SELALU NYA
Thursday, April 16, 2009
JAWI MEDICINAL HERBS BUKU BARU 
HALWA ROSELLE 
PAMLET KO-OP 
PUSAT JUALAN PDG TEMUSU 
PBC PENANG 
STOK BARANG
ABG JAT & ABG JUMALI
JAWI MEDICINAL HERBS BUKU BARU 
HALWA ROSELLE 
PAMLET KO-OP 
PUSAT JUALAN PDG TEMUSU 
PBC PENANG 
STOK BARANG
ABG JAT & ABG JUMALI
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this postSetiap pagi, ketika aku melangkah ke tempat kerja, apakah aku merasakan diri aku seperti orang biasa-biasa sahaja?
Malah subuh tadi, ketika aku terjaga daripada tidur, aku berasa diri aku paling tidak bermaya?
Seperti biasa aku terkejut dengan deringan jam loceng. Tangan aku sepantas spring menangkap punatnya dan jam itu pun senyap. LALU AKU MENYAMBUNG MIMPI SEMULA.......
BETAPA MALANGNYA NASIB AKU YANG TELAH MELAZIMKAN TINDAKAN SPONTAN INI BERTAHUN-TAHUN LAMANYA.
RASULULLAH S.A.W juga bersabda yang bermaksud :
"Apabila salah seorang antara kamu tidur maka syaitan akan mengikat seutas tali ditengkuk kepalanya. Syaitan memukul seyiap simpul sambil berkata : "MALAM YANG PANJANG, TIDURLAH". Bila kamu bangun dari tidur lalu kamu menyebut nama ALLAH, maka lepaslah satu ikatan. Jika kamu berwudhuk, maka lepaslah satu ikatan tadi. Jika kamu solat maka terlepaslah ikatan yang terakhir sehingga kamu bangun pagi dengan cergas dan jiwa yang bersih. Jika tidak maka kamu akan bangun pagi dalam keadaan jiwa yang kotor."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah. Jadilah kamu seorang yang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang bersyukur kepada Allah. Sedikitlah ketawa kerana banyak ketawa itu memetikan hati".
(Riwayat Al-Baihaqi)
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post


.....katanya kau seorang pejuangtapi ikhtilat mu tidak dijagakatanya kau seorang pejuangtapi kau masih assobiyyahkatanya kau seorang pejuangtapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulukatanya kau seorang pejuangkau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tensionkatanya kau seorang pejuangcinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYAkatanya kau seorang pejuangkau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz seharikatanya kau seorang pejuangkau xpun berdakwahkatanya kau seorang pejuangkau masih layan muzik-muzik yang laghakatanya kau seorang pejuangtapi sering beralasan untuk dakwah dan jihadkatanya kau seorang pejuangkau lebih bela jemaah berbanding islamkatanya kau seorang pejuangkau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnyakatanya kau seorang pejuangmutabaah ibadahmu sangat menyedihkankatanya kau seorang pejuangukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat...katanya kau seorang pejuangkau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannyakatanya kau seorang pejuangberapa banyak ummat yang kau ziarah?katanya kau seorang pejuangkau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwahkatanya kau seorang pejuangkau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwahkatanya kau seorang pejuangtapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwahkatanya kau seorang pejuangtapi untuk berinfaq saja kau sudah kikirkatanya kau seorang pejuanghidupmu masih senang lenang dan mewahkatanya kau seorang pejuangkau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhukkatanya kau seorang pejuangkau jarang sekali menangis untuk bertaubatkatanya kau seorang pejuangkau masih seronok dengan maksiat di sekitarmukatanya kau seorang pejuangkau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiatkatanya kau seorang pejuangkau masih malas mencari ilmu agamamukatanya kau seorang pejuangkau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lainkatanya kau seorang pejuangkau masih berpakaian tidak senonohkatanya kau seorang pejuangnamun akhlakmu tidak ada apa yang berubahkatanya kau seorang pejuangnamun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedihkatanya kau seorang pejuangkau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummatkatanya kau seorang pejuangkau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummatkatanya kau seorang pejuangkau masih ragu dengan apa yang kau infakkankatanya kau seorang pejuanghafalanmu saja masih jauh lagikatanya kau seorang pejuangkau masih terasa asing dengan perkataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya
katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia
katanya kau seorang pejuangkau masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang...........
