Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

PBC SUNGAI PETANI INN  

Saturday, March 7, 2009


Pendaftaran peserta sedang dijalankan...

Program Perkongsian Bijak Cemerlang telah di adakan pada 7 dan 8 Mac 2009 yang dihadiri seramai 100 orang peserta.


Encik Faisol merasmikan PBC SG. PETANI..


PJS Cikgu Mohd Nazri sedang menyampaikan slot pengenalan syarikat kepada peserta-peserta PBC.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


SIAPAKAH DIRI ANDA?  

Friday, March 6, 2009

Anda bukanlah seorang yang GENIUS dan mempunyai kelulusan yang tertinggi..

Anda juga bukan seorang HARTWAN yang kaya raya.. Lebih-lebih lagi anda bukanlah seorang yang BERJAWATAN TINGGI...

Atau anda juga bukan seorang yang MASYHUR, TERNAMA dan nama anda sentiasa meniti di bibir masyarakat...

Kalau begitu...........

SIAPA DIRI ANDA???


Buku Ini Akan Mengubah Anda Yang Terperonyok itu...

Anda sebenarnya mempunyai potensi yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang lain. Tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya atau tidak pasti tentang kewujudannya. Bakat anda sentiasa terpendam. Tidak ada orang lain yang sudi membongkar keupayaan anda yang unggul itu...

Tabiat manusia memang cukup susah untuk berubah....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


BERIANI LAUK AYAM ORGANIK MK12A  

Thursday, March 5, 2009



BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam ORGANIK HPA MK12A (potong lapan)
5 sudu besar rempah beriani ayam
5 sudu besar tomato sos HPA
3 sudu besar sos cili HPA
1 cawan minyak sapi/ZAITUN
100 gm daun ketumbar (hiris kasar)
2 cawan susu KAMBING FH26
70 gm gajus goreng
1/2 cawan kismis FH09 goreng
6 tangkai cili hijau (patah dua)

BAHAN TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
7 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
5 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:


Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam bukit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun OLIVE OIL FH11, dan tumis semua bahan tumis hingga naik bau dan kuning.
Kemudian masukkan rempah beriani, kismis, sos cili, tomato sos dan daun ketumbar.
Tumis hingga pecah minyak. (LANGKAH A) Tuangkan satu cawan air dan biarkan kuah mereneh selama setengah jam sebelum dituangkan susu kambing.
Bubuhkan garam, cili hijau dan MADU. Biarkan mendidih lagi.
Masukkan ayam dan gajus. Biarkan kuah pekat, dan hendaklah sentiasa digaul kerana ia mudah berkerak. Kerak mudah terbentuk kerana kita menggunakan susu kambing. Rasa beriani AYAM ORGANIK mestilah manis kerana untuk seimbangkan rasa masam tomato sos dan sos cili.
Jika anda ingin menggantikan ayam dengan da­ging lembu organik MK02, daging yang dicuci bersih dan masukkan langkah A. Daging hendaklah dipotong tebal (4cm x 6cm) dan beli daging yang mudah empuk seperti bahagian topside...Beras yang di gunakan boleh di campurkan dengan dua genggam beras perang organik MK17...SELAMAT MENCUBA...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PROJEK JAGUNG...KHAS  


InsyaAllah HPA kini membuka peluang peniagaan kepada ahli-ahli untuk menjadi pengedar jagung manis yang berkualiti tinggi dalam bentuk popcorn dan jagung dalam cawan(corn in cup).Pasaran Jagung relai masa kini dipasarkan oleh beberapa syarikat seperti Nelson,Daily Fresh,Mas corn , LC fine food dan lain lain lagi.
Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi saudara Jafri 0134384717.Projek jagung bukanya projek baru HPA kerana kita telah lama menggunakan batang jagung untuk makanan ternakan disamping projek tanaman jagung ternakan.Cuma ini merupakan peluang kerja terutamanya kepada anak-anak muda generasi kedua HPA InsyaAllah.

Di peringkat R@D HPA sedang mengkaji untuk pembuatan bihun daripada jagung dan jika ini dapat di keluarkan dijangka projek ini akan memberikan peluang peniagaan yang besar insyaallah.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


AISKRIM TOYYIBAH...HALAL & HEBAT  

Wednesday, March 4, 2009


Satu lagi produk HPA iaitu Ais Krim tanpa gelatin yang diberi nama Ais Krim T0YYIBAH. Majlis pelancaran ais krim ini akan disempurnakan sendiri oleh Pengarah Urusan Hpa Industries Sdn Bhd Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Oleh itu saya mengambil kesempatan ini menjemput semua pembaca blog saya agar dapat hadir ke Majlis Pelancaran dan Seminar ini di Dewan Besar Menara Tabung Haji Jalan Tun Razak Kuala Lumpur pada 9 hb Mac ini sempena cuti Maulidurrasul. Tentatif program sila link www.hpa.com.my/mlms.php
4 jenis aiskrim toyyibah yang akan dilancarkan pada 9 Mac ini.HPA BOLEH...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Tuesday, March 3, 2009

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


MAHASABAH DIRI...  


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”
Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
• Bertaubat
• Menyesali dosa yang telah dilakukan
• Tidak tergila-gilakan dunia
• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
• Tinggalkan sifat berbangga
• Tinggalkan sifat khianat dan menipu
• Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata,“Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku danmenghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”:

• Aku sedang berhadapan dengan Allah,
• Syurga di sebelah kananku,
• Neraka di sebelah kiriku,
• Malaikat Maut berada di belakangku, dan
• aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09