Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

SELAMAT HARI RAYA & KASIH KU RAMADHAN  

Saturday, September 19, 2009



Wadâ’an Yâ Ramadhân, selamat jalan duhai Ramadhan
Selamat tinggal kepada dia yang menyedihkan perpisahannya,
yang merindukan kami kepergiannya. Untuknya kami punya janji yang dijaga, kesucian yang dipelihara, hak yang dipenuhi. Kami ucapakan padanya salam bagimu wahai bulan Allah yang agung! Wahai hari raya para kekasih-Nya!
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H.
Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu duhai Ramadhan,
bulan harapan didekatkan, amal disebarkan, keberkahan dialirkan
dosa-dosa dimaafkan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Kedatanganmu membahagian kami
Kepergianmu menyedihkan kami
Denganmu Allah swt mengampuni dosa-dosa, memaafkan segala kesalahan
Mengalirkan keberkahan, membuka semua pintu surga dan menutup semua pintu neraka.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
Sahabat yang paling bernilai ketika dijumpai
paling menyedihkan ketika ditinggalkan
kekasih yang ditunggu, yang menyedihkan perpisahannya
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
kekasih yang datang membuat gembira dan bahagia
yang meninggalkan kesepian dan dukacita.
tetangga yang bersamanya hati melembut dan dosa berkurang
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
penolong yang membantu kami menghadapi setan
yang memudahkan kami jalan-jalan kebaikan
Selamat jalan, duhai bulan kekasihku.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
betapa banyaknya orang yang terbebas di dalammu
betapa bahagianya orang yang menjaga kesucianmu
betapa banyak dosa yang kau hapuskan
betapa banyak aib yang kau tutupi
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
betapa banyak dosa yang kau hapuskan
betapa banyak aib yang kau tutupi
betapa panjang hari-harimu bagi pedosa
betapa agung kamu bagi orang beriman.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, bulan yang sejahtera segalanya
duhai yang persahabatannya tidak dibenci
duhai yang pergaulannya tidak tercela
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, bulan yang penuh berkah
kau datang kepada kami membawa berkah
dan kau bersihkan kami dari noda kesalahan
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
duhai yang dicari sebelum waktunya
duhai yang ditangisi sebelum kepergiannya
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu, duhai bulan Ramadhan
betapa banyak kejelekan dipalingkan karenamu
betapa banyak kebaikan dilimpahkan kepada kami karenamu
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Salam bagimu dan bagi malam Al-Qadar yang lebih baik dari seribu bulan
betapa senangnya kami kepadamu kemarin
betapa rindunya kami kepadamu esok
kini keutamaanmu ditepiskan dari kami
keberkahan dilepaskan dari kami
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Ya Allah, kami pecinta bulan Ramadhan
Dengannya Kau muliakan kami
Kau untungkan kami
ketika orang durhaka tidak mengetahui waktunya
ketika orang celaka dijauhkan dari keutamaannya
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Ya Allah, bulanmu yang mulia meninggalkan kami
Anugerah-Mu permulaan, ampunan-Mu kebaikan
siksa-Mu keadilan dan ketentuan-Mu sebaik-baiknya pilihan
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Ya Allah
Kausambut orang yang menentang-Mu dengan santun
Kaubiarkan orang yang berbuat zalim pada dirinya
Kautunggu mereka dengan sabar sampai kembali kepada-Mu
Kautahan mereka untuk tidak segera bertaubat
supaya yang binasa tidak binasa karena-Mu
yang celaka tidak celaka karena nikmat-Mu
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Ya Allah,
bagi-Mu segala pujian dengan pengakuan akan keburukan
dan kesadaran akan kelalaian bagi-Mu
dari lubuk hati kami penyesalan yang paling dalam
dari lidah kami permohonan maaf yang paling tulus
Berilah kami pahala dengan segala kekurangan yang menimpa kami di bulan ini
pahala yang menyampaikan pada kemuliaan yang diharapkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Ya Allah,

teriring shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Selamatkan kami dari bencana berkat bulan Ramadhan
Berkahi kami pada hari raya kami dan saat berbuka kami
Jadikanlah ia hari yang terbaik yang melewati kami
yang paling dapat menarik ampunan-Mu
yang paling cepat menghapus dosaku
Ampuni dosa-dosa kami yang tampak dan tersembunyi.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Ya Allah,

dengan berlalunya bulan ini lepaskan kami dari kesalahan kami
dengan keluarnya bulan ini keluarkan kami dari kesalahan kami
Jadikan kami dengan bulan ini
orang yang paling bahagia
orang yang besar memperoleh bagian
orang yang paling tinggi mendapat keuntungan
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

Ya Allah,

dengan berlalunya bulan yang mulia ini
Ampuni dosa-dosa kami
Ampuni ayah dan ibu kami dan kaum mukmini dari dahulu hingga hari
kiamat, wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430 H. Mohon maaf lahir & batin

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SALAM ..AIDIL FITRI MINALAIDIL WALFAIZIN....  

