang padi mana yang mengusahakan padi, pekebun dan ladang mana pula yang menghasilkan kelapa untuk diperah santannya, bawang, lada, asam serta segala rempah dan perencah yang melazatkan gulai dan kari itu. Periuk belanga untuk mentanak nasi dan masak gulai, entah diimport dari negara mana, begitu juga dengan barang pembakar gas atau minyak tanah dari perut bumi mana ia dikeluarkan, sehingga suri rumah dapat memasak sajian dengan begitu sempurna.


Untuk sepinggan nasi, di luar kesedaran kita bahawa Allah telah mengarahkan begitu banyak tenaga manusia di serata tempat di pelusuk dunia bagi memenuhi naluri manusia yang memerlukan makan minum, sejak dari petani yang menghasilkan beras, para nelayan yang menghasilkan tangkapan ikan, peladang yang menghasilkan sayur-sayuran, para jurutera dan pekerja petroleum yang menghasilkan gas dan minyak, pengusaha lombong dan juga industri logam untuk menghasilkan periuk belanga dan alat memasak.


Ditambah pula dengan lesung batu untuk menumbuk sambal. Kajian ahli geologi mendapati kepejalan batu sehingga menjadi begitu keras memerlukan jangka masa pemerapan ribu atau juta tahun. Demikian Allah telah pejalkan batu itu di perut gunung sehingga ia amat keras, bukan sekadar boleh dijadikan lesung batu, malah boleh dimanfaatkan untuk membina jalan raya, jambatan, bangunan dan sebagainya.


Orang yang menikmati sajian nasi dengan segala lauk pauk itu, setelah kenyang dan sendawa barulah nak mengucap ’alhamdulillah’ sedangkan Allah telah kerahkan berbagai pihak di pelbagai pelusuk dunia, ribuan manusia bekerja keras untuk menyempurnakan sepinggan nasi itu.



Dengan demikian amat wajarlah manusia bersyukur dan berzikrullah sekurang-kurangnya 360 kali dalam sehari sesuai dengan jumlah sendi yang Allah ciptakan untuk manusia. Jika hendak dibanding dengan nikmat Allah itu tidaklah setanding dengan 360 kali berzikir, malah ribuan kali pun tidak akan berbalas nikmat tersebut.


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09