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post


.....Ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'. Apakah rahsia di sebalik cairan kental yang diperoleh daripada lebah ini?PERUBATAN herba dan alternatif kini menjadi kaedah rawatan dan penyembuhan yang semakin dapat diterima dalam dunia moden. Dengan pelbagai kajian saintifik tentang manfaat sesuatu herba atau sumber tradisional, ia menambahkan lagi keyakinan orang ramai tentang penggunaannya.Madu lebah adalah antara sumber alternatif yang mempunyai seribu satu khasiat istimewa. Malah ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'.Hakikatnya, madu mempunyai sejarah yang panjang bersama evolusi kehidupan manusia. Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun Sebelum Masihi.Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.Malah, sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah dalam perubatan amatlah masyhur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa (penawar) kepada manusia.Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian dan konvensyen terbaru diadakan untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai khasiat di sebalik cairan kental manis yang dihasilkan lebah ini.Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.Madu berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina, jelas Dr. Susan lagi.Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati, komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria.Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China.Pada persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis dapat mengubati pelbagai penyakit.Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2,002 daripada 2,094 pesakitnya sembuh sama sekali.Berikut adalah manfaat lain madu :
Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
Boleh menghentikan kesakitan sendi.
Baik untuk sistem pernafasan.
Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.
Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
Menjana pertumbuhan otak.
Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
Digunakan sebagai ubat sakit perut.
Menghilangkan kahak.
Memutih dan menguatkan gigi.
HPA memberi pelbagai pilihan madu dan produk asas madu asli yang bermutu tinggi.
Di jamin akan khasiat nya dan di ajar kaedah rawatan nya oleh perawat perawat terlatih...............MADU ASLI..HONEY COMB..MADULIA..SPIRUMADU antara pilihan pengemar produk MADU HPA ..Wslm
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post
.....Kita seringkali cepat penat, mengantuk dan kurang bertenaga tiap kali sedang belajar, bekerja atau membaca.Kesannya, pergerakan kita lambat, kurang produktif dan paling teruk, kurang semangat!Saya kongsikan 3 petua bagaimana untuk terus kekal bertenaga dari pagi sampai ke malam. Pertama, pastikan Anda selalu bersenam. Senaman ringan sudah memadai untuk melancarkan perjalanan darah. Jenis senaman yang disyorkan adalah seperti mendaki tangga, parking jauh sikit lalu berjalan kaki ke tempat kerja, regangan otot yang simple, berkebun atau berlari-lari anak 10-15 minit sehari.Juga anda boleh amalkan senaman penafasan seperti di ajarkan dalam program PBC dan PIC HPA..Kedua, jaga pemakanan. Lebihkan makanan yang banyak mengandungi serat…MINUMAN BIJIRIN RADIX serta MADU HPA pasti membantu anda cergas sepanjang hari…Boleh di campurkan dengan KOPI RADIX ataupun KOKO RADIX rasa nya mengancam habis dua tiga Mug….Makanan jenis ini memberi tenaga berpanjangan lebih-lebih lagi bila Anda rajin minum air.Adakala, kita jadi kurang bertenaga sebab kurang air dalam badan. Tapi, bila air dah berlebih dalam badan, kita kerap ke bilik air pula.Jadi, minum cukup antara 2 hingga 2.5 liter setiap hari. Elak banyak ambil makanan yang berprotein seperti telur, sosej atau susu dan yang setaraf, kesannya Anda akan mengantuk sepanjang hari.Hidup lebih bermakna dengan minuman Bijirin RADIX dan pastikan ia menjadi pilihan anda………Ketiga, jaga waktu tidur. Biasanya, waktu normal kita tidur 8 jam sehari.Ada sesetengah orang boleh tidur 3-5 jam sehari, tapi ia memerlukan tahap motivasi tinggi untuk maintain waktu tidur begitu. Bila Anda dah terbiasa tidur 8 jam, tidur 8 jam. Jika terbiasa tidur 5 jam, tidur 5 jam. Jangan lebih, jangan kurang.Bila dah selalu bersenam, jaga pemakanan dan jaga waktu tidur, Anda akan perasan perubahannya. Anda berubah jadi lebih bertenaga dan lebih ceria.Banyak kan solat malam dan munajat serta doa pada Allah moga di beri kehidupan yang lebih bererti dalam dunia juang ini….Wslm .....................................sebutir kata:Bila dah selalu ceria, mudah untuk Anda merubah diri jadi bermotivasi. Ia membuat Anda mudah untuk perform pada tahap tinggi dan berkualiti.
by sobhi_hpa@yahoo.com | 0 ulasan
Email this post