Keterangan Lanjut Sila Hubungi: Tel 013-4117745 ONLINE BORANG PESANAN PATI MINYAK ZAITUN

HIMPUNAN KHUTBAH HALAL TUBE

RADIX KOKO  

Friday, November 28, 2008

Produk terbaru HPA
Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO.Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO.RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.
Apakah HPA memasukan herba dalam RADIX KOKO? jawapanya tidak,kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan.Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA.Mungkin perlu dijelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli.Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berhasiat.
Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan
Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO.InsyaAllah.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Hotel Salahuhuddin Al-Ayubi  

Gambaran Hotel Salahuhuddin Al-Ayubi, Kota Bharu Kelantan. Berdekatan KB Mall

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KURSUS SEMBELIHAN  

Wednesday, October 29, 2008



Panel Syariah HPA pada hari ini (Isnin, 20 Oktober 2008) telah mengadakan kursus Sembelihan Syarak untuk staf-staf HPA yang terlibat dengan penyembelihan dari seluruh Malaysia.

Kursus diadakan di Pusat Penyembelihan HPA di Batu 6 Jln. Kodiang-Changloon dan disampaikan oleh Pengerusi Panel Syariah HPA iaitu Ybgh. Us Ahmad Ali. Kursus bermula jam 9.30 pagi dengan penerangan tentang syarat-syarat dan kaedah penyembelihan mengikut Syarak, kemudian diikuti dengan praktikal sembelihan, di mana semua staf/peserta yang terlibat diminta melakukan sembelihan dengan diperhatikan oleh Us. Ahmad Ali. Semua peserta/staf yang menghadiri kursus akan diberikan sijil oleh Panel Syariah sebagai pengakuan bagi kelayakan menyembelih.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


BEDAK BAYI  

Monday, October 27, 2008

Bedak IPK atau bedak bayi telah dikeluarkan dipasaran menggunakan dua jenis pewangi iaitu pewangi bayi perempuan(pink) dan bayi lelaki(biru).Ini menjadikan HPA kini mengeluarkan 4 jenis bedak wangi buat masa kini.Satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu-ibu iaitu meletakan bedak pada bahagian sulit anak-anak.Hal ini sebenarnya tidak boleh dilakukan kerana kandungan kimia yang ada pada bedak juga boleh menjejaskan kesihatan anak-anak.Dalam HPA kita boleh menggunakan bedak delima biji yang dibuat daripada bedak sejuk dan kulit delima terutama untuk kesihatan bayi.Ia sangat baik bagi mendapatkan yis untuk kesihatan.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


KOPI RADIX PALSU  

Sunday, October 26, 2008

Kebangkitan HPA dengan produk 'killer' Kopi Radix menimbulkan kebimbangan banyak pihak. baru-baru ini beberapa pengedar HPA berjaya membongkar kegiatan ini di beberapa buah kedai di kawasan Bukit Selambau. Kopi Radix Papan palsu yang menyerupai RADIX HPA dijual dengan harga RM14.00 oleh sebuah van yang menyerupai van HPA. Pemandunya adalah seorang berbangsa Cina. Kopi Radix palsu ini dipasarkan melalui pemborong tertentu yang sememangnya berkerjasama dalam memasarkan produk ini.Dalam penelitian yang dilakukan, didapati terdapat banyak perbezaan ketara di antara Kopi Radix HPA dengan Radix palsu, antaranya:1. Warna merah pada bungkusan kopi palsu agak pudar.2. Saiznya agak memanjang berbanding bungkusan Kopi Radix asli yang lebar.3. Logo HPA pada kopi radix palsu agak cerah dan pudar sedangkan pada Radix asli gelap danterang.4. Logo buatan Malaysia yang terdapat di belakang radix palsu agak kecil dibandingkan denganKopi Radix asli HPA.5. Rasanya tawar dan tidak mempunyai aroma herba HPA.Kerjasama pengedar HPA diperlukan bagi memastikan ini dapat dibanteras secepat mungkin.Ends.......

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


PELABURAN KOPERASI AL-WAHIDA  

Tuesday, October 14, 2008

Ahli-ahli HPA diingatkan supaya jangan membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat yang menjanjikan pulangan yang lumayan sedangkan mereka tidak memiliki kebenaran mengambil diposit dari Bank Negara.Kejadian sebegini sering berlaku dinegara kita menyebabkan sesetengah pehak menggunakan peluang ini bagi mengumpulkan dana peniagaan mereka.Jika mereka menjanjikan lebih daripada 20% setahun sesuatu yang tidak boleh berlaku dalam keadaan ekonomi sebegini melainkan skim cepat kaya atau moneygame.Jika Ahli mempunyai keewangan untuk melabur mari bersama HPA dalam pelaburan koperasi wahida HPA yang sedang mengumpulkan dana rm10 juta untuk dilaburkan dalam peniagaantani dan RFC yang sedang giat di buka seluruh Malaysia.Pada tahun lepas koperasi telah mengeluarkan deviden sebanyak 10% kepada ahli bagi satu tahun operasi dan saya mejangkakan dividen ini akan terus naik dengan jumlah produk dan pemintaan bahan mentah yang semakin banyak oleh HPA.Antara peniagaan yang dilaburkan masakini ialah membekalkan gula,kopi,cremer kepada Radix Industries yang digunakan untuk pengeluaran kopi radix di Malaysia dan Luar negara.Doakan 9 tahun lagi koop akan menjadi sebuah bank yang sah di negara kita.Amin.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


HPA TUBUH DANA OKU  


14hb Okt 2008. Bertempat di Dewan Amir Ramadan, Komplek Al-Wahida, Kg.Jejawi Dalam, Perlis. HPA telah menubuhkan DANA OKU dengan suntikan DANA sebanyak RM10,000.00. Diumum sendiri oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, Tuan Haji Ismail Ahmad. Majlis penubuhan serta penerangan kepada 32 orang OKU kebanyakan mereka adalah terdiri daripada Cacat Penglihatan. Pada majlis yang sama HPA juga telah menghulurkan duit raya kepada 32 OKU yang hadir

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design Sobhi Hassan@ Copyright sobhishpa09