Friday, September 18, 2009



SELAMAT HARI RAYA untuk semua dan MAAF ZAHIR DAN BATIN

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


ADOI...SAKIT KEPALA...  

Thursday, September 17, 2009

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


INSENTIF HARI RAYA....INI SUDAH BAGUS  

Wednesday, September 9, 2009




Adalah dimaklumkan bahawa AL WAHIDA MARKETING SDN BHD akan mengadakan Insentif Sempena Aidilfitri berkuatkuasa mulai 1 September sehingga 30 September 2009. Tawaran ini terbuka kepada semua pengedar HPA seluruh Malaysia.

Syarat kelayakkan:

1. Maintain minima 300 nilai mata sebulan akan mendapat 10% daripada nilai mata.

2. Insentif akan dibayar dalam bentuk baucer ( Cek Dalaman).

Anda boleh gunakan baucer ini untuk mana-mana pembelian produk dan perkhidmatan HPA (RFC/RCH/ROC/El zahra/Radix Bakery)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post






SAMBUNGAN REFLEXOLOGY ...Penyembuhan tanpa penggunaan ubat
Tidak menimbulkan kesan sampingan

Kenapa orang zaman dahulu sihat ?
Berjalan kaki atas tanah kasar & berbatu tanpa kasut
Automatik Zona Titik saraf bawah kaki
terpicit (tergerak fungsi)

Zaman sekarang orang memakai kasut, berjalan dengan jalan dan atas tanah yang rata
Lama-kelamaan kaki terbelenggu oleh kasut sehingga peredaran darah terganggu
Untuk mengetahui tempat penyakit pesakit, Perawat akan merasakan Zon Saraf Refleksi yang bermasalah, terasa semacam ada :
a) Pasir
b) Kacang
c) Kristal

Picitan ini akan terasa sakit /nyeri / ngilu (seriau) / panas, petanda orang tersebut tidak sihat
Amnya pemicitan :
Pemicitan dilakukan secara umum untuk memberi keseimbangan tubuh dan melancarkan peredaran darah.

Pemicitan lebih ditekankan pada zon titik saraf yang berkaitan dengan penyakit.

Kembali normal setelah beberapa kali pemicitan bergantung pada penyakitnya.

KENAPA PENTING PEREDARAN DARAH?
1.Mendapan kotoran / toksid dalam darah
2.Sesetengah penyakit dihadapi manusia
disebabkan kurang lancar peredaran darah (penyumbatan dan penyempitan saluran darah sehingga saraf kurang berfungsi atau tidak aktif
Terputus 2 minit aliran darah, mengakibatkan kerosakan otak
FUNGSI DARAH
Mengangkut oksigen dari paru-paru ke tubuh badan (sel darah merah)
Mengangkut nutrien ke tisu tubuh (plasma)
Mengangkut hormon dr kelenjar ke organ
Melawan bakteria & jangkitan (sel darah putih & antibodi)
Membuang sisa-sisa perkumuhan dari tisu
Membentuk bekuan darah utk pulihkan kecederaan
Mengawal suhu badan
"Dan pada dirimu sendiri
apakah (kamu)
tidak memperhatikan"
(Az Zariyat 21)
CARA – CARA PEMICITAN


1. Mulai dan akhiri dengan do’a
2. Kedudukan pesakit : Duduk tenang atau baring, kaki /
tangan diluruskan
3. Sapukan minyak agar kulit tidak melecet
4. Mulai dengan Massage (pemanasan)
5. Picit kawasan Ginjal, Saluran Kencing, pundi kencing,
Kepala, Pencernaan kemudian kelenjar.
6. Mulai picitan dengan tekan-tekan perlahan
7. Rehat sebentar, jika pesakit merasa sakit, ubah kawasan
yang dipicit (massage)
8. Picit dengan menekan-nekan tahan dalam 10 saat
9. Urutan dari atas bawah ke atas
(BERSAMBUNG)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


FIKIR & ZIKIR  

Tuesday, September 8, 2009




Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..  Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


LAILATUQADARRR....KUT...AJE  

Monday, September 7, 2009




"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.. Aku bonceng basikal Abah di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil.... Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah..... Bukan di bumbung masjid... Ajaib... Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku... "Kenapa?" tanya Abah.... "Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. "Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?" Tidak pasal-pasal aku kena marah.... Rosak pengalaman suci aku ini. "Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh," sambung Abah memakidan marah marah lagi. Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah.Